fbpx
Now Reading
CAS Benarkan 7 Pemain Harimau Malaysia Beraksi – FAM

CAS Benarkan 7 Pemain Harimau Malaysia Beraksi – FAM

Menurut FAM, tujuh pemain Harimau Malaya itu dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) yang dikemukakan oleh tujuh pemain Harimau Malaya yang sebelum ini terkait dengan isu pemalsuan dokumen kelahiran dan susur galur keluarga.

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada semalam (26 Januari) di laman Facebook rasminya.

Tujuh pemain tersebut ialah:

  • Facundo Garces
  • Rodrigo Holgado
  • Imanol Machuca
  • Joao Figueiredo
  • Gabriel Palmero
  • Jon Irazabal
  • Hector Hevel

7 pemain Harimau Malaya dibenarkan sertai sebarang aktiviti bola sepak

Keputusan itu bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap tujuh pemain terbabit ditangguhkan buat sementara waktu.

Susulan itu, kesemua mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat.

Isu pemalsuan dokumen, FAM dan 7 pemain dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA

Terdahulu, FIFA mengenakan denda dan penggantungan kepada tujuh pemain berkenaan yang didakwa memalsukan dokumen kelahiran dan susur galur untuk mewakili Malaysia.

Kesemua mereka dikenakan tindakan penggantungan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selama 12 bulan bermula September tahun lalu.

Selain tujuh pemain terbabit, FAM juga dikenakan denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta) manakala setiap pemain pula didenda CHF2,000 (RM10,000).

Malah, FIFA juga sebelum ini menerusi alasan bertulis penuh memaklumkan peranan sekretariat FAM perlu disiasat segera selain mahu dalang sebenar yang memalsukan dokumen tujuh pemain terbabit didedahkan oleh FAM.

Namun pada 8 Januari lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj. Rahman yang sebelum ini digantung tugas susulan siasatan membabitkan FIFA berakhir dan kembali menggalas tugasnya berkuat kuasa serta merta.

Menurut FAM dalam satu kenyataan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu telah bermesyuarat dan setelah mengambil kira tempoh penggantungan yang telah dikenakan ke atas beliau dan juga laporan IIC bertarikh 15 Disember 2025, memutuskan untuk mengembalikan Datuk Noor Azman kepada tugasnya sebagai Setiausaha Agung FAM berkuat kuasa serta-merta.

“Dengan keputusan terbaharu ini, ia menunjukkan bahawa Datuk Noor Azman hanya terkait dalam kecuaian pentadbiran dan tidak bersalah atau terlibat dalam hal pemalsuan dokumen,” kata FAM dalam satu kenyataan.

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Kemuka Dokumen Palsu, FIFA Denda FAM & 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan

Baca Artikel Berkaitan: FIFA Tolak Rayuan FAM, Kekal Hukuman Denda & ‘Gantung’ 7 Pemain

Baca Artikel Berkaitan: FIFA Arah FAM Dedah Dalang Sebenar Isu Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.