“Kalau Tak Nak Buang, Kemas Letak Setempat!” – Lelaki Kecewa Pelanggan Tak Kemas Sisa Makan Atas Meja
Tambah lelaki itu, tiga orang pelanggan tersebut turut membuang tisu di bawah meja mereka tanpa membersihkannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak dulu lagi, negara ini berdepan dengan isu segelintir masyarakat yang masih tidak mempunyai kesedaran tentang kebersihan kawasan sekitar. Tidak kira di tempat awam, taman rekreasi, kedai makan dan banyak lagi.
Sebagai contoh, ramai pelanggan yang akan meninggalkan meja makan dalam keadaan berselerak tanpa dikemas walau sedikit pun. Meja yang bersepah kadangkala dilihat seolah-olah anak kecil yang makan di sana.
Meskipun membersihkannya bukan satu kewajipan, tetapi tidak salah untuk kita meringankan tugas pekerja dengan mengemaskannya mengikut kemampuan. Bukan sahaja mencerminkan adab seseorang malah juga mewujudkan persekitaran yang lebih bersih.
Baca Artikel Berkaitan:Minta Kemas Meja Selepas Makan, Teguran Wanita Undang Perdebatan Ramai [Video]
Pelanggan Biarkan Meja Makan Bersepah Walau Dah Ditegur
Baru-baru ini, tular satu hantaran laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Che Eim Musa berkongsi keadaan di dalam sebuah cawangan kedai serbaneka, Family Mart.
Menerusi foto perkongsian, kelihatan dua buah meja dipenuhi dengan sampah sarap bungkusan dan juga sisa makanan pelanggan yang sebelumnya duduk di situ.
Perkara yang membuatkan Eim kecewa adalah dia telah pun menegur mereka untuk membuang sampah berkenaan sebelum beredar dari situ.
Namun pelanggan tersebut tidak mempedulikan teguran itu selain berkata membersihkan meja makan merupakan tugas staf-staf di sana.
“Itu ada staf, dia kasi kemas la! Haiya,” ujar pelanggan terbabit.

Sticker Minta Pelanggan Untuk Bersihkan Sisa Makanan Sudah Pun Dilekatkan
Eim kemudian berkata meja di sana telah pun diletakkan dengan pelekat (sticker) yang tertulis, “Sila bersihkan kawasan selepas digunakan.”
Namun teguran itu masih tidak diendahkan.
“Aku geram aku sound ini ada tulis (bersihkan) atas meja kan! Kindly clean up after yourself la! Diorang blah (pergi) buat b*do je! Staf dekat kaunter seorang je. Pelanggan berderet nak bayar. Aku tengok staf tu dia senyum je,” katanya.
View on Threads
Dakwa Pelanggan Buang Sampah Bawah Meja
Menerusi ruangan komen, Eim mendakwa pelanggan berkenaan turut membuang tisu-tisu di bawah meja makan tesebut.
“Geram sangat sebab saya dekat belakang diorang tengah siapkan kerja sikit. Sambil buat kerja nampak la perangai seorang-seorang (ada tiga orang) duk melantak lepastu sepahkan macam tu je.
“Dengan tisu buang dekat bawah jangan cakaplah! Sakit hati tengok perangai. Saya jenis yang akan tegur terus,” tambah Eim lagi selepas seorang netizen memuji tindakannya yang berani menegur.
View on Threads
Ramai Kecewa Rakyat Malaysia Masih Tiada Kesedaran Untuk Buang Sampah Sendiri
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji tindakan Eim yang bertindak cepat dengan menegur pelanggan-pelanggan itu.
“Ni la caranya. Secara terbuka ingatkan orang untuk kemaskan sampah mereka sendiri. Saya pun dah di umur di mana saya akan terus tegur orang yang buat begitu. Bagus untuk awak. Dah la staf tu sibuk, pelanggan lain pun nak guna meja tu juga,” kata seorang pengguna Threads.
Malah ramai juga meluahkan rasa kecewa dengan sikap individu yang masih tidak mempunyai kesedaran untuk membersihkan sampah sendiri.
“Kenapa kau rasa kita masih negara dunia ketiga? Ini antara salah satu sebab tak akan ada perubahan (untuk Malaysia),” ujar seorang netizen.
“Sebagai ex staf Family Mart, benda ni hari-hari berlaku. Belum lagi yang tarik semua meja cantumkan macam nak buat party lepas tu biar sampah macam tu je. Sedih juga tengok bila tengok ada segelintir saudara sebangsa seagama sendiri pun macam tu walaupun itu bukan apa yang Islam ajar,” tambah seorang bekas pekerja di sana.
Sementara itu, seorang individu turut mencadangkan agar kerajaan menggubal undang-undang agar pelanggan perlu membersihkan meja sendiri di kawasan tempat awam.
“Sebab tu mesti ada undang-undang yang kita perlu bersihkan meja selepas makan di tempat awam sebagai contoh di kawasan penjaja atau medan selera. Kita manusia sebenarnya spesies yang malas yang harapkan orang lain yang bersihkan sampah kita sendiri. Membersihkannya sebenarnya bagus untuk terapkan sikap disiplin dalam diri,” kata seorang wanita.
Berikut antara komen-komen netizen:





Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Tak Bersihkan Meja Lepas Makan Di Kafe Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Contoh Baik” – 2 Pelanggan Restoran Bersihkan Sisa Makanan Di Meja Orang Lain Raih Pujian
Gabungkan penulisan, reka bentuk visual & kreativiti untuk jadikan cerita trending, gaya hidup, berita lebih catchy di BuzzKini. Canva pula jadi tempat eksperimen dengan bermacam-macam idea. ๋࣭ ⭑✮💻₊ ⊹