Now Reading
Pemilik Stesen Minyak Meninggal Dunia, Isteri Terpaksa Lelong Barang Untuk Kosongkan Premis [Video]

Pemilik Stesen Minyak Meninggal Dunia, Isteri Terpaksa Lelong Barang Untuk Kosongkan Premis [Video]

Menurut si isteri, Nina stesen minyak tersebut mempunyai polisi di mana sekiranya pemilik stesen meninggal dunia, operasi terpaksa dihentikan serta-merta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@ninalongkaya/video/7593397181814541576https://www.tiktok.com/@ninalongkaya/video/7594291676923956498https://www.tiktok.com/@ninalongkaya/video/7594809341526461703

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehilangan insan yang tersayang seperti pasangan, ibu bapa atau keluarga merupakan perkara yang amat menyakitkan untuk diterima oleh seseorang.

Bukan tidak menerima takdir namun kehilangan individu yang sering dilihat di depan mata membuatkan seseorang merasai kekosongan dalam diri mereka.

Namun ia bukan bermaksud seseorang berputus asa sebaliknya perlu terus gagah melangkah untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan tanggungjawab untuk kelangsungan hidup.

Wanita terpaksa tutup premis stesen minyak selepas suami meninggal dunia

Baru-baru ini, seorang wanita yang juga isteri melalui detik sukar apabila dia terpaksa menutup premis stesen minyak selepas suami yang juga pemilik stesen itu meninggal dunia pada 7 Januari yang lalu.

Awalnya perkara itu menjadi tular selepas wanita, Nina Suraya Sulaiman, 37, berkongsi satu video memaparkan seorang pekerja warga asing yang menangis sebaik dimaklumkan stesen minyak di Jalan Kebun Sultan, Kota Bahru, Kelantan itu bakal ditutup.

Malah perkara itu turut membuatkan Nina sedih kerana pekerja tersebut telah berkhidmat di stesen minyak itu selama 20 tahun.

Disebabkan terpaksa menutup premis berkenaan, Nina juga terpaksa membuat lelongan pelbagai jenis barangan termasuklah produk keluaran premis terbabit sehingga mencecah 50% dan menjualnya semula dengan harga modal untuk menampung kerugian yang dialaminya.

Jelas Nina, dia berasa terkilan disebabkan tidak lagi dapat meneruskan perniagaan stesen minyak yang telah beroperasi hampir 17 tahun.

“Stesen minyak itu mempunyai polisi jika pemilik stesen meninggal, operasi terpaksa dihentikan serta-merta.

“Saya rasa sedih, selepas saya kehilangan suami yang meninggal selepas kena jangkitan kuman, premis milik arwah diarah tutup dan penghantar minyak juga dihentikan selepas dua hari suami saya meninggal,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Terpaksa buat lelongan barang walau masih lagi bersedih dengan kehilangan suami

Menurut Nina lagi, walaupun masih berada dalam keadaan bersedih namun dia terpaksa membuat lelongan barang dan turut dibantu oleh 10 pekerjanya.

“Demi kelangsungan hidup, selepas ini saya terpaksa mencari peluang perniagaan untuk menyara lima anak saya yang berusia lebih setahun hingga 14 tahun, semua masih bersekolah.”

Lelongan barangan yang dilakukan di stesen minyak terbabit turut menjadi tular kerana Nina turut membuat siaran langsung menerusi media sosial untuk menjual barangan itu.

Hanya ada 2 bulan untuk kosongkan stesen minyak

Katanya lagi, mereka diberikan masa selama dua bulan untuk mengosongkan stesen serta barangan yang masih ada dan kerana itu Nina terpaksa menjualnya di dalam talian.

Bahkan dia juga turut dibantu keluarga dalam membuat lelongan barangan terbabit.

Menerusi beberapa video yang dikongsikan oleh Nina di TikTok, turut kelihatan premis terbabit dipenuhi dengan bungkusan parcel yang dipercayai telah dibeli dan akan dihantar kepada orang ramai.

Selain itu, mereka turut mempamerkan barangan yang ingin dijual di atas meja untuk dibeli pelanggan.

Melihat di ruangan komen, ramai yang memberikan semangat kepada Nina. Malah ada yang cuba memujuknya untuk meneruskan perniagaan terbabit namun perkara itu tidak dapat dilakukan.

Tidak kurang juga ramai yang meminta Nina untuk memaklumkan mengenai barangan yang ingin dijual sebagai tanda sokongan.

“Sis cuba teruskan legasi suami. Walaupun banyak cabaran, itu hasil titik peluh dia. Nanti anak-anak pula boleh teruskan legasi. Insya-Allah akan ada jalan.”

“Rasanya Shell ni dah berpuluh-puluh tahu di situ. Saya bersekolah di kompleks sekolah-sekolah wakaf Mek Zainab, hari-hari lalu sini.”

“Selalu isi minyak dekat Jalan Kebun Sultan ni. Boleh katakan setiap minggu. Kelmarin nak pergi ambil anak sekolah Maahad nampak jualan ni. Ingatkan Shell buat tebus point Bonus Link”

“Saya hanya boleh mendoakan sebab jauh sis. Semoga urusan sis dan anak-anak dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.