fbpx
Now Reading
Teringat Air Tangan Arwah Ibu, Lelaki Indonesia Nangis Makan Talam Jagung Di Malaysia [Video]

Teringat Air Tangan Arwah Ibu, Lelaki Indonesia Nangis Makan Talam Jagung Di Malaysia [Video]

Lelaki dikenali sebagai Bocan itu menahan sebak selepas mencuba talam jagung yang dijual di restoran Kampunglah di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pelancong mempunyai keinginan dan misi masing-masing setiap kali melawat ke sesebuah negara. Ada yang teruja untuk mengunjungi tempat-tempat bersejarah dan menarik di negara tersebut.

Tetapi ramai juga yang mementingkan kelazatan dan kepelbagai makanan dijual di sana. Mana tidaknya, kalau dah melancong ke tempat orang, sudah tentu kita mahu mencuba makanan-makanan popular penduduk tempatan.

Dalam sesetengah situasi, makanan yang lazat itulah yang membuatkan kita teringat-ingat dan mahu kembali ke sana.

Pelancong Indonesia Teruja Reviu Masakan Melayu Di Malaysia

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Instagram apabila seorang content creator dari Bali dikenali sebagai Anggi Daulay sedang menikmati makan malam di kedai masakan Melayu, Kampunglah sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.

Menerusi video perkongsian, Anggi yang lebih mesra dipanggil dengan gelaran Bocan mengajak orang ramai khususnya pelancong asing untuk mencuba masakan Melayu asli apabila melawat Malaysia.

“Di Malaysia kamu asyik makan nasi kandar? Aduh, rugi sangat. Cuba korang makan makanan Melayu,” katanya.

Mengambil suapan pertama hidangan siput sedut masak lemak yang dipesan, Bocan berkata dia faham mengapa ia adalah salah satu menu paling laris (best seller) di sana. Jelasnya, rasa daging siput tersebut sangat manis dan kenyal.

Malah dia juga berpendapat bahawa rasa menu kerabu kerang di Kampunglah seakan-akan makanan tradisional dari Sumatera Barat, Indonesia iaitu Anyang.

Sebak Rasa Talam Jagung, Rasa Seolah-olah Seperti Disedia Oleh Arwah Ibu

Selepas menikmati hidangan berat lain seperti sambal udang, daging salai masak lemak dan lain-lain, Bocan juga sempat mencuba kuih Melayu iaitu talam jagung.

Namun apa yang membuatkan situasi itu sebak apabila lelaki tersebut berkata kuih talam berkenaan seolah-olah menyerupai kuih talam jagung yang disediakan oleh arwah ibunya.

Selepas mencuba sendiri kuih berwarna kuning tersebut, Bocan berkata rasa talam itu sama seperti milik ibunya. Rasa yang nostalgia itu juga membuatkan lelaki tersebut merindui air tangan si ibu.

Menerusi klip video berkenaan, kelihatan Bocan cuba menahan sebak dengan mengelap air matanya.

Netizen Cadang Pelancong Teroka Lebih Banyak Makanan Asli Dari Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa teruja melihat Bocan yang menikmati masakan Melayu di Malaysia.

“Saya sangat gembira tengok awak nikmati makanan kitorang. Saya pula suka sangat makanan Indonesia,” kata seorang wanita.

“Terima kasih abang kerana memperkenalkan tempat ini! Saya tinggal di Kuala Lumpur tidak pernah tahu tempat ni,” tambah seorang pengguna Threads.

Sementara itu, seorang individu mencadangkan agar pelancong bertanya kepada penduduk tempatan tentang lokasi tempat makan menarik di Malaysia.

“Saya setuju bahagian, ‘Jangan hanya makan nasi kandar.’ Sebab Malaysia ni lebih daripada tu. Saya perasan pelancong dari Indonesia selalunya akan makan di kawasan Bukit Bintang yang pada saya agak merugikan kerana tak cuba tempat-tempat sedap yang lain.

“Cuba berkenalan dengan penduduk tempatan dan tanya cadangan makanan yang best mereka makan,” kongsi seorang netizen.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Instagram
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.