Ramai Suka Teknik Cikgu Ajar Hafal Nombor Dengan Nyanyian Siap Beritahu Bentuknya [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan guru tadika itu turut menggerakkan tangannya untuk menunjukkan bentuk sesuatu nombor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui menjadi seorang guru bukanlah perkara mudah, ini kerana mereka perlu mendidik anak bangsa yang bakal memimpin negara di masa akan datang.
Malah mereka tidak hanya sekadar sebaliknya mahu anak-anak murid memahami ilmu yang diajari agar cemerlang dalam pendidikan.
Meskipun tahu mengajar bukanlah perkara yang mudah namun para guru juga sentiasa mencari alternatif dalam bahan mengajar yang digunakan untuk pelajar seronok dan mudah memahaminya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Guru Kreatif Gubah Lagu Marhaban Ya Ramadan Untuk Subjek Matematik Raih Perhatian [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Dengan Video Gempak! Ramai Teruja Lihat Muzik Video Serumpun Dari Pelajar Sekolah Rendah [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Cikgu Zaman Sekarang Kreatif”- Guru Ubah Lagu Hael Husaini Untuk Subjek Sains [Video]
Cara cikgu ajar pelajar kenal dan ingat nombor raih perhatian
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang guru tadika PASTI yang sedang mengajar anak muridnya mengenali nombor sehingga meraih perhatian.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Rabiah Hakim di TikTok, awalnya kelihatan nombor satu sehingga sembilan telah ditulis pada papan putih.
Guru itu kemudian memulakan pembelajaran dengan bernyanyi bermula dengan nombor satu.
Apa yang menjadi perhatian, dalam lagu tersebut guru itu tidak hanya menyebut nombor tetapi turut menyifatkan bagaimana bentuk nombor terbabit menggunakan tangannya seolah-olah sedang menulis.

Pelajar mudah ingat dan kenal bentuk nombor
Perkara itu dipercayai bukan sahaja untuk pelajar mengingati nombor tetapi mengenali dan memahami bentuknya.
Sewaktu guru tersebut menyanyikan lagu berkenaan, kedengaran anak-anak murid juga mengikutinya berserta gaya tangan persis seperti cikgunya.
“Satu tiang tegak, dua telinga orang, tiga buncit atas dan juga bawah, empat mula dengan ‘L’ terus turun ke bawah, lima tiang pendek buncit bertopi, enam main yoyo jangan lupa pusing, tujuh tolak tepi turun ke bawah, lapan mula dengan ‘S’ terus naik ke atas, sembilan bulan sabit turun ke bawah,” nyanyi guru tersebut.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Guna Teknik ‘Chant’ Untuk Mengeja, Ramai Puji Cara Cikgu Ajar Murid [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Terbaik Cikgu” – Pelajar Tahun 3 Pandai Main Rekorder Lagu 90an Raih Perhatian Ramai [Video]
Ramai suka dengan teknik diajar oleh guru
Melihat di ruang komen, ramai yang suka dengan teknik yang diajar oleh guru berkenaan.
Malah ada yang menyifatkan cara itu akan memudahkan pelajar untuk mengingatinya. Bukan itu sahaja, ada juga mengatakan tadika tersebut adalah seronok.
Tak kurang juga ada yang turut menyanyikan lagu tersebut kerana terikut-ikut dengan guru terbabit.
“Saya baru hantar anak ke Pasti jauh beza dengan tadika sebelum ini, bagus lagi Pasti.”

“Akhirnya terjawab juga lagu apa anak aku nyanyi selama ni”

“Suka cara cikgu Pasti mengajar. Budak-budak balik je rumah semua dia ingat”

“Bagus cara pembelajaran guru Pasti, anak-anak tak bosan bila berada dalam kelas”

“Kenapa aku pun nyanyi, susah betul kalau orang kacak ni mudah terpengaruh”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.





