fbpx
Now Reading
Ramai Puas Hati Lihat Lelaki Malaysia Kejar Wanita Didakwa Pickpocket Di Budapest [Video]

Ramai Puas Hati Lihat Lelaki Malaysia Kejar Wanita Didakwa Pickpocket Di Budapest [Video]

Selepas pelancong dari Malaysia, Muhammad Sofwan berjaya mengesan penyeluk saku itu, dia berpura-pura beratur untuk membeli makan di sebuah gerai di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika melancong ke luar negara, antara nasihat-nasihat yang selalu kita dengar adalah jaga duit poket daripada geng-geng penyeluk saku (pickpocket) yang licik. Kebiasaannya, modus operandi ini berlaku di mana sahaja termasuk negara barat sekitar Eropah.

Malah ada yang pernah hilang sampai beribu ringgit akibat dicuri. Selalunya penyeluk saku ini akan menyasarkan pelancong asing yang sedang leka berjalan-jalan atau membeli-belah.

Tidak sampai sekejapan, duit lesap begitu sahaja! Waktu tu hanya mampu termenung je lah.

Lelaki Dedah Taktik Penyeluk Saku Di Budapest

Baru-baru ini, tular di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Sofwan berkongsi momennya ketika sedang bercuti di bandar Budapest, Hungary. Percutian itu bagaimanapun bertukar menjadi situasi kelam kabut apabila seorang wanita yang didakwa penyeluk saku cuba mencuri wang tunai daripada beg Sofwan.

Namun wanita itu tidaklah selicik yang disangka apabila dia gagal mencuri gara-gara Sofwan menyedari cubaannya untuk memasukkan tangan ke dalam beg dibawa.

Sofwan turut menunjukkan keadaan zip begnya yang sudah terbuka dipercayai telah dibuka oleh wanita berkenaan.

“Hati-hati eh korang dekat sini (Budapest). Nasib baik aku jenis tak ada duit (tak ada wang tunai). Kita ni cashless. Tengok perangai dia, amboi biasa dia tu. Beratur sekali acah-acah nak beli,” sambil merakam wanita itu yang dakwanya sedang berpura-pura beratur untuk membeli makanan.

Dakwa Sofwan, taktik penyeluk saku itu adalah dengan meletakkan barangan dicuri di bahagian perut dalam kot musim sejuknya (winter coat). Wanita itu juga memakai skarf panjang agar ia tidak jelas kelihatan.

View on Threads

Lelaki Kejar Penyeluk Saku, Sengaja Buat Cuak

Tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan, Sofwan kemudian mengejarnya sambil menjerit “pickpocket” berulang kali. Menurut Sofwan, dia sengaja berbuat demikian kerana mahu memprovokasi wanita tersebut atas tindakannya cuba menyeluk saku.

Wanita itu juga kelihatan tidak tenang selepas dirinya diekori. Bagi melepaskan diri daripada Sofwan, dia berjalan dengan pantas dan terus menaiki bas yang ada di sana.

“Pickpocket! Pickpocket! Hah takut! Pickpocket! Hah tahu pun cuak, takut dia. Pickpocket!” kata lelaki itu.

Ramai Puas Hati Lihat Sofwan Kejar Penyeluk Saku

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berpuas hati melihat wanita itu yang cuak selepas dikantoikan oleh Sofwan.

“Baru dia (penyeluk saku) tahu ‘kebawangan’ (kecoh) rakyat Malaysia ni macam mana,” seloroh seorang netizen.

“Bro aku tengok ni aku rasa puas hati. Akan follow kau. Perkongsian dan video yang baik,” tambah seorang lagi lelaki.

Malah ada yang berkata tindakan Sofwan bersuara dan menegur adalah satu perkara yang memang sepatutnya dilakukan.

“Bagus la kau bro. Kau buat rakyat Malaysia bangga,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, ada juga seorang individu yang mempersoalkan tindakan pickpocket yang mengambil jalan singkat dan tidak mahu berusaha bagi mendapatkan sumber pendapatan.

“Kenapa diorang ni tak nak kerja? Malas sangat ke nak cari pendapatan untuk tanggung kos sara hidup?” tanya seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di Bukit Bintang, RM8,200 Hasil Titik Peluh Jual Kuih Lesap

Baca Artikel Berkaitan: “Beware Guys!” – Pelancong Malaysia Kongsi Rakaman Nyaris Jadi Mangsa Penyeluk Saku Di London [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Solo Travel?’ Ini 7 Tips Yang Anda Perlu Mahir Terlebih Dahulu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.