Now Reading
Didik Diri Tak FOMO Beli Barang Baru, Ramai Kagum Doktor Sudah 8 Tahun Amal Gaya Hidup Minimalis

Didik Diri Tak FOMO Beli Barang Baru, Ramai Kagum Doktor Sudah 8 Tahun Amal Gaya Hidup Minimalis

Menurut doktor perubatan dikenali sebagai Dr Amirah Alieya, bilik kecil seluas 45 kaki persegi itu adalah tempat untuknya ‘lari’ dari kehidupan yang penuh stres dan sesak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu mempunyai gaya hidup mereka tersendiri. Ada yang sukakan kemewahan, sebagai contoh pakaian, atau rumah mereka diserikan dengan dekorasi lip-lap dan perabot berjenama yang sekaligus menampilkan gaya eksklusif.

Tetapi ramai juga yang lebih menyukai kesederhanaan bukan sahaja melibatkan keluasan rumah, malah juga barang-barangan peribadi yang dikumpul. Istilah yang selalu digunakan ramai adalah kualiti berbanding kuantiti.

Itulah gaya hidup yang dipilih oleh sepasang suami isteri sejak lapan tahun lalu.

Doktor Tinggal Di Bilik Studio, Gembira Amal Gaya Hidup Minimalis

Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang doktor perubatan dikenali sebagai Dr Amirah Alieya Mohammad, 36, berkongsi foto pelan bilik yang disewa di atas klinik miliknya.

Berbanding rumah luas seperti individu berkeluarga yang lain, Dr Amirah lebih selesa tinggal bersama suaminya, Dr Muhammad Aiman Salahuddin, 38 di dalam ruang seluas 45 kaki persegi itu.

Menurut doktor tersebut, beliau sentiasa memeriksa barangan yang ada. Jika tidak diperlukan, Dr Amirah akan menjualnya atau mengitar semula barangan terbabit.

Dalam masa sama, beliau juga mendidik diri agar tidak terikut-ikut dengan trend atau gaya hidup masyarakat sekarang. Dr Amirah berkata tindakan itu sebenarnya banyak memberi kesan kepada simpanan kewangan yang lebih positif.

Dr Amirah juga mengakui bahawa antara cabaran untuk kekal hidup sebegitu adalah takut ketinggalan dengan trend kini.

“Selepas lapan tahun mengamalkan gaya hidup minimalis, sentiasa menilai semula barang yang ada, ulang-alik ke tong kitar semula, menjual barang yang masih elok di Carousell, mengawal barang yang masuk dalam hidup, mendidik diri supaya tidak FOMO (fear of missing out), dan tak suka membandingkan diri dengan orang lain, kawal nafsu membeli dan belajar untuk menjadi lebih cilik kewangan, inilah yang tinggal.”

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Rasa Rimas Lihat Barang Menimbun? Ini Kepentingan ‘Declutter’ Untuk Emosi Anda

Kesihatan Mental Terjejas Selepas Amalkan Hidup Mewah

Memetik Berita Harian, Dr Amirah pernah berada di dalam satu fasa kehidupannya di mana beliau merasakan kejayaan perlu ditonjolkan kepada orang ramai dengan cara memiliki barangan yang mewah.

Namun tindakan itu sebenarnya memburukkan lagi kesihatan mentalnya. Oleh disebabkan itu, dia mula beralih kepada kehidupan kini. Dalam erti kata lain ‘downgrade lifestyle’ demi kesihatan mental.

Baca Artikel Berkaitan: Penasihat Kesihatan Mental Sarankan Buat Perkara ini Untuk Tingkatkan ‘Energy Capacity’ Otak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Gembira, Rasa Tenang Selepas ‘Downgrade’ Gaya Hidup Untuk Kehidupan Yang Lebih Selesa

Doktor Sukakan Konsep Minimalis Berbanding Mewah

Jelasnya, sejak zaman sekolah lagi dia sudah mengimpikan kehidupan yang minimalis, simple dan tidak serabut. Malah ia juga tidak menjadi masalah kepada si suami memandangkan pasangannya itu juga merupakan seseorang yang sukakan kesederhanaan.

“Selain hanya mempunyai tujuh helai baju sahaja, setiap jenis kasut juga saya tetapkan hanya satu sahaja bilangannya.

“Untuk gajet pula, saya hanya menggunakan satu jenis tablet sahaja untuk menonton filem, membaca buku serta membuat kerja-kerja secara dalam talian dan tidak menggunakan buku langsung,” katanya.

View on Threads

Bilik Kecil Adalah ‘Syurga’ Untuk Melepaskan Diri Daripada Stres Kehidupan

Dr Amirah dalam satu hantaran lain berkata bahawa dia bersama suami selesa tinggal di kediaman kini selain menjadikan bilik tersebut sebagai tempat berteduh untuk lari daripada stres atau bebanan hidup.

“11 tahun hidup bersama. Tinggi rendah dalam hidup sama-sama hadap. Selesa hidup berdua dalam bilik kecil di klinik kami. Ini sahaja barang milik yang kami ada. Rapat dengan kumpulan keluarga dan rakan-rakan yang kecil sahaja. Bila dilanda stres, kami tahu bilik ini adalah syurga yang kami boleh cari ketenangan daripada dunia yang padat, bising dan sibuk,” katanya.

View on Threads

Ramai Kagum Doktor Mampu Kawal Nafsu Untuk Gaya Hidup Minimalis

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai kagum dengan sikap Dr Amirah yang disiplin dan tetap dengan pendiriannya untuk hidup minimalis sebegitu.

“Minimalis dan berjimat dengan cara yang baik. Saya teringin nak ada mentaliti yang kuat untuk lawan rasa FOMO,” kata seorang pengguna Threads.

“Saya dalam perjalanan (ke arah hidup sederhana). Dah 40%. Suka konsep minimalis awak,” tambah seorang individu.

Malah ada individu yang berpendapat bahawa dirinya mungkin tidak selesa tinggal di bilik yang kecil tetapi sangat setuju dengan cara Dr Amirah mengawal perbelanjaan kehidupannya.

“Awal-awal dulu saya trigger tentang ni tapi sekarang saya rasa oh kita ni terlampau extra dengan diri sendiri dalam hidup ni. Saya tak okay dengan ruangan yang kecil, tapi sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu. Terima kasih sebab buka mata saya,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai warganet kini lebih memahami konsep kualiti berbanding kuantiti.

“Kualiti daripada kuantiti. Lepas banyak barang dah musnah dalam banjir, baru sedar yang kita boleh je hidup tanpa barang-barang tu,” kata seorang netizen.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: ‘Slow Living’ Makin Popular Di Kalangan Anak Muda, Ini Tips Realisasi Gaya Hidup Itu

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Di Jepun Sanggup Berjimat 21 Tahun Untuk Bersara Awal & Kini Miliki Simpanan RM4 Juta

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cermat Berbelanja Tapi Raya Dengan Gaya Mewah? Ini 4 Port Shopping Yang ‘Mesra Poket’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.