Result ECG Normal Tak Bermakna Tak Ada Penyakit Jantung – Pakar
Salah satu jenis serangan jantung yang tidak dapat dikesan oleh ujian ECG ialah ‘non-ST elevation myocardial infarction’ (NSTEMI).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui bahawa serangan jantung boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Namun kebiasaannya terdapat simptom-simptom yang akan ditunjukkan oleh tubuh badan sebelum serangan berlaku.
Salah satu kaedah untuk mengenal pasti penyakit jantung adalah menerusi prosedur elektrokardiogram (ECG) yang boleh mengukur tahap elektrik jantung.
Masalah jantung yang dapat dikesan dengan lebih awal boleh memberi peluang kepada pesakit untuk menjalani rawatan bagi mencegah serangan jantung.
Baca Artikel Berkaitan: Penyakit Jantung Antara Punca Jemaah Gagal Terima Tawaran Haji – Menteri Agama
Baca Artikel Berkaitan: Tak Semestinya Secara Mengejut, Doktor Kongsi Tanda Penyakit Jantung Yang Mungkin Ramai Tak Tahu
Baca Artikel Berkaitan: “Minyak Masak Tu Pun Kena Jaga” – Doktor Dedah 6 Jenis Makanan Yang Jejas Kesihatan Jantung
ECG Normal Tak Semestinya Tiada Penyakit Jantung – Pakar
Dalam satu video yang dikongsikan oleh Tawakkal Specialist Hospital di TikTok, Pakar Jantung, Dr Zul Hilmi Yaakob, bagaimanapun menegaskan bahawa ujian ECG yang menunjukkan keputusan normal tidak bermakna jantung dalam keadaan sihat.
Beliau turut menjelaskan bahawa salah satu simptom yang paling kerap ditemui dalam kalangan pesakit masalah jantung adalah sakit di bahagian ulu hati.
Hal ini membuatkan mereka berasa keliru sama ada ia sekadar disebabkan oleh gastrik atau merupakan simptom masalah jantung.
Ramai Individu Muda Kena Serangan Jantung, Anggap Hanya Gastrik
Tambahnya lagi, semakin ramai individu yang masih muda mengalami serangan jantung pada masa kini.
Pun begitu, sesetengah daripada mereka mungkin menganggap mustahil mengalami serangan jantung kerana baru berumur sekitar 40an dan mengamalkan gaya hidup aktif, membuatkan mereka berpendapat sakit yang dirasa sekadar disebabkan oleh gastrik sahaja.
“Tak pergi hospital, pergi klinik biasa. Klinik biasa selalunya buat ujian ECG. ECG tu (pula) normal. Ini lagi satu perangkap yang selalu saya jumpa.
“Saya baru jumpa kes ni dua hari lepas. Pesakit umur 40an, dua kali pergi klinik biasa buat ECG, normal. Bagi ubat gastrik sakit tak hilang. 3 pagi datang hospital memang serangan jantung yang besar,” ujarnya.
@tawakkalhospital “ECG normal tak bermakna jantung okay” Jom dengar penjelasan Dr Zul Hilmi Yaakob, Pakar Jantung, Hospital Pakar Tawakkal. 🩺 Periksa kesihatan jantung anda bersama pakar kami. Link di bio. @Dr Zul Hilmi Yaakob Cegah sebelum parah. Jantung anda, tanggungjawab anda. #ECG #SaringanJantung #JantungSihat #DrZulHilmi #TawakkalSpecialistHospital ♬ original sound – Tawakkal Specialist Hospital
NSTEMI Serangan Jantung Yang Tidak Dikesan ECG
Berdasarkan Eternal Hospital, ECG yang menunjukkan keputusan normal bermakna tiada keabnormalan elektrik yang berlaku serta-merta.
Namun ia tidak boleh mengecualikan semua jenis serangan jantung seperti ‘non-ST elevation myocardial infarction’ (NSTEMI).
Ini kerana serangan jantung tersebut tidak akan menunjukkan peningkatan pada segmen ST dalam prosedur ECG.
Sebagai info, NSTEMI merupakan kecemasan perubatan yang boleh meragut nyawa dan berlaku apabila arteri koronari separa tersumbat.
Ujian Darah Dapat Kesan Serangan Jantung Dengan Lebih Tepat
Bagi serangan jantung yang tidak boleh dikesan menerusi ujian ECG, doktor akan menjalankan ujian darah.
Salah satunya adalah ujian darah Cardiac Troponin I Rapid Test yang dapat mengesan kehadiran sel otot jantung yang tercedera akibat serangan jantung di dalam darah pesakit.
Ujian darah ini dilakukan menggunakan kit ujian, namun hanya boleh dilaksanakan oleh doktor bertauliah secara klinikal dan tidak boleh dilakukan dengan sendiri.
Pempengaruh dan doktor perubatan, Dr Malar, sebelum ini menjelaskan bahawa ujian tersebut boleh mengesan serangan jantung sama ada jenis diam mahupun tidak dan mempunyai kadar ketepatan 99.1%.
Baca Artikel Berkaitan: Disangkakan Gastrik, Dr Jelaskan Ia Boleh Jadi Simptom ‘Silent Heart Attack’
Baca Artikel Berkaitan: Tak Floss Gigi Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit Jantung? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Hanya Ragbi..” – Pakar Dedah Jantung Boleh Berhenti Akibat Pelanggaran Ketika Sukan
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Batuk Boleh Jadi Berbahaya Buat Pesakit Jantung



