“Tak Lucu, Hanya Memalukan Ilmu” – Posting ‘Aku Bukan Kelantan’ Di Akaun Threads UM Undang Kritikan
Sebelum ini, pengendali akaun Threads Universiti Malaya (UM) telah memuat naik hantaran yang bertulis, “Aku bukan Kelantan. Titik.”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama, adalah penting bagi setiap individu menjaga sensitiviti agar tidak mengguris hati mana-mana pihak. Namun meskipun sudah memasuki tahun 2026, masih ada yang bertindak sebaliknya.
Baru-baru ini, Universiti Malaysia (UM) mendapat kecaman ramai gara-gara hantaran yang dimuat naik bertulis, “Aku bukan Kelantan. Titik.”
Hantaran di laman Threads itu didakwa berbaur rasis terhadap penduduk negeri Kelantan.
Kenyataan itu kemudiannya telah mendapat perhatian orang ramai, yang mana rata-rata daripadanya mengecam tindakan admin akaun institusi berprestij untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu.
“UM? Kau main-main dengan orang ke? Tolonglah! Ni UM tau, salah salah Universiti Awam (UA) top di Malaysia. Kenapa perlu bawa benda rasis macam ni dekat timeline korang?” tanya seorang lelaki.
View on Threads
Alumni UM Selar Tindakan Admin UM Wujudkan Diskriminasi Terhadap Kelantan
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Izat berkata hantaran tersebut adalah memalukan dan tidak melambangkan identiti salah satu institusi terkemuka di Malaysia. Menurutnya, kenyataan itu akan membuka ruang untuk mewujudkan kebencian terhadap orang Kelantan.
“Sebagai institusi pendidikan terkemuka di Malaysia bagi saya ini sangat memalukan. Saya sebagai alumni UM dan juga orang Kelantan merasakan wabak “benci Kelantan” semakin menular sehinggakan institusi pendidikan sendiri seakan-akan menyokong perkara sebegini.
“Bagi saya ia tidak patut. Kelantan juga antara 14 Negeri yang ada di negara Malaysia. Hentikanlah sentimen kenegerian sebegini,” katanya.
View on Threads
Tidak Lucu, Hanya Memalukan Ilmu – Zhiddin
Influencer, Zhiddin Aziz turut memberikan pandangannya tentang isu tular ini. Jelas Zhiddin, negeri Kelantan tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka di khalayak ramai. Malah dia juga menyifatkan hantaran UM itu “memalukan ilmu”.
“Gurauan Kelantan tu kalau sesama kita, mungkin nampak gurauan biasa. Tapi bila pelontar dari institusi yang sarat dengan kebijaksanaan, menjadikan Kelantan sebagai jenaka, maaf gurauan itu bukan lagi lucu, itu memalukan ilmu,” ujarnya.
View on Threads
Bagaimanapun menerusi semakan kami, hantaran tersebut telah pun dipadam.
Netizen Mohon KPT Ambil Tindakan
Sementara itu, seorang warganet turut membuat aduan secara terbuka kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan harapan agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan didakwa berbaur diskriminasi.
“Saya ingin melaporkan hantaran di akaun Threads @unimalaya bertulis ‘Aku bukan Kelantan. Titik.’ Kenyataan ini bersifat diskriminasi dan tidak profesional bagi sebuah institusi pendidikan tinggi.
“Mohon penjelasan dan tindakan tegas agar imej Universiti Malaya sebagai agen perpaduan terpelihara.”
View on Threads
Admin UM Mohon Maaf, Akan Hati-hati Pada Masa Akan Datang
Susulan kecaman dan kritikan ramai, UM menerusi satu hantaran semalam (22 Januari), tampil memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang timbul. Malah admin UM juga berkata, dia akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuat naik sebarang hantaran.
“Admin ingin memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang berlaku. Hantaran terdahulu telah diturunkan bagi mengelakkan sebarang salah faham. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan dan pihak kami akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.”
View on Threads
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹






