fbpx
Now Reading
Ibu Penat Fizikal Mental, Tindakan Nurse HTA Tolong Dodoi Bayi Nangis Raih Pujian

Ibu Penat Fizikal Mental, Tindakan Nurse HTA Tolong Dodoi Bayi Nangis Raih Pujian

Menurut ibu tersebut, jururawat Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur itu menawarkan diri untuk mendodoikan anak ketika melihat dirinya sudah penat dan mengantuk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap ibu melalui fasa yang berbeza selepas menyambut kelahiran bayi tercinta. Sebagai contoh, ada ibu bapa yang yang dilimpahkan rezeki anak yang sihat walafiat sehingga mereka meningkat usia.

Bagaimanapun ada juga yang diuji sebagai contoh si bayi mengalami demam kuning sehingga perlu dikejarkan dan ditahan di hospital. Kadang-kadang ada juga demam atau selesema akibat imun badan yang masih belum kuat.

Dalam situasi sebegini, pasti ramai ibu bapa yang luluh hati melihat keadaan si kecil selain berasa penat dan sakit.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Kena Demam Kuning, Fizo Omar Minta Petua Pengikut IG

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Bagi Pastikan Anak Dapat Vitamin D Mencukupi, Ibu Ayah Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kebaikan Beri Mentega Pada Bayi Selepas Usia 6 Bulan

Ibu Luah Rasa Penat, Sedih Tengok Anak Dicucuk Ketika Ditahan Wad

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Ashinity berkongsi pengalaman apabila bayi perempuannya dimasukkan ke dalam wad 10A Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur pada beberapa minggu lalu.

Sebagai seorang ibu yang pertama kali melahirkan anak, dia luluh hati dan beremosi melihat bayinya disuntik. Oleh disebabkan cucukan itu juga, anak perempuannya tidak berhenti menangis sekaligus menyukarkannya untuk tidur.

Situasi itu kemudiannya membuatkan Ashinity berasa buntu kerana tidak tahu apa lagi cari untuk menenangkan bayi yang berasa tidak selesa.

“Malam tu dia meraung, menangis tak henti dan tak nak tidur. Mungkin sebab kahak atau sebaliknya. Saya dah rasa betul-betul tak berdaya, tak tahu apa lagi nak buat. Saya penat secara mental dan fizikal.”

Baca Artikel Berkaitan: Anak Anda Asyik Tantrum? Ini Pantang Larang Ibu Ayah Semua Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isu Budak Tantrum Dalam Feri, Doktor Sound Ada Lelaki Bagi ‘Tips’ Kasi Ubat Tidur Terkawal Pada Anak

Jururawat Bantu Dodoikan Bayi Hingga Berhenti Nangis

Prihatin dengan nasib si ibu, seorang jururawat di hospital yang dahulunya dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur kemudiannya menawarkan diri untuk menenangkan bayi berkenaan.

“Jururawat kanan, Syuhada ambil anak saya dan sapu minyak dekat perut. Dodoikan untuk buat bayi berhenti menangis dan tidur. Terima kasih banyak sebab datang untuk selamatkan keadaan. Semoga murah rezeki selalu,” kongsi Ashinity.

View on Threads

Ramai Puji Jururawat Layan Bayi Macam Anak Sendiri

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji sikap jururawat yang bijak mengendalikan masalah dan membantu si ibu yang sedang panik ketika waktu kejadian.

“Kebanyakan staf-staf HTA memang baik sangat. Loves🩷,” kongsi seorang netizen.

“Diorang sangat timbang rasa. Diorang (nurse) ni ibarat ibu yang kuat. Mungkin ada segelintir yang tidak suka, tetapi mereka ini sangat diperlukan,” tambah seorang lelaki.

Malah ada juga yang berkongsi mereka mendapat layanan baik daripada jururawat yang sama sebelum ini.

“Saya kenal nurse ni. Anak-anak saya pun memang dia jaga macam anak sendiri,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, ramai individu menyarankan Ashinity untuk meninggalkan maklum balas yang baik untuk jururawat tersebut di laman Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

“SISPAA dia please (beri maklum balas). Dia layak terima pengiktirafan,” kata seorang wanita.

“Tolong SISPAA staf jururawat ni. Asyik SISPAA negatif je. SISPAA positif pulak,” ujar seorang warganet.

Ramai Setuju Staf HTA Beri Layanan Baik Kepada Pesakit

Dalam masa sama, ramai juga bersyukur dan bersetuju bahawa kebanyakan staf-staf di HTA memberikan layanan tip-top kepada pesakit di sana.

“Saya pernah masuk wad 9C HTA dengan bayi pramatang saya. Jururawat-jururawat dekat sana sangat baik dan beri sokongan. Anak lelaki saya kerap nangis dan susah untuk menyusu. Nampak situasi tu, seorang nurse dengan hati-hati ambil anak saya, beri susu dengan penuh kesabaran, dan dodoikan hingga dia tidur.

“Momen tu sangat bermakna untuk saya, dan saya akan sentiasa bersyukur atas keprihatinan dan kasih sayang yang mereka berikan kepada kami,” kongsi seorang ibu.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Pengguna Jalan Raya Berganding Bahu, Bantu Wanita Bersalin Di Bahu Jalan Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Buat Ibu Untuk Banyakkan Susu Badan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.