fbpx
Now Reading
“Bukan Jadikan New Wiki” – Netizen Persoal Kenapa Pensyarah ‘Marah’ Pelajar Guna AI, Lecturer Kongsi Sebabnya

“Bukan Jadikan New Wiki” – Netizen Persoal Kenapa Pensyarah ‘Marah’ Pelajar Guna AI, Lecturer Kongsi Sebabnya

Sebelum ini, seorang lelaki bertanya mengapa masih ada pengajar yang melarang pelajarnya menggunakan AI sedangkan Malaysia menuju ke arah negara AI menjelang 2030.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seperti yang kita tahu, penggunaan AI (kecerdasan buatan) dilihat semakin meluas dalam kehidupan seseorang sekarang.

Sebagai contoh ada yang menggunakannya untuk mendapatkan idea menulis, membantu tingkatkan produktiviti kerja dan sebagainya. Jangan pelik pula anda dengar ada individu yang menggunakan AI untuk mencari resepi memasak.

Malah, ramai juga di kalangan pelajar yang menggunakan teknologi itu dalam urusan pembelajaran tidak kira di peringkat sekolah atau di pengajian tinggi seluruh Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: “Bijak Guna ChatGPT” – Wanita Terkejut Suami Dah Siapkan Menu Berbuka Untuk Sebulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Trend Edit Gambar Guna AI Jadi Video Kung Fu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Cikgu Gen Z + Murid Alpha” – Video Kerjaya Janaan AI Ketika Majlis Graduasi Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Perlekeh Pensyarah Dikecam, Bangga Siapkan Assignment Last Minute Kerana Guna ChatGPT

Malaysia Nak Perkasa Penggunaan AI, Tapi Ada Pelajar Masih Dilarang Guna AI Ketika Buat Laporan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Arif berkongsi tangkap layar daripada carian Google mengenai perkembangan AI di Malaysia.

Tangkap layar tersebut bertulis, “Malaysia bergerak pantas ke arah menjadi negara AI menjelang 2030, melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) dan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.”

Difahamkan ia merupakan sebahagian dari laporan yang dikeluarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertarikh 13 Disember 2025.

View on Threads

Bagaimanapun kenyataan tersebut dipersoal Arif yang bertanya mengapa segelintir golongan pensyarah marah apabila pelajar menggunakan AI untuk melakukan laporan sedangkan Malaysia sedang menuju ke arah ‘negara AI’?

Malah dia juga berkata bahawa pihak kerajaan juga menyarankan penggunaan AI dalam penghasilan kerja menerusi satu hantaran poster yang dimuat naik Kementerian Digital sebelum ini.

Poster itu bertulis, “Jom buat surat rasmi guna AI.”

Universiti Perlu Keluarkan Panduan Guna AI Kepada Pelajar

Arif dalam masa sama tahu bahawa ada segelintir individu yang menyalahgunakan AI. Namun menurut pandangannya, universiti memainkan peranan untuk mendedahkan dan mengajar pelajar tentang cara atau panduan penggunaan AI yang sebetulnya.

Baca Artikel Berkaitan: Fakulti AI Perlu Diwujudkan Di Semua Universiti Di Malaysia – Mohamad Fauzan

View on Threads

Ada Pelajar Copy Paste Ayat Dari AI Tanpa Periksa Semula Fakta

Menjengah ke ruangan balas, seorang individu yang dipercayai seorang warga pendidik berkata kebanyakan tenaga pengajar tidak melarang penggunaan AI oleh golongan pelajar. Namun perkara yang menjadi masalah apabila pelajar itu tidak mengunakan AI secara bertanggungjawab.

“Tiada siapa yang halang pelajar guna AI, tapi kami menentang pelajar yang menyalahgunakannya. Pelajar boleh guna AI untuk bantu cari isi dan fakta bagi esei atau tugasan.

“Tapi selepas itu, pelajar perlu baca semula, semak, tambah idea atau contoh sendiri serta susun semula ayat supaya sesuai dan ikut aliran penulisan. Bukan sekadar copy paste tanpa semakan. Benda ni mudah dikesan sebab rujukan daripada AI selalunya tak tepat atau tak wujud, gaya penulisan pun jelas berbeza,” katanya.

Pendidik Beri Pandangan, AI Kurang Bantu Pelajar Fikir Secara Kritikal

Ada pula yang berpendapat bahawa pengajar tidak menggalakkan penggunaan AI kerana bimbang pelajar tidak mempunyai kemahiran berfikir secara kritikal.

“Soalan ni adalah contoh kenapa kita (pengajar) tak nak pelajar kami guna AI. Untuk asah kemahiran berfikir secara kritikal. Kalau awak rasa bidang dan pekerjaan awak nanti boleh disiapkan guna AI, maka kursus dan pekerjaan tu berisiko tidak relevan pada masa hadapan,” ujar seorang pendidik.

“Guna AI untuk alat membantu je bukan suruh AI buatkan seluruh assignment kau. Baik bagi ijazah tu dekat AI je nanti,” tambah seorang lelaki.

Sementara itu, seorang pensyarah pula mengingatkan pelajar untuk menggunakan AI secara berhemah.

“Meh saya jawab. Saya pensyarah Kanan Universiti Awam (UA) dengan pengalaman 17 tahun. Di sekolah, anda diajar menghafal dan aplikasi ilmu. Di universiti, anda diajar berfikir dan menghasilkan ilmu. Di universiti, anda diajar berfikir dan menghasilkan ilmu.

“Point keseluruhan masuk universiti adalah untuk hasilkan individu yang berfikiran terbuka dan akauntabiliti. Nak guna AI, tak ada masalah tapi dengan ilmu. Saya sebagai pensyarah pun masuk kursus beratus jam untuk guna AI secara berhemah. Bukan jadikan AI sebagai ‘new Wikipedia’,” kongsinya.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: UAI Perjelas Hukum Guna Teknologi Artificial Intelligence (AI) Dalam Islam. Boleh Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Astro Awani Perkenal 2 Robot AI Sebagai Penyampai Berita, Ramai Mula Risau Isu Saingan Pekerjaan

Baca Artikel Berkaitan: Analisis Dapati 8 Juta Pekerjaan Di UK Bakal Lenyap, AI Jadi Pengganti

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.