fbpx
Now Reading
“Pahitnya Di Perantauan” – 3 Pekerja Warga Indonesia Makan Nasi Berlauk ‘Corntoz’ Undang Sebak [Video]

“Pahitnya Di Perantauan” – 3 Pekerja Warga Indonesia Makan Nasi Berlauk ‘Corntoz’ Undang Sebak [Video]

Dalam video tersebut, jelas kelihatan raut wajah suram salah seorang daripada mereka ketika sedang makan seakan merenung nasib diri yang sedang berada di perantauan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Malaysia antara destinasi utama pilihan warga asing, khususnya dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia, yang datang untuk mencari peluang pekerjaan demi kelangsungan hidup.

Faktor peluang kerja yang lebih luas serta nilai mata wang yang lebih kukuh menjadi tarikan utama, mendorong ramai meninggalkan kampung halaman demi menyara keluarga.

Lebih mengharukan, ada yang sanggup mengikat perut atau hidup sekadar ‘cukup-cukup makan’ meskipun mempunyai pendapatan yang tinggi demi memastikan ahli keluarga di sana berada dalam keadaan selesa dan mempunyai wang yang mencukupi.

Tular 3 pekerja warga Indo makan nasi kosong

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tiga pekerja warga Indonesia di Malaysia hanya memakan nasi kosong tanpa sebarang kuah mahupun lauk.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @gl___gankkk, kelihatan kesemua lelaki itu hanya duduk bersila makan di lantai.

“Pahitnya di perantauan, momen ini tidak akan pernah aku lupakan seumur hidupku,” tulisnya di kapsyen.

Keropok ‘Corntoz’ jadi lauk

Lebih menyayat hati, ketiga-tiga mereka hanya menjadikan keropok jenama ‘Corntoz’ sebagai lauk untuk dmakan bersama nasi kosong terbabit.

Dalam video sama, jelas kelihatan raut wajah suram salah seorang daripada mereka ketika sedang makan seakan merenung nasib diri yang sedang berada di perantauan.

Mana tidaknya, di saat orang lain sedang menikmati makanan dengan protein seperti ayam, ikan dan sebagainya, mereka pula hanya makan nasi putih bersama keropok.

@gl___gankkk Pahitnya di perantauan momen ini tidak akan pernah aku lupakan seumur hidupku #glgank🇲🇾 #anakrantaumalaysia🇲🇾🇮🇩 #pejuangringgit🇲🇨🇲🇾 #pmimalaysia🇮🇩l🇲🇾 #pahitmaniskehidupan ♬ suara asli – Brother Smile🥀

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh para pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.

Tidak dinafikan, kebanyakan orang berasa sebak melihat makanan yang dijamah oleh tiga pekerja berkenaan.

Namun, tidak kurang juga yang mempersoal kenapa mereka tidak memakan nasi putih bersama telur goreng yang tentunya lebih murah jika dibandingkan dengan sebungkus keropok itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Rezeki Diorang” – Lelaki Dedah Gaji Pekerja Bangladesh Cecah Hingga RM3,500 [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Punya Kerja Teruk” – Warga Asing Dedah Gaji RM5,000 Sebulan Undang Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Warga Asing Utamakan Keluarga Dari Diri Sendiri, Gaji RM4,200 Tapi Bagi Keluarga RM4,000 [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.