fbpx
Now Reading
“Tiada Kompromi & Layanan Istimewa” – JPJ Sita Nissan Skyline R34, 5 Tahun Dipandu Tanpa Roadtax

“Tiada Kompromi & Layanan Istimewa” – JPJ Sita Nissan Skyline R34, 5 Tahun Dipandu Tanpa Roadtax

Menurut JPJ Negeri Kedah, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan Nissan Skyline R34 itu juga tiada perlindungan insurans sah serta menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap pemilik kenderaan bermotor di Malaysia perlu memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau Road Tax pada setiap tahun.

Ia merupakan salah satu peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pengguna jalan raya yang memiliki kenderaan di negara ini.

Bagaimanapun, tidak dinafikan masih ada pemandu yang tidak mengendahkan peraturan tersebut dan bertindak memandu kenderaan berkenaan secara haram di atas jalan raya.

Nissan Skyline R34 disita JPJ, 5 tahun dipandu secara haram

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menyita sebuah kereta jenis Nissan Skyline R34 kerana tidak memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook semalam (20 Januari), ‘sportcar’ yang menjadi idaman ramai orang itu dilaporkan telah dipandu tanpa LKM selama lima tahun.

“Akhirnya ditahan dan disita oleh JPJ Alor Setar, Kedah dalam satu pemeriksaan di KM 9, Jalan Darul Aman, Taman Tengku Maheran,” kata JPJ Kedah.

Nissan Skyline R34 tiada perlindungan insurans sah, nombor plat tak ikut spesifikasi

Menurut JPJ Negeri Kedah, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu turut tiada perlindungan insurans sah serta menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Susulan itu, JPJ telah mengeluarkan Notis Sita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Notis JPJ (P) 22 terhadap pemandu terbabit.

“JPJ menegaskan tiada kompromi atau layanan Istimewa, termasuk terhadap kenderaan berprestasi tinggi. Tindakan penguatkuasaan akan terus diperkasakan demi keselamatan semua pengguna jalan raya,” kata JPJ lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Rempuh Anggota JPJ Tiada Lesen, LKM Tamat Tempoh & Ada 8 Rekod Jenayah Serta Dadah

Baca Artikel Berkaitan: JPJ Sita Motosikal 23 Tahun Tak Renew Road Tax, Alasan Pemilik Tidak Guna Jalan Utama

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.