“Malu Dapat, Sakit Pun Dapat”- Lelaki Buat Aksi Pacak Sebelum Jatuh Motosikal Raih Perhatian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan penunggang motosikal itu gagal mengawal motor terbabit sebelum terjatuh ke atas jalan sewaktu melakukan aksi pacak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya sering kali dinasihatkan untuk membawa kenderaan dengan berhati-hati dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Meskipun sudah banyak iklan, atau khidmat pesanan ringkas menerusi media turut dihebahkan untuk memberi kesedaran namun masih ada yang berdegil.
Bahkan jika berada di lebuh raya kita dapat melihat tindakan segelintir pemandu atau penunggang motosikal yang membawa dalam keadaan berbahaya.
Ada juga melakukan aksi seperti ‘superman’, pacak dan sebagainya yang mungkin dianggap ‘cool’ tetapi sebenarnya mengundang risiko nyawa.
Aksi penunggang motosikal buat pacak raih perhatian
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya sewaktu berada di jalan raya dan ia berjaya dirakam dashcam sebuah kenderaan.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Nuralyaa di TikTok, awalnya kelihatan dia telah menelusuri sebuah jalan, tidak lama kemudian muncul seorang penunggang motosikal dari susur keluar dari sebelah kirinya.
Apa yang menjadi perhatian, sewaktu penunggang itu keluar dari susur tersebut dia secara tiba-tiba melakukan aksi pacak dengan mengangkat tayar motosikal hadapan ke atas.

Terjatuh selepas gagal kawal motosikal
Gagal mengawal motosikal sewaktu melakukan aksi terbabit, dia kemudian terjatuh manakala motor terlepas dan melanggar divider pembahagi jalan.
Penunggang motosikal itu lalu segera bergerak ke bahu jalan sebelah kiri dalam keadaan terhincut akibat terjatuh.
Tidak lama selepas itu, datang sebuah lagi motosikal yang dinaiki dua individu cuba untuk menyelamatkan motor yang berada di pembahagi jalan.
Dalam video itu, turut kedengaran suara pemilik dashcam mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit kerana melakukan aksi berbahaya tersebut.

Ramai sindir penunggang motosikal buat aksi pacak di jalan raya
Melihat di ruangan komen, ramai yang menyindir penunggang terbabit kerana ‘kecundang’ sewaktu melakukan aksi itu ketika berada di atas jalan.
Tidak kurang juga ada yang menasihatkan penunggang motosikal lain untuk berhati-hati dan berharap kecuaian pengguna lain tidak melibatkan orang lain.
Ada juga yang berpendapat keadaan sewaktu motosikal berjalan sendiri ketika penunggang motosikal terjatuh adalah sangat bahaya sekiranya ia terlepas hingga ke lorong bertentangan.
“Lebih baik tak pandai pacak dari kena gelak”

“Sakit dapat, malu dapat”

“Kepada rider, hati-hati lah ride tu. Jangan disebabkan kecuaian kita orang lain terbabit sama”

“Kalau terlepas ke lane sebelah tu, kesian..”

“Sakit dapat, malu pun dapat..”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



