Tular Bezza Rempuh Anak-beranak Naik Motosikal Ketika Cuba Potong Lori
Difahamkan kanak-kanak yang membonceng motosikal dan terbabit kemalangan itu berada dalam keadaan selamat manakala jari kaki si bapa patah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya pastinya mahu menuju ke destinasi masing-masing dalam keadaan selamat. Pun begitu, meskipun seseorang itu sudah sehabis baik mengikuti undang-undang dan memandu dengan cermat, ada sahaja risiko kemalangan disebabkan kecuaian orang lain.
Antara kesalahan yang kerap dilakukan orang ramai walaupun sudah banyak kali ditegur adalah memotong lampu isyarat, memandu dengan laju, ataupun memotong laluan secara melulu tanpa menghiraukan keadaan sekitar.
Ia bukan sahaja mengundang bahaya kepada orang lain tetapi juga diri sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: Jatuh & Nyaris Digilis Lori, Ramai Geram Lihat Aksi Berbahaya Mat Rempit Di Lebuh Raya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Tadi Lembab” – Tindakan Kereta Pandu Perlahan Tiba-Tiba Laju Selepas Dipotong Lori Cetus Perdebatan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Lori Potong Barisan Tunjuk Samseng Dengan Myvi, Sekali Yang Keluar Badan Sado [Video]
Bezza Langgar Motosikal Ketika Cuba Potong Lori
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Ana berkongsi video dashcam menyaksikan situasi cemas yang berlaku di atas jalan raya.
Menerusi video perkongsian, kelihatan sebuah lori di laluan kanan dan sebuah motosikal di laluan kiri sedang bergerak selepas lampu isyarat bertukar warna hijau.
Pada awalnya, situasi itu kelihatan normal sahaja dan kenderaan-kenderaan itu pun dilihat memandu dengan kelajuan yang terkawal. Namun lain pula yang berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Bezza secara tiba-tiba memecut dan mengubah laluan ke lorong kiri untuk memotong lori yang berada di hadapannya.
Bagaimanapun cubaan memotong dengan selamat tidak berjaya apabila Bezza terbabit terlanggar motosikal yang dinaiki seorang bapa dan anaknya itu.

Menerusi video rakaman dashcam, kelihatan kedua-dua anak beranak itu terjatuh di tepi jalan raya. Kelihatan juga si bapa memeluk anaknya di dalam dakapan sejurus selepas rempuhan.
Beberapa pengguna jalan raya turut sama-sama membantu selepas melihat kemalangan berkenaan termasuklah pemandu Bezza yang melanggar.
Jari Kaki Bapa Patah, Anak Selamat
Menurut Ana di ruangan komen, anak kecil itu berada dalam keadaan selamat manakala si ayah dikejarkan ke hospital kerana jari kakinya yang patah.
“Anak perempuan dia Alhamdulillah okay korang! Bapak dia je masuk hospital, saya lalu dekat tempat kejadian tadi takut rasa, sedih nampak selipar ayah dia tinggal dekat tepi jalan. Mungkin naik ambulans tadi kot, moga baik-baik sahaja InsyaAllah,” kata Ana yang memaklumkan dia adalah jiran kepada mangsa.
Jelas si bapa, pada waktu kejadian, dia hanya memikirkan tentang keadaan anaknya sahaja.
View on Threads
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Bengang Bezza Potong Secara Melulu
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa berang dengan sikap pemilik Bezza yang memandu dengan cuai.
“Kalut la bawa kereta,” kata seorang wanita.
“Dia (motosikal) dah dekat tepi habis dah tu yang kau tak sabar sangat potong laju-laju macam tu tak tengok dulu ke jalan clear Bezza woi. Aduhai serabutlah orang macam ni,” tambah seorang lagi netizen.
Ada juga yang percaya kemalangan berpunca dari titik buta (blind spot) namun ada yang menyangkal teori tersebut.
View on Threads
Sementara itu, ramai juga berasa sebak melihat anak kecil yang turut menjadi mangsa kemalangan.
“Weh ada budaklah! Bod*h apa Bezza tu. Tak pandai potong janganlah potong,” ujar seorang individu.
“Allah sedihnya tengok dah jatuh pun masih peluk anak dia walaupun tengah sakit,” kata seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: Siap Cucuk Kereta Depan! Toyota Supra Dipandu Melulu Sebelum Terbabas Masuk Longkang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Apa-apa Jadi Kat Anak Aku” – Ramai Puas Hati Lihat Lelaki Ini ‘Sound’ Pemandu Axia Bawa Melulu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Memandu Secara Melulu, Polis Buka Kertas Siasatan & Cari Pemandu BMW Singapura



