Aunty Mengigil Kelaparan, Sanggup Jalan Kaki Pukul 2 Pagi Cari Makan Undang Sebak [Video]
Warga emas tersebut mendakwa dia tinggal bersama anak dan cucunya di kawasan berhampiran, namun pada hari kejadian dia ditinggalkan sendirian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Melakukan kebaikan merupakan satu perkara yang dituntut dalam Islam dan besar ganjaran pahalanya buat mereka yang sering menghulurkan bantuan.
Meskipun perkara itu nampak kecil, namun perbuatan yang baik akan sentiasa dikenang dan melegakan hati mereka yang sedang ditimpa kesusahan.
Di Malaysia pula, tidak dinafikan kebanyakan rakyat amat mudah menghulurkan bantuan kepada individu lain tanpa mengira bangsa dan agama.
Lelaki bantu belikan makanan untuk aunty kelaparan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang lelaki yang membantu seorang wanita warga emas yang kelaparan pada jam 2 pagi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Threads @ariefjaynal, kejadian berlaku semasa dia dan adiknya baru sahaja pulang ke rumah daripada berniaga.
“Ceritanya aku baru sahaja balik berniaga pukul 2 pagi dengan adik, nak masuk kan kereta dalam pagar rumah selepas itu nampak auntie ini jalan sorang-sorang kemudian terus datang dekat kereta aku,” tulisnya.
Warga emas keluar jalan kaki seorang diri kerana kelaparan
Menurutnya, warga emas berkenaan berjalan kaki seorang di kawasan tersebut pada waktu terbabit kerana kelaparan.
“Selepas itu aku tanya, ‘auntie nak kemana?’ Kemudian auntie itu jawab dia lapar nak makan, dia tak makan lagi,” tulisnya lagi.
Warga emas tersebut mendakwa dia tinggal bersama anak dan cucunya di kawasan berhampiran, namun pada hari kejadian dia ditinggalkan sendirian.
Sedih lihat warga emas menggigil kelaparan
Lebih menyayat hati, lelaki terbabit berkata wanita lanjut usia itu berada dalam keadaan menggigil berkemungkinan kerana terlalu kelaparan.
“Memandangkan dekat rumah aku takda apa-apa, jadi aku pergi lah beli nasi di kedai. Aku ajak auntie itu makan di kedai tetapi dia tak nak, katanya nak bungkus sahaja,” tulisnya.
Dalam video tersebut, kedengaran suara warga emas terbabit menolak bantuan lelaki berkenaan untuk menghantarnya ke rumah.
Wanita itu menyatakan bahawa dia boleh berjalan kaki untuk pulang ke rumah kerana jarak yang tidak terlalu jauh.
View on Threads
Netizen sebak lihat warga emas jalan kaki kelaparan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak melihat warga emas terbabit yang berjalan seorang diri kerana kelaparan.
Kebanyakan pengguna media sosial turut memuji lelaki berkenaan kerana sanggup keluar membeli makanan buat warga emas itu.
Netizen turut mendoakan agar lelaki tersebut dilimpahi dengan rezeki yang banyak dan segala urusannya dimudahkan.


Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bagi Wanita Tak Dikenali Bawa Kereta Kerana Nak Bantu Motosikal Tiada Minyak Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Wanita Siap Sediakan Bakul Untuk Beri Makanan & Air Kepada Pekerja Pembersihan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Buat Kunyah-kunyah Atas Motor” – Kedai Makan Dipuji, Beri Sate Percuma Kepada Rider



