Ramai Kritik Peniaga Jual Air Berperisa Campur Cheese & Coklat, Sifatkannya Tak Sihat [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, peniaga wanita itu memaklumkan topping pada air diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membeli.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan ada yang menggelar Malaysia sebagai negara ‘syurga makanan’. Ini kerana terdapat pelbagai jenis makanan dijual daripada tempatan hinggalah ke antarabangsa.
Malah ada juga segelintir peniaga yang menunjukkan kreativiti mereka dengan mengolah resepi untuk menghasilkan satu menu yang baharu bagi menarik pelanggan dengan keunikan itu.
Namun dalam kita seronok menikmati makanan dan minuman yang dijual, kita juga sering dinasihatkan untuk menjaga kesihatan diri dengan memilih makanan berkhasiat dan tidak mengambil gula, garam atau makanan berproses secara berlebihan.
Ini kerana, kita mahu orang ramai cakna segala makanan yang tinggi gula dan garam boleh mengundang kepada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.
Peniaga raih perhatian jual air berperisa
Baru-baru ini, seorang peniaga telah menjadi perhatian apabila menjual air balang berperisa sehingga membuatkan ramai kurang selesa.
Menerusi video yang dikongsikan di X, kelihatan peniaga itu menjual beberapa jenis air berperisa seperti air coklat dan juga cocktail.
Awalnya kedengaran perakam bertanya kepada peniaga apakah air yang dijual, ketika penjual itu sedang menuang cecair berwarna coklat ke dalam balang terbabit.
Dakwa tak manis tapi pekat, air dijual RM6 untuk saiz cawan yang besar
Peniaga wanita itu lalu berkata cecair yang dituang adalah coklat, dan mengatakan air tersebut mungkin kelihatan manis namun sebenarnya ia tidak manis.
“Ini coklat pure. Coklat ya 100%. Saya kacau dulu ya, nampak je pekat tapi ia tidak manis,” katanya kepada perakam.
Sewaktu ditanya berapakah harga untuk satu cawan bersaiz besar, wanita itu memaklumkan RM6.
Siap ada letak keju, aiskrim, buah dan coklat sebagai hiasan
Cawan itu bagaimanapun tidak hanya diisi air sebaliknya turut diletakkan coklat ‘drizzle’ di bahagian dinding cawan.
Selain itu, dengan harga RM6 pelanggan yang membeli air tersebut juga akan mendapat parutan keju, serbuk biskut (cookies crumb), hirisan buah dan aiskrim yang diletakkan di atas air tersebut sebagai ‘topping’.
Topping yang sama turut dilakukan ke atas satu lagi air berperisa iaitu air cocktail, namun bezanya bagi air cocktail berwarna pink itu terdapat buah-buahan dan jeli di letakkan dalam air berkenaan.
Ya Allah, apa bende lah ni maaf cakap jantung rosak boleh bypass lagi buah pinggang rosak nyesal tak sudah. pic.twitter.com/MszKTlxpAO
— f 👁️⃤ ck (@facktura) January 17, 2026
Hiasan air adalah percuma, ramai sifatkan air dijual berbahaya untuk kesihatan
Menurutnya dalam satu lagi video, hiasan yang diletakkan di atas air tersebut adalah percuma dan jika ada pelanggan tidak mahukannya ia perlu diberitahu terlebih dahulu.
Melihat di ruangan komen, ramai yang mengkritik air yang dijual itu dilihat membahayakan kesihatan.
Malah ada juga berpendapat air seperti itu boleh merosakkan buah pinggang, selain mengundang masalah lain seperti kencing manis, jantung dan sebagainya.
Bahkan ada juga yang menyindir mereka yang membeli air tersebut bermaksud mereka sudah bersedia untuk menginap di hospital.
@nazmifarise 📍Lanun Toyol, Bachok Kelantan
♬ original sound – Nazmi Farise – Nazmi Farise
Ada yang nasihat jangan beli untuk kesihatan
Tidak kurang ada yang menasihatkan untuk tidak membeli air sebegitu kerana ia membahayakan kesihatan.
Ada juga mengatakan meskipun air yang dijual hanya RM6 untuk satu cawan yang besar namun kos di hospital lebih tinggi berbanding air tersebut.
Menerusi semakan kami, video itu awalnya telah dimuat naik di TikTok sebelum dimuat naik semula di X.
“RM 6.00 secawan besar, RM6,000 kalau warded”

“Air cheese ke apa ni? Seminggu kerat kaki”

“Aduh semput aku tengok”

“Macam mana orang boleh beli dan makan pun aku tak tahulah. Aku kalau jamah sesudu dua pun rasa dah muak makanan macam ni”

“Bila buah pinggang rosak, masuk hospital mula lah buat video sedih minta simpati orang ramai, sebelum minum tak fikir diri sendiri”




