Guru Di Sekolah Memandu Cekal Ajar Pelajar Cara Imbangi Badan Guna Basikal [Video]
Meskipun pelajar tersebut agar sukar untuk mengimbangi badan, guru berkenaan tetap memberi tunjuk ajar serta sokongan kepada muridnya itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan proses mengajar mereka yang baharu sahaja ingin mengambil lesen memandu bukanlah suatu perkara yang mudah.
Malah para tenaga pengajar ini juga perlu berdepan dengan bermacam-macam kerenah pelajar.
Jadi tidak hairanlah jika kebanyakan guru memandu perlulah memiliki kesabaran yang sangat tinggi dalam mengajar pelajar-pelajar yang langsung tidak mempunyai asas memandu mahupun menunggang motosikal.
Guru cekal dan tabah ajar pelajar imbangkan badan guna basikal
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan kecekalan dan ketabahan seorang guru memandu mengajar pelajarnya cara untuk mengimbangi badan dengan menggunakan basikal.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mohdzarizulkifli, pelajar lelaki berkenaan dipercayai ingin mengambil lesen motosikal di sekolah memandu tersebut.
Bagaimanapun, dia masih tidak mahir untuk mengimbangi motosikal menyebabkan dia perlu belajar cara mengimbanginya dengan menggunakan basikal terlebih dahulu.
Guru sabar ajar pelajar kayuh basikal, siap beri sokongan
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan guru terbabit amat sabar dalam mengajarkan cara-cara mengayuh basikal.
Meskipun pelajar tersebut agar sukar untuk mengimbangi badan, guru berkenaan tetap memberi tunjuk ajar serta sokongan kepada muridnya itu.
Turut kelihatan guru terbabit memegang bakul pada bahagian hadapan basikal terbabit semasa lelaki itu sedang cuba mengayuh dan mengimbanginya.
“Jangan pernah malu untuk belajar sesuatu perkara, dalam dunia ini semua orang tak di lahirkan terus pandai, kena belajar dulu, usaha dulu baru pandai dalam sesuatu perkara,” tulisnya di kapsyen.
@mohdzarizulkifli jangan pernah malu untuk belajar sesuatu perkara,dalam dunia ni semua orang tak di lahir kan terus pandai,kena belajar dulu usaha dulu baru pandai dalam sesuatu perkara😀 #kamibudakbarubelajar #jomambilesen #cikguanda ♬ original sound – 𝔄𝔱𝔦𝔮𝔞𝔥 𝔄𝔟𝔡𝔲𝔩𝔩𝔞𝔥
Netizen beri pelbagai reaksi
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.
Ada yang berasa hairan mengapa pelajar terbabit masih tidak dapat mengayuh basikal memandangkan kebanyakan orang sudah mula pandai mengayuh basikal sejak kecil lagi.
Tidak kurang juga yang memuji guru berkenaan kerana tetap sabar mengajar pelajar tersebut meskipun harus bermula daripada cara mengimbangi badan.




Baca Artikel Berkaitan: Lesen Memandu Tamat Melebihi Tiga Tahun Tak Layak Nikmati Budi95 – Anthony Loke
Baca Artikel Berkaitan: “Senak Perut”- Cara Guru Ini Ulas Pelajar Ketika Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sumpah Tak Mencuri”- Gelagat 2 Lelaki Terkunci Di Institut Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]




