“Siapa Salah Ni?” – Lori Langgar BMW Ketika Selekoh Di Jalan Menuju Cameron Highlands Cetus Perdebatan [Video]
Kelihatan BMW yang dilanggar lori itu mengalami kesan kemek dan calar di bahagian sisi manakala bumper hadapan terjatuh.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, perkara paling penting yang perlu dititikberatkan semasa berada di atas jalan raya adalah keselamatan. Hal ini kerana apabila berada di atas jalan, setiap individu sukar untuk terlepas daripada risiko kemalangan.
Oleh disebabkan itu, adalah penting untuk mematuhi peraturan ditetapkan selain memandu dengan berhemah sehingga sampai ke destinasi.
Antara kecuaian pemandu yang sering menyebabkan berlakunya perlanggaran adalah memandu dengan laju, gagal mengawal kenderaan di kawasan berisiko seperti di selekoh, tidak peka dengan keadaan jalan dan sebagainya.
Baca Artikel Berkaitan: Jururawat Maut Terlanggar Lori Berhenti Di Selekoh Lebuh Raya
Baca Artikel Berkaitan: “Drift Sebelah King” – Perodua Axia Berpusing Di Selekoh Licin Undang Perhatian Ramai
Kereta & Lori Berlanggar Di Selekoh Menuju Ke Cameron Highlands
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menyaksikan kenderaan yang banyak di kawasan bukit Jalan Tapah menuju ke Cameron Highlands.
Menerusi video dashcam tersebut, kelihatan beberapa buah kenderaan di laluan sebelah kanan termasuklah sebuah lori dilihat sedang menuruni jalan berbukit di kawasan selekoh terbabit.
Namun sebaik tiba di selekoh, pemilik dashcam dengan segera memberhentikan keretanya dipercayai selepas terlihat lori berkenaan dari arah bertentangan. Bagaimanapun tindakan masih gagal untuk mengelakkan kemalangan apabila keretanya dilanggar oleh kenderaan berat itu.
“Siapa salah dalam situasi ni?” tanya pengendali akaun Threads.
Di akhir perkongsian, kelihatan kereta jenis BMW yang dipercayai dilanggar lori mengalami kesan kemek dan calar di bahagian sisi manakala bumper hadapan terjatuh akibat perlanggaran itu.
View on Threads
Perlanggaran Lori & BMW Di Selekoh Cetus Perdebatan
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang insiden kemalangan itu. Segelintir individu berkata bahawa pemandu lori itu mengambil sisi yang luas sehingga menyebabkan rempuhan itu berlaku. Namun ada juga yang berkata si pemandu kereta perlu memberi laluan kepada lori terbabit.
“Lori tu patut ambil side kiri lebih sikit dan kereta patutnya kena peka dengan jalan tu. Kena bagi laluan jika jalan tu agak sempit. Lihat kereta putih belakang lori tu sedia ketepi dan banyak lagi jaraknya,” kata seorang pengguna Threads.
Ada juga yang berkata lori itu terlampau laju di kawasan selekoh.
“Masaklah langgar dengan BMW. Laluan dia kot. Sekurang-kurangnya perlahankan kenderaan kalau tak lepas, BMW boleh adjust. Kau ingat senang ke nak lenyek BMW tu macam Saga atau Bezza,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, ramai juga sempat memberi tips jika nak lalu di kawasan selekoh atau sempit.
“Teknikalnya salah lori. Tapi kalau bijak, dah nampak jalan sempit, selekoh, dan nampak lori nak lalu, berhenti la jauh sikit sebelum selekoh. Kita betul tapi kita juga yang buang masa buat laporan, datang balik buat salinan report, kereta tersadai dekat bengkel lagi. Berbaloi tak walaupun kita betul?” kata seorang lelaki.
Banyak Kenderaan Sangkut Di Kawasan Selekoh
Sebenarnya, ramai individu yang mengalami masalah apabila melalui Jalan Tapah menuju ke Cameron Highlands.
Seperti sebelum ini, seorang wanita yang merupakan salah seorang penunggang motosikal di tempat kejadian mendakwa bahawa pengguna jalan raya tersangkut dalam kesesakan untuk tempoh masa yang lama akibat sebuah kenderaan MPV jenis Hyundai Starex yang teragak-agak untuk melalui selekoh.
Menurutnya, pemandu itu adalah seorang pelancong warga asing.
“Geram aku disebabkan driver perempuan minah saleh, habis jalan Cameron Highlands sangkut! Nasib pandai ngomong (cakap) jawa,” katanya.
Dia juga berkata pemandu itu hanya duduk berdiam diri walhal sudah menyedari aliran trafik di sana sesak disebabkannya.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sangkut Di Cameron Highlands Gara-gara Pemandu MPV Tak Yakin Memandu Di Selekoh Sempit
Berikut antara komen-komen netizen:





Baca Artikel Berkaitan: Rider Terbabas Ketika Buat Aksi ‘Corner Baring’ Di Selekoh [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Nyaris Dirempuh Lori, Axia Selamba Tukar Lorong Di Lampu Isyarat Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Lori Maut Terkena Serangan Jantung, Rempuh 3 Kenderaan [Video]



