Now Reading
Wanita Berpakaian Kemas Didakwa ‘Scammer’, Mengemis Di KLIA Konon Duit Habis Main Kasino

Wanita Berpakaian Kemas Didakwa ‘Scammer’, Mengemis Di KLIA Konon Duit Habis Main Kasino

Menurut pengendali akaun X terbabit, taktik scam tersebut dilalukan di sekitar pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak dahulu lagi, pelbagai taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan atau ‘scammer’ dalam talian untuk memperdaya dan mencuri wang orang ramai di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Selain menipu dengan taktik menang baucar, mereka juga sering menyamar sebagai pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak syarikat kurier dan banyak lagi.

Malah, ada yang berani melakukannya di tempat terbuka dengan mencari mangsa untuk diperdaya demi mengaut keuntungan mudah.

Wanita berpakaian kemas mengemis duit di KLIA didakwa taktik scam terbaru

Baru-baru ini, tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa terdapat taktik scam terbaru di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dilakukan oleh seorang wanita berpakaian kemas dipercayai warga China.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun X @TGTM_Official, wanita tersebut didakwa akan mencari mangsa untuk meminjam wang dengan memberi alasan sudah kehabisan duit di kasino sehingga tidak makan selama beberapa hari.

“Setelah berjaya meraih kepercayaan mangsa, mereka akan berjanji untuk membayar semula wang kepada mangsa sekiranya dibantu,” tulis di kapsyen.

Wanita didakwa scammer terus larikan diri selepas kena terjah

Dalam video tular yang dikongsikan, kelihatan wanita yang didakwa ‘scammer’ itu melarikan diri setelah diterjah oleh seorang lelaki yang merakam wajahnya.

Ketika diterjah, wanita itu dikatakan sedang cuba memperdaya seorang individu yang ditemuinya di kawasan pintu keluar lapangan terbang berkenaan.

Tidak mahu dirinya terus dirakam, wanita itu bertindak melarikan diri daripada lelaki berkenaan.

Difahamkan, taktik scam sebegini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di beberapa negara lain juga yang baru sahaja memberi kemudahan bebas visa kepada China.

Susulan itu, pengendali akaun berkenaan memingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang tidak dikenali yang meraih simpati seperti mahu meminja atau meminta wang.

Untuk tonton video klik di [SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sedih Ditipu Scammer Menyamar Dari MOTAC, Rugi RM1,300 Untuk 10 Bakul Hiasan Buah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Risau Jadi Mangsa Scam? Ini Cara Semak Nombor Akaun Bank & Telefon Scammer

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu e-Hailing Dedah Taktik Baru Scammer, Menyamar Konon Polis Minta Belikan Barang [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.