Now Reading
“Kenapa Bergurau Macam Ni?” – Pemandu Wanita Terkejut, Pelajar ‘Acah’ Tolak Rakan Ke Jalan [Video]

“Kenapa Bergurau Macam Ni?” – Pemandu Wanita Terkejut, Pelajar ‘Acah’ Tolak Rakan Ke Jalan [Video]

Dalam rakaman dashcam bertarikh 14 Januari jam 6.48 petang itu, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang berjalan kaki di tepi jalan dipercayai ingin pulang ke rumah dari sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam persahabatan, pasti perangai setiap rakan-rakan itu adalah berbeza, namun ia juga menjadi penyebab untuk melengkapi antara satu sama lain.

Mungkin ada rakan yang suka bergurau atau mengusik dan ada juga rakan yang mudah terhibur sekali gus menjadi penyeri setiap kali meluangkan waktu bersama dengan gelak tawanya.

Namun, dalam bergurau, pasti ada batasnya terutamanya yang melibatkan keselamatan dan sebagainya.

Tular rakaman dashcam pelajar bergurau acah-acah ingin tolak rakan ke jalan raya

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pemandu wanita berkonsi rakaman dashcam yang memaparkan seorang pelajar sekolah bergurau dengan mengacah mahu menolak rakannya ke tengah jalan sewaktu mereka sedang berjalan bersama-sama.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Threads @najihaaibrahim, kejadian berlaku di sebuah kawasan jalan raya berdekatan kawasan perumahan semasa wanita terbabit sedang memandu.

Dalam rakaman pada tarikh 14 Januari jam 6.48 petang itu, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang berjalan kaki di tepi jalan dipercayai ingin pulang ke rumah dari sekolah.

Pemandu wanita terkejut, tiba-tiba pelajar acah mahu tolak rakan

Bagaimanapun, ketika kereta yang dipandu itu mendekati pelajar-pelajar terbabit, salah seorang remaja lelaki secara tiba-tiba memegang rakannya dan mengacah ingin menolaknya ke tengah jalan raya sebelum menariknya semula.

Tindakan pelajar terbabit menyebabkan pemandu wanita itu terkejut seraya cuba mengelak dan membunyikan hon sebelum meneruskan perjalannnya.

“Kenapa lah bergurau macam ini adik,” ringkas tulisnya di kapsyen.

View on Threads

Ramai tegur tindakan pelajar bergurau acah tolak rakan ke jalan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menegur tindakan pelajar sekolah menengah berkenaan yang melakukan gurauan berbahaya terhadap rakannya.

Tidak kurang juga yang mengatakan akan berhenti dan memarahi pelajar terbabit sekiranya mereka berada di tempat pemandu wanita itu.

Malah, tidak kurang juga yang mahu agar perkara berkenaan dilaporkan kepada ibu bapa atau guru-guru di sekolah pelajar itu supaya gurauan berbahaya sebegitu tidak terus dilakukan.

Baca Artikel Berkaitan: “Kuat Kau Dik” – Lelaki Selamba Bergurau Angkat Kereta Kancil Kawan Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ada Lelaki Suka Bergurau Pegang ‘Bebird’ Kawan? UAI Jelaskan Hukumnya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nama Kena Petik Ketika ASGV, Mamat Exist Ingatkan Nabil Ahmad Hati-hati Ketika Bergurau

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.