“Ini Yang Layak Bagi Tips Rumah Tangga” – Ramai Terharu Lihat Pakcik Suka Tangkap Gambar Isteri [Video]
Telatah pakcik tersebut yang menyantuni isterinya itu telah dirakamkan di kedai makan Konsi Eatery yang terletak di Parit Buntar, Perak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila melihat pasangan suami isteri yang sudah berumur dan kelihatan amat bahagia bersama, mesti terbayangkan masa hadapan kita dengan pasangan masing-masing kan?
Banyak persoalan yang timbul seperti adakah kedua-duanya masih bersama, atau akan dipisahkan sama ada oleh kehidupan atau kematian.
Oleh itu, setiap detik yang ada bersama pasangan perlulah diraikan dengan penuh kasih sayang agar masjid yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.
Baca Artikel Berkaitan: “Setia Selamanya” – Pasangan Warga Emas Berpimpin Tangan Jalan Dalam Hujan Curi Tumpuan Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Gugur Air Mata Jantan” – Lelaki Sebak Lihat Pasangan OKU Penglihatan Bawa Bayi Naik LRT [Video]
Pakcik Raih Perhatian, Jadi Personal Photographer Isteri
Baru-baru ini, satu pasangan suami isteri warga emas mendapat perhatian ramai apabila momen mereka berdua di sebuah restoran tular di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (@konsi.eatery), kelihatan lelaki tersebut mula menangkap gambar isterinya yang sedang membuat bayaran di kaunter tanpa diminta.
“Luar biasa kami tengok cara pakcik menyantuni makcik. Siap jadi personal photographer,” terulis pada video tersebut.
Bukan Sekali, Dua Tangkapkan Gambar Isteri
Apa yang menarik perhatian, bukan setakat sekali dua dia berbuat demikian, tetapi dia turut mengajak isterinya untuk menangkap gambar di luar kedai.
Malah seorang staf turut membantu mengambil gambar mereka yang saling berpelukan ketika berada di hadapan kedai terbabit.
Perkara itu telah dirakamkan di kedai makan Konsi Eatery yang terletak di Parit Buntar, Perak.
“Mak dan ayah siapa ni? Tolong la bagitahu mereka yang kami semalam dekat Ruma Konsi rasa manis bersemut sangat tengok pakcik dan makcik ni.
“Mula la kami terbayang hari tua kami bersama suami dan isteri masing-masing. Semoga kita dapat menjalani hari-hari tua dengan penuh bahagia,” katanya.
@konsi.eatery Mak & Ayah sapa niii??? Tolong laa habaq kat depa yang kami semalam dekat ruma konsi rasa Manis bersemut sangat tengok pakcik dan makcik ni. mula laa kami terbayang hari tua kami bersama suami dan isteri masing2. semoga kita dapat menjalani hari2 tua dengan penuh Bahagia💞 #cafeparitbuntar #paritbuntar #nibongtebal #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ kota ini tak sama tanpamu (with Aziz Harun & Aisha Retno) – Nadhif Basalamah & Aziz Harun & Aisha Retno
Ramai Puji Pasangan Suami Isteri ‘Sweet’ Bersama
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah 2.7 juta tontonan dan menerima lebih 340 ribu tanda suka.
Orang ramai turut membanjiri ruangan komen dengan memuji pasangan suami isteri yang saling menyayangi antara satu sama lain. Ada juga yang memuji pakcik tersebut kerana pandai menangkap gambar isterinya.
Seorang Individu Dipercayai Anak Pasangan Warga Emas Tampil
Seorang individu yang dipercayai merupakan anak kepada pasangan berkenaan berkata ibunya merupakan cinta sejati buat ayahnya, manakala suami itu pula adalah hero kepada wanita itu.
“Ini mak dan ayah saya. Mereka memang loving couple. Mak adalah cinta sejati ayah, begitulah ayah adalah hero di mata emak,” katanya.
Dalam masa sama, segelintir warganet turut berharap agar diri mereka sendiri atau anak-anak dikurniakan pasangan sedemikian suatu hari nanti.
“Sweet sungguh. Dapat satu pengajaran yang berharga hari ni. Aku doakan anak perempuan aku dapat suami yang baik macam ni dan anak lelaki aku mampu jadi suami sebaik ini kepada bakal isterinya,” kata seorang individu.
Di samping itu, seorang individu pula berkata pasangan ini pernah tular sebelum ini kerana pakcik tersebut membantu isterinya untuk menukar kasut ketika di sebuah butik.








Baca Artikel Berkaitan: Mufti Pulau Pinang Perjelas Hukum Dedah Aib Pasangan Jika Niat Untuk Menjaja & Balas Dendam
Baca Artikel Berkaitan: “Dulu Tumpang Pelamin Orang” – Pasangan Realisasikan Wedding Impian Selepas 18 Tahun Berkahwin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Dedah Ketagihan Media Sosial Jadi Punca Pasangan Suami Isteri 50 Tahun Ke Atas Bercerai



