Jangan Guna Buffet Ramadan & Seumpamanya Jika Tiada Sijil Halal Malaysia – JHEAINS
Menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) perbuatan mengelirukan @ memperdayakan pengguna Muslim boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal ) 2011.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui kita hantar beberapa minggu sahaja lagi untuk menyambut kedatangan 1 Ramadan.
Dapat dilihat beberapa pengusaha kedai makanan restoran serta hotel sudah pun menguar-uarkan promosi dan pakej berbuka puasa untuk menarik perhatian orang ramai.
Terbaharu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengingatkan pengusaha makanan seperti kafe dan restoran untuk tidak menggunakan perkataan Buffet Ramadan & perkataan seumpamanya sekiranya mereka tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
JHEAINS menerusi satu hantaran di media sosial berkata, perbuatan mengelirukan @ memperdayakan pengguna Muslim boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal ) 2011.
Jika disabit kesalahan mereka boleh didakwa sehingga RM500,000.00
Menurut JHEAINS lagi, antara perkataan yang tidak boleh digunakan untuk tujuan promosi adalah:
- Buffet (Bufet) Ramadan
- Set Iftar
- Jom berbuka puasa
- Muslim Friendly
Ini termasuklah kerja promosi di mana-mana medium pengiklanan elektronik atau pun percetakan seperti:
- Radio
- Televisyen
- Akhbar
- Banner (Kain rentang)
- Billboard (Papan iklan)
- Flyers (Risalah)
- Media Sosial
Boleh buat aduan jika berlaku
Tambah JHEAINS di Facebook lagi, jika terdapat sebarang aduan, orang ramai boleh hubungi Bahagian Pengurusan Halal, JHEAINS di:
- Talian 06-766 4234
- E-mel ke halal.jheains@ns.gov.my
Malah mereka menjelaskan tiada masalah untuk mana-mana pihak yang tiada sijil Halal SPHM untuk menggunakan perkataan buffet selagi tidak menggunakan perkataan ‘Buffet Ramadan’.
Selangor pernah beri peringatan sama, Bufet Ramadan bawa maksud halal
Namun peringatan yang diberikan JHEAINS ini bukanlah sesuatu yang baru.
Pada 2022,Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mendedahkan hanya 31 hotel di negeri itu yang mempunyai sijil halal iaitu SPHM
Ini sekaligus tidak melayakkan hotel yang bukan pemegang SPHM untuk menggunakan istilah ‘bufet ramadan’, dan boleh dikenakan tindakan jika menggunakannya.
Bufet Ramadan juga adalah bentuk perihal dagangan
Jelas beliau, ‘bufet Ramadan’ membawa maksud halal selain ianya adalah satu bentuk perihal dagangan.
“Di bawah Perintah Perihal Dagangan (takrif halal) 2011, istilah bufet Ramadan merupakan antara istilah yang membawa maksud halal dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan kerana ianya menjadi satu bentuk perihal dagangan.
“Penggunaan istilah bufet Ramadan dalam kalangan bukan pemegang SPHM merupakan isu pelanggaran undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan,” kata Mohd Zawawi.
Baca artikel berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal
Baca artikel berkaitan: JAKIM Bangunkan Sistem AI, Mudahkan Prosedur Permohonan Lulus Sijil Halal
Artikel berkaitan lain:
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.

