Pakar Perjelas Kenapa Kanak-Kanak Di Taska Yang Sama Boleh Berkongsi Corak Emosi & Tahap Stres
Menurut Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli, tiga tahun pertama kehidupan merupakan tempoh yang kritikal bagi perkembangan mikrobiom usus si kecil yang berkait rapat dengan emosi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Boleh dikatakan masa kini rata-rata ibu ayah pasti menghantar anak mereka sejak kecil ke pusat asuhan atau pusat penjagaan disebabkan oleh tuntutan kerja.
Malah ada juga bayi yang dihantar ke pusat sedemikian sebaik sahaja ibu habis berpantang, iaitu sekitar usia tiga ke empat bulan.
Buat ibu ayah, ini merupakan pilihan terbaik berbanding meminta bantuan ahli keluarga terdekat, seperti datuk dan nenek, untuk menjaga anak-anak sementara mereka berada di tempat kerja.
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Wanita Persoal Ibu Bapa Hantar Anak Ke Taska Ketika Cuti Kerja Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Terbaik Buat Ibu Bapa Pilih Taska Terbaik Untuk Anak-Anak
Tiga Tahun Pertama Tempoh Kritikal Perkembangan Mikrobiom Usus
Pakar psikologi dan Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli, bagaimanapun mendedahkan pilihan ini boleh memberi kesan terhadap tahap kesihatan mental anak-anak jika tidak dibuat secara berhemah.
Menerusi hantaran di TikTok (@amirul.ramli), dia berkata bahawa seorang kanak-kanak sepatutnya dijaga oleh ahli keluarga terdekat sendiri sehingga sekurang-kurangnya berusia tiga tahun.
Katanya, ini kerana jangka masa tiga tahun pertama kehidupan merupakan tempoh yang kritikal bagi perkembangan mikrobiom usus si kecil yang ketika itu sedang dibentuk dan distabilkan.
20% Mikrobiom Usus Si Kecil Dibentuk Berdasarkan Kanak-Kanak Lain Di Sekitarnya
Untuk info, mikrobiom usus merujuk kepada ekosistem mikroogranisma yang merangkumi bakteria, virus dan kulat, di dalam usus.
Mikroorganisma di dalam usus ini akan mula dibentuk sebaik sahaja bayi dilahirkan dan turut boleh dipengaruhi oleh mereka yang duduk bersama.
Menurut Amirul, bakteria yang terdapat di dalam usus akan mempengaruhi kekuatan sistem imun, kestabilan dan kecenderungan emosi, serta respon stres.
Beliau yang memetik kajian oleh University of Trento, berkata kira-kira 20% daripada mikrobiom usus si kecil akan dibentuk berdasarkan kepada suasana mikrobiom usus kanak-kanak lain dalam persekitaran yang sama.
Kajian tersebut mendapati seorang bayi pada mulanya tidak mempunyai strain mikrobiom yang serupa dengan kanak-kanak lain. Namun dalam tempoh kurang setahun, si kecil berkongsi sekitar 20% strain dengan sekurang-kurangnya seorang bayi lain di pusat asuhan terbabit.
“Berkongsi ruang yang sama dan interaksi sosial dengan kanak-kanak lain ketika tahun pertama kehidupan menyumbang kepada perkembangan mikrobiom sama banyak seperti menerima mikrobiom dari ahli keluarga sendiri,” jelas penyelidik.
Si Kecil Di Persekitaran Sama Akan Mempunyai Corak Emosi Yang Serupa
Mengulas lanjut, Amirul berkata perkara ini bermakna bahawa kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan terlalu awal usianya akan berkongsi corak emosi, tahap stres, ketahanan imun dan kestabilan dalaman seperti rakan-rakannya di sana.
“Kalau persekitaran tu penuh dengan kanak-kanak yang kuat menangis, selalu mengamuk, tak senang duduk. Lepas tu gilir-gilir sakit, emosi tak stabil.
“Jadi usus anak anda akan disesuaikan dengan suasana itu dan bila anak masuk sekolah, emosi tak stabil, cepat melenting, mudah rasa cemas. Anda pun pelik, kenapa jadi macam ni?” jelas pakar itu lagi.
Amirul turut menjelaskan bahawa emosi seseorang dapat dikaitkan dengan neuromodulator serotonin yang sebahagian besarnya (90%) dihasilkan di dalam usus.
Dia sekali lagi menegaskan bahawa tiga tahun pertama kehidupan kanak-kanak akan menjadi penentu utama bagi kestabilan sistem ini.
@amirul.ramli ♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth
Baca Artikel Berkaitan: “Susah Nak Fokus” – Pakar Jelaskan Kaitan Pemakanan Dengan Kesihatan Mental Kanak-Kanak
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Tips Untuk Ibu Ayah Berinteraksi Dengan Anak Kecil Di Rumah Dengan Lebih Mudah
Baca Artikel Berkaitan: Suplemen Tak Buat Anak Jadi Pandai, Tapi Pemakanan Seimbang & Tidur Yang Cukup – Pakar