Now Reading
“Terbaik Ibu!” – Ramai Kagum Wanita Didik Anak Darjah 3 Gosok Uniform Sekolah Sendiri [Video]

“Terbaik Ibu!” – Ramai Kagum Wanita Didik Anak Darjah 3 Gosok Uniform Sekolah Sendiri [Video]

Menurut ibu kepada kanak-kanak tersebut, dia juga telah pandai menyidai dan melipat baju seawal usia lapan tahun lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap ibu ayah pasti mempunyai cara masing-masing dalam membesarkan anak sendiri. Ada yang memanjakan mereka, ada yang mengamalkan kaedah lebih tegas, dan ada pula yang garang tak bertempat.

Namun seorang anak perlulah perlahan-lahan dididik tentang tanggungjawab di rumah seperti membasuh pinggan dan melipat baju sejak kecil lagi.

Nanti tak adalah bila dah besar, tak tau buat apa-apa kan?

Baca Artikel Berkaitan: Baru 13 Tahun Tapi ‘Multitasking’, Ramai Nak Jadikan Remaja Lelaki Ini Sebagai Menantu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Sampai Menangis!’ – Rajin Tolong Buat Kerja Rumah, Suami Terharu Dapat Hadiah PS5

Kanak-Kanak Pandai Seterika Baju Seawal Usia 9 Tahun

Seperti seorang ibu ini, dia telah mendidik anak lelakinya untuk menyeterika uniform sekolahnya sendiri.

Apa yang lebih menarik lagi, kanak-kanak itu baru sahaja memasuki Darjah 3. Pandai betul!

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok (@bondamira.cikcit), dapat dilihat dia menyeterika secara duduk di atas lantai. Baju yang digosok olehnya juga kelihatan kemas tanpa kedutan.

“Membesarkan Gen Alpha macam mana anda dibesarkan sebagai Millennial oleh ibu ayah Baby Boomer,” tulis ibunya pada video.

@bondamira.cikcit

Baju sekolah gosok sendiri dah sekarang. Honestly, the last time I gosokkan uniform my son was the first day of school when he was standard one dulu. Tahun ni baru start pakai uniform balik.

♬ Vadel Nasir Simpan Rasa – MindFreak

Tonton video penuh [DI SINI].

Dalam satu video berbeza, wanita itu berkata anaknya menggunakan iron jenis steamer bagi menggosok bajunya. Katanya lagi, seterika itu juga ringan jadi sesuai digunakan untuk kanak-kanak.

@bondamira.cikcit Replying to @NurulHusnaRosli ♬ original sound – miracikcit | Bonda MM

Kanak-Kanak Ada ADHD, Namun Sudah Belajar Berdikari

Di ruangan komen, dia menjelaskan bahawa anak sulungnya itu baru belajar menyeterika baju pada tahun ini.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak berkenaan juga sudah pandai menyidai dan melipat baju sejak tahun lepas lagi, iaitu seawal usia 8 tahun.

Apa yang lebih menarik perhatian, kanak-kanak itu juga telah didiagnosis dengan ADHD. Namun perkara ini tidak menjadi halangan untuknya belajar berdikari.

“Anak ADHD pun boleh berdikari sendiri jika awak beri peluang,” katanya.

Membalas kepada keluhan seorang ibu, dia berkata ibu ayah kena memberi kepercayaan kepada anak-anak dan memantau ketika mereka cuba melakukan suatu perkara.

Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Pandai Gosok Baju Sendiri

Sikap kanak-kanak itu yang pandai menjalankan kerja rumah sememangnya menarik perhatian ramai warganet yang memenuhi ruangan komen dengan kata-kata pujian.

Ada juga yang berpendapat bahawa kanak-kanak itu bakal menjadi suami yang baik pada masa hadapan kerana pandai membuat kerja rumah, yang biasanya hanya disandang oleh kaum wanita.

Malah ada juga ibu lain yang berkongsi mereka duduk mendidik anak-anak untuk menyeterika baju sejak kecil.

“Anak-anak saya pun gosok sendiri. Dari Darjah 2 dah ajar gosok sendiri. Senang kalau mama tak sihat dia orang dah pandai buat,” kata seorang wanita.

Memang bagus jika ibu ayah mendidik anak-anak melakukan kerja rumah sejak kecil, agar mereka biasa dengan perkara itu.

Seperti seorang individu, dia berkata pada mulanya tidak pandai menggosok baju ketika masuk ke asrama kerana tidak pernah diajar di rumah.

Baca Artikel Berkaitan: Buat Kerja Rumah Termasuk Memasak Adalah Tanggungjawab Atau Ihsan Isteri? Ini Penjelasannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Isteri Bukan Maid Suami Perlu Bantu Buat Kerja Rumah, Kata Pakar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.