Now Reading
Wajib Bayar Ganti Rugi Jika Kucing Peliharaan Rosakkan Seat Motosikal Jiran – UAI

Wajib Bayar Ganti Rugi Jika Kucing Peliharaan Rosakkan Seat Motosikal Jiran – UAI

Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI tampil menjawab soalan seorang individu mengenai isu ganti rugi kucing jiran yang telah mencakar tempat duduk motosikalnya sehingga terkoyak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kucing merupakan antara haiwan yang paling banyak dipelihara di Malaysia. Malah, kebanyakan rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama juga amat menggemari kucing kerana telatahnya yang sangat comel.

Maka tidak hairanlah jika kebanyakan rumah pasti ada yang membela kucing dengan cara menyimpan atau mengurungnya di rumah dan ada juga yang membiarkannya bebas di luar.

Pun begitu, tidak dinafikan ada sesetengah kucing yang gemar membuang najis di merata tempat dan mencakar tempat duduk motosikal kepunyaan jiran sehingga menimbulkan perasaan tidak senang.

Boleh ke minta ganti rugi jika kucing jiran koyakkan tempat duduk motosikal?

Susulan itu, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook semalam (25 Januari), Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI tampil menjawab soalan seorang individu mengenai isu ganti rugi kucing jiran yang telah mencakar tempat duduk motosikalnya sehingga terkoyak.

“Kucing jiran saya selalu datang ke rumah saya dan mencakar tempat duduk motosikal sampai koyak. Adakah boleh saya minta bayaran ganti rugi dari pemilik kucing tersebut,” soal individu itu.

Pemilik kucing wajib bayar ganti rugi – UAI

UAI kemudiannya memberi jawapan dengan merujuk kepada penjelasan yang diberikan oleh Imam Nawawi di dalam Kitab Raudhah At-Talibin.

Berkata Imam Nawawi:

وَلَوْ كَانَتْ لَهُ هِرَّةٌ مُفْسِدَةٌ تَأْخُذُ الطُّيُورَ وَتَفْتَحُ الْقُدُورَ أَوْ كَلْبٌ عَقُورٌ أَوْ دَابَّةٌ مَعْرُوفَةٌ بِالتَّعَدِّي يَجِبُ عَلَى صَاحِبِهَا رَبْطُهَا لَيْلًا كَانَ أَوْ نَهَارًا فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ فَمَا أَتْلَفَتْ يَجِبُ عَلَيْهِ ضَمَانُهُ لِأَنَّهُ مُفَرِّطٌ بِتَرْكِ حِفْظِهَا

“Dan kalau seorang itu mempunyai kucing yang melakukan kerosakan seperti menangkap burung-burung dan membuka bekas makanan atau anjing yang menggigit atau haiwan yang suka menceroboh maka wajib atas pemiliknya mengikatnya pada waktu malam atau siang. Maka jika dia tidak berbuat seperti itu maka apa sahaja yang dirosakkan oleh haiwannya itu nescaya wajib atas pemiliknya bayar ganti ruginya kerana dia cuai sebab tidak menjaga haiwannya itu.”

Imam Nawawi, Kitab Raudhah At-Talibin

Justeru menurut UAI, tuan kucing wajib membayar ganti rugi kerosakan tempat duduk motosikal jiran yang dilakukan oleh haiwan peliharaannya itu.

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Nekad Jual Rumah Yang Didiami 20 Tahun Gara-gara Tak Tahan Dengan Najis Kucing Jiran [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bela Kucing Tapi Biar Si Bulus Berak Merata Hingga Ganggu Jiran? Ini Penjelasannya Dalam Islam

Baca Artikel Berkaitan: Awas! Pemilik Kucing & Anjing Boleh Didenda Jika Si Bulus Berak Merata-rata Di Rumah Jiran

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.