Now Reading
“Terpaksa Bawa Perpustakaan Bergerak” – Bapa Luah Rasa Kecewa Lihat Beg Sekolah Anak Padat Dengan Buku

“Terpaksa Bawa Perpustakaan Bergerak” – Bapa Luah Rasa Kecewa Lihat Beg Sekolah Anak Padat Dengan Buku

Menurut bapa dikenali sebagai Ceypul, badan anak yang kecil tidak mampu menampung beban buku yang banyak pada setiap hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seperti semua tahu, sesi persekolahan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun bermula pada 11 Januari dan 12 Januari lalu.

Sejak persekolahan bermula, banyak cadangan penambahbaikan dan aduan diterima daripada ibu bapa serta penjaga menerusi platform media sosial.

Kebanyakan daripadanya melibatkan keselamatan dan kebajikan para murid sepanjang berada di kawasan sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: Cadangan Kembalikan UPSR & PT3: Fadhlina Mohon Masa Untuk KPM Jalankan Kajian

Beg Sekolah Anak Terlampau Padat Dengan Buku

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ceypul meluahkan rasa kecewa selepas melihat beg sekolah anaknya yang terlampau padat dengan buku sekolah.

Menurutnya, beg berkenaan terlampau padat dan membebankan anak kecil untuk mengangkatnya setiap kali ke sekolah. Malah dia juga berharap agar KPM meneliti jadual sekolah murid.

“Alang-alang KPM tengah viral. Kepada KPM, ini beg sekolah anak saya. Penuh, padat dan beratnya. Macam nak masuk latihan komando. Setiap hari murid-murid kecil terpaksa memikul beban buku yang hampir menyamai berat badan mereka sendiri,” katanya.

Dalam masa sama, Ceypul juga meluahkan rasa risau tentang keselamatan anak kecil yang dikatakan mempunyai tulang yang lebih lembut berbanding dewasa.

“Tulang belakang mereka masih lembut, tapi jadual dan sistem kita terus menekan tanpa belas…” luahnya.

View on Threads

‘Perpustakaan Bergerak’ Boleh Buat Badan Murid Bongkok

Ceypul dalam satu hantaran lain turut menyifatkan beg padat tersebut sebagai ‘perpustakaan bergerak’. Bagi menangani isu ini, lelaki itu mencadangkan agar pihak sekolah menggunakan kemudahan digital kini sebaiknya dan mengurangkan kaedah pembelajaran tradisional.

“Adakah benar tiada inisiatif lebih baik untuk mengurangkan beban ni? Zaman dah berubah. Kita ada teknologi, e-learning, jadual bergilir, dan pelbagai solusi lain tetapi murid masih perlu membawa ‘satu perpustakaan bergerak’ setiap hari.

“Saya bukan minta banyak. Hanya mohon anak-anak kita dapat belajar tanpa perlu membongkok sebelum waktunya. Semoga KPM dapat memberi perhatian. Beban ini bukan kecil. Tapi badan anak-anak kitalah yang menanggungnya,” katanya.

View on Threads

Ramai Setuju Dengan Pandangan Mengenai Buku Sekolah Yang Banyak

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan diberikan Ceypul mengenai buku sekolah yang terlampau banyak.

“Hari tu cuba angkat beg anak, Ya Allah berat betul. Budak-budak tu memang la diorang bawa je, satu hari nanti takut ada penyakit lain pulak. Minta jauh la,” kata seorang wanita.

“Sama la anak saya, kesian tengok. Tapi yang boleh buat, kena bawak juga. Buku kalau tertinggal jadi masalah untuk dia nanti,” tambah seorang netizen.

Malah ada juga pelajar yang mengadu sakit kerana beg yang terlampau berat.

“Anak saya pun dah mengadu sakit pinggang dan sakit belakang. Badan jenis kecil Allah. Tahun ni dapat kelas tingkat atas pula,” ujar seorang pengguna Threads.

Segelintir individu memberi cadangan agar pihak sekolah menyediakan loker agar anak-anak boleh meletakkan sebahagian buku mereka di sana.

Pun begitu, ada juga penjaga yang berkata inisiatif tersebut tidak berapa efisien untuk sekolah yang mempunyai dua sesi. Hal ini kerana bilangan loker yang terhad jika dibandingkan dengan jumlah pelajar.

“Sekolah anak saya ada dua sesi, mustahil untuk adakan loker. Budak tahap satu je diberi loker percuma. Yang tahap dua loker terhad dan kena bayar sewa. Sudahnya anak saya tahap dua kena bawa jumlah buku yang banyak ikut jadual kelas.

“Satu subjek je ada buku teks, buku aktiviti, buku tulis dan buku panjang. Sehari ada empat ke lima subjek,” kata seorang ibu.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Terkilan, Dakwa Cikgu Arah Anak Ketuk Ketampi 30 Kali Kerana Tak Dapat Bayar Denda 50 Sen

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Kecewa, Anak Baru Baik Trauma Dipukul Guru Hingga Takut Ke Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: Murid Lelaki 10 Tahun Kritikal Gara-gara Tercekik Makan ‘Gummy Mata’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.