“Muka Tak Bersalah”- Ramai Terhibur Kucing ‘Terlock’ Pintu Kereta Hingga Tuan Kena Panggil Bomba [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wanita yang memandu kereta Perodua Axia itu telah membawa kucingnya untuk bersiar-siar sebelum berlaku insiden pintu terkunci di sebuah stesen minyak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kucing sememangnya haiwan yang sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.
Malah buat mereka yang memiliki kucing, ia tidak dianggap hanya sebagai haiwan peliharaan sebaliknya keluarga yang sentiasa menceriakan suasana.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila di media sosial ramai yang suka berkongsi pelbagai telatah si bulus ini. Tak dinafikan mereka sememangnya comel dengan tingkah laku yang semula jadi.
Namun tak sangkal juga, ada gelagat mereka yang kadangkala membuatkan pemilik pening dengan perangai ‘majikan’ ini.
Pemilik terpaksa call bomba gara-gara kucing tertekan butang lock pintu kereta
Baru-baru ini, seorang wanita juga berada dalam situasi sama apabila haiwan peliharaan yang dibawa secara tidak sengaja telah menekan butang ‘lock’ pada pintu kereta Perodua Axia miliknya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Laly Lossa di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berkunjung ke sebuah stesen minyak Petronas di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
Turut kelihatan Laly membawa seekor kucingnya berwarna oren dan putih yang diberi nama Tabby.
Nak hantar baju pada kawan sebelum kejadian pintu kena lock
Jelas Laly, dia ke stesen itu untuk menghantar baju kepada rakan yang bekerja di stesen minyak itu.
“Alang-alang (ke stesen minyak) bawa Tabby berjalan sekali. Kemudia saya tinggal dia dalam kereta sebab nak rakam video kereta saya dengan kawan saya. Tiba-tiba masa berdiri dekat pintu saya dengar bunyi ‘lock’, rupanya dia terpijak tempat kunci, kunci pula dekat dalam (kereta),” ceritanya kepada BuzzKini.
Ekoran daripada insiden itu, Laly terpaksa menghubungi Bomba untuk membuka pintu berkenaan memandangkan kunci keretanya berada di dalam kereta.
Menerusi video kelihatan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bertungkus-lumus cuba membantu wanita berkenaan untuk membuka semula pintu kereta yang telah terkunci itu dengan pelbagai alatan.
Manakal si bulus itu masih lagi berada di dalam kereta dan berada dalam keadaan tenang.
@_lalylossa_ alkisah petang si tabby buat hal lah , kitanya tinggal kejap dia dalam kereta sebab nak record video , kunci pulak memang tinggal dalam kereta, tak expect pulak dia boleh terpijak button lock tu , HAHAHA memang tkde option panggil bomba je la, terima kasih abang bomba tolong huwaa HAHAAH 😭😭 tak tau nak gelak ke nak marah si tabby ni😌🥹 #fyp #greynitegrey #axiagranitegrey #AxiaGangAG
♬ Jelly Fish Jam – Da Fokin
Ramai terhibur lihat gelagat si bulus tertekan butang lock
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat si comel yang secara tidak sengaja telah menekan butang lock sewaktu berada di dalam kereta terbabit.
Malah ada mengatakan reaksi ‘si oyen’ kelihatan tenang dan bersahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Bahkan ada juga memberikan cadangan sekiranya berlaku insiden seperti terkunci orang ramai juga boleh memanggil tukang kunci dan ia boleh dibuka dengan cepat selain pintu tidak rosak.
“Satu trak bomba datang”

“Hmm merajuk siapa suruh tinggalkan dah kena kunci, duduk dekat luar”

“Nasib dia tak bawa lari kereta”

“Mungkin Tabby ada dendam”




