fbpx
Now Reading
Ramai Jadikan Habit, Ini Sebab Kenapa Tak Bagus Duduk Silang Kaki!

Ramai Jadikan Habit, Ini Sebab Kenapa Tak Bagus Duduk Silang Kaki!

Posisi duduk bersilang kaki ini sebenarnya lebih banyak memberikan kesan buruk dari yang baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau anda perasan setiap individu pasti mempunyai tabiat mereka sendiri yang selalu dilakukan dalam rutin harian sama ada secara sengaja atau tanpa sedar.

Antaranya adalah menggoyangkan kaki apabila sedang duduk, kopek bibir, gigit kuku, usik jerawat, gosok mata, duduk silang kaki dan banyak lagi.

Tetapi apa yang mereka tidak sedar adalah kebanyakan tabiat tersebut boleh memberi impak kepada kesihatan terutamanya dari segi fizikal.

Baca Artikel Berkaitan: Bahaya! Jangan Picit Jerawat Di Spot Tiga Segi Pada Muka, Ini Sebabnya

Ini Sebab Kenapa Anda Patut Elak Duduk Silang Kaki

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila Public Health Malaysia (PHM) mengingatkan orang ramai tentang keburukan silang kaki semasa duduk di atas kerusi.

Walaupun tabiat itu sebenarnya membuatkan posisi duduk anda lebih selesa dan menonjolkan keyakinan diri, namun dalam jangka masa panjang ia boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan.

Sumber: Pexels

Antaranya adalah:

#1 Pinggul Jadi Senget

Menurut PHM, apabila satu kaki naik atas dalam keadaan bersilang, tulang pelvis anda terpaksa senget ke sebelah. Bukan itu sahaja, tulang belakang pun akan melekuk.

Jika dibiarkan lama, pinggang berkemungkinan akan rasa sakit kerana posisi pinggul yang sudah lari daripada kedudukan asal.

#2 Timbul Urat ‘Labah-labah’

Seterusnya adalah urat halus berwarna biru atau ungu akan mula timbul di bahagian betis atau paha. Perkara itu terjadi apabila salur darah utama terkepit semasa anda menyilangkan kaki.

“Itulah padahnya! Bila silang kaki, korang kepit saluran darah utama. Darah tak boleh naik ke jantung, dia berkumpul dekat kaki sampai urat bengkak,” ujar PHM.

Memetik Hello Doktor pula, pembesaran urat yang keluar dari kulit dikenali sebagai vena varikos. Kebiasaannya, ia tidak akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius, tetapi agak membimbangkan jika bahagian kaki atau betis sudah mengalami kesakitan.

Sumber: Freepik

#3 Tekanan Darah Meningkat

Satu kajian menunjukkan bahawa duduk menyilang kaki boleh menaikkan tekanan darah (systolic) serta-merta kerana darah yang dipaksa mengalir di laluan yang sempit.

Menerusi carian kami di laman Hello Doktor, kajian Journal of Clinical Nursing menyatakan bahawa tekanan darah akan kembali normal sebaik sahaja anda meluruskan kaki tanpa silang.

Bagi mengelakkan tekanan darah naik mendadak, anda digalakkan untuk berjalan setiap 15 ke 20 minit semasa sedang duduk.

Baca Artikel Berkaitan: Bacaan Tekanan Darah Jadi Tinggi Lepas Jumpa Doktor, Ini Penjelasan Pakar

#4 Bahagian Lutut Rasa Kebas

Seperti yang kita tahu duduk berlutut atau bersila dalam tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kaki berasa kebas. Ia juga boleh berlaku sekiranya duduk dalam keadaan silang ketika duduk kerana tekanan pada saraf peroneal, yang terletak di bahagian belakang lutut.

Disebabkan itu jugalah mengapa individu akan mengubah kedudukan atau posisi duduk mereka apabila mula rasa tidak selesa seperti lenguh.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Tangan & Kaki Kebas Setiap Kali Selepas Makan Durian? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ini Simptom Peripheral Neuropathy Yang Anda Perlu Tahu

Adakah Duduk Silang Kaki Bahaya Untuk Ibu Hamil?

Secara umumnya bentuk fizikal ibu hamil akan menunjukkan perubahan yang ketara dan simptom seperti ketegangan pada bahagian otot, sakit belakang, kekejangan adalah normal.

Duduk bersilang kaki juga dikatakan tidak akan menyakiti si ibu atau bayi. Bagaimanapun kedudukan tersebut berkemungkinan menyebabkan pergelangan kaki bengkak, atau kekejangan betis.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, anda dinasihatkan untuk duduk dengan kedua-dua tapak kaki di lantai atau meletakkan kaki di atas bangku. Jangan lupa juga cari kerusi duduk yang selesa.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ibu Hamil 28 Minggu Ke Atas Kena Tidur Mengiring? Ini Penjelasan Doktor [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.