Gelagat Anak Kelam-kabut Ketika Buat Kejutan Untuk Birthday Ayah Buat Ramai Terhibur [Video]
Menerusi video yang dikongsikan oleh wanita berkenaan, kelihatan adiknya turut melihat kelibat ayah mereka dari pintu cermin sebelum menyanyikan lagu hari jadi bersama-sama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ulang tahun kelahiran merupakan antara tarikh yang penting buat semua individu, malah ramai yang suka meraikannya apatah lagi jika ia adalah insan tersayang.
Bukan hanya itu, ramai juga yang suka untuk membuat kejutan sewaktu meraikan hari jadi individu yang disayangi.
Namun apa yang menjadi memori indah bukan hanya hari jadi yang diraikan tetapi momen dan tanda ingatan orang tersayang.
Gelagat anak teruja nak sambut birthday ayah hingga kelam-kabut raih perhatian
Baru-baru ini, sebuah keluarga menjadi perhatian dengan gelagat anak-anak yang cuba membuat kejutan untuk meraikan hari jadi bapa mereka.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Elle di TikTok, awalnya kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di cermin sambil memerhatikan keadaan di luar sebelum bapa mereka masuk ke rumah.
Turut kelihatan semua lampu dipadamkan untuk membuat kejutan hari jadi berkenaan.
Namun apa yang menjadi perhatian, gelagat mereka yang baru pertama kali ingin membuat kejutan buat si bapa begitu melucukan.

Ada yang sampah merangkak sewaktu nak buat surprise
Malah mereka turut dilihat kelam-kabut dengan pelbagai kerenah, malah ada yang merangkak dek kerana ingin melihat keberadaan bapa yang berada di luar ketika itu.
Tidak lama kemudian kedengaran Elle pula meminta mereka untuk segera memasang api pada lilin agar kejutan hari jadi berjaya.
Sebaik sahaja melihat kelibat ibu di luar mereka segera menyalakan api pada lilin dan menyanyikan lagu selamt hari jadi kepada bapa mereka.
Kelihatan si ayah terkesima apabila melihat anak-anak membawa sebuah kek sambil bernyanyi.

Rai hari jadi bapa yang ke-55 tahun
Menurut Elle mereka meraikan hari jadi bapa yang ke-55 tahun. Ketika ditanya adakah kejutan hari jadi itu dirancang atau spontan, Elle mengatakan dia sudah merancang untuk meraikan hari istimewa tersebut pada malam berkenaan.
“Saya dah buat keputusan nak raikan malam tu. Beli kek siap-siap petang tu memandangkan ibu bapa tak ada dekat rumah. Tapi papa sibuk mesyuarat malam tu juga.
“Jadi saya minta ibu saya untuk balik awal, adik-adik tak tahu ada ‘celebration’. 15 minit sebelum dia orang (ibu dan papa) sampai rumah, baru saya panggil adik-adik turun suruh siap sedia.
“Tapi tak sangka pula macam tu dia orang nak prepare suprise,” kata Elle yang merupakan anak sulung dari 5 adik-beradik kepada BuzzKini.
@i.ellee Happy birthday papa. Minta maaf semua kabut sbb masing2 x prnh buat surprise 🫠
♬ original sound – yourelle – yourelle
Ramai terhibur lihat gelagat adik-beradik
Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat kemesraan Elle sekeluarga yang begitu teruja sewaktu melakukan kejutan hari jadi tersebut.
Malah ada juga yang menyifatkan kedua ibu bapa Elle begitu muda dan kelihatan seperti sebaya dengan anak-anak.
Tak kurang ramai yang terhibur melihat gelagat adik-beradik Elle sewaktu ingin meraikan hari jadi itu.
“Serious itu mak ayah nya? Nampak muda”

“Yang dekat lantai tu dah kenapa?”

“Family aku pun macam ni. Makin suruh diam makin anak-anak sedara riuh. Orang tu belum buka pintu dia orang dah jerit dulu”




