Now Reading
K-SPARK Malaysia 2026: G-Dragon, Hwasa, ITZY & DPR Ian Gegar Stadium Merdeka 31 Januari Ini!

K-SPARK Malaysia 2026: G-Dragon, Hwasa, ITZY & DPR Ian Gegar Stadium Merdeka 31 Januari Ini!

K-SPARK bakal menggegarkan Stadium Merdeka pada 31 Januari 2026 dengan barisan artis K-pop dan tempatan yang cukup besar, diketuai oleh figura ikonik K-pop G-Dragon bersama Hwasa, ITZY dan DPR Ian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat peminat K-pop di Malaysia apabila K-SPARK secara rasmi diumumkan bakal berlangsung di Stadium Merdeka pada 31 Januari 2026, menampilkan barisan artis antarabangsa dan tempatan yang cukup famous.

Apa yang mengujakan, konsert ini bakal menampilkan G-Dragon, figura ikonik K-pop yang tidak asing lagi dalam dunia muzik, fesyen dan budaya pop global. Kedatangannya kali ini ke Malaysia kali ini bukan bersendirian, sebaliknya disertai oleh beberapa nama besar lain dalam industri hiburan Korea.

Antara artis Korea Selatan lain yang bakal menggegarkan Stadium Merdeka adalah:   

  • Hwasa
  • ITZY
  • DPR Ian

Ini sekali gus menjadikan ini antara konsert K-pop paling dinanti pada tahun 2026. Gabungan artis dengan identiti muzik dan persembahan yang berbeza ini dilihat mampu membuatkan pengalaman konsert yang lebih ‘vibe’ kepada peminat!

DOLLA dan 3P turut buat persembahan

Turut memeriahkan pentas ialah artis tempatan, DOLLA dan 3P, sekali gus memberi sentuhan kebanggaan Malaysia dalam acara bertaraf antarabangsa ini.

Untuk pengetahuan, K-SPARK merupakan siri konsert utama di bawah penganjuran ER CMG, yang sebelum ini dikenali sebagai K-Star SPARK. 

Pengumuman rasmi barisan artis tersebut dibuat selepas beberapa hari spekulasi dalam kalangan peminat. Sejurus senarai nama diumumkan, reaksi luar biasa dapat dilihat di media sosial dengan ramai yang meluahkan keterujaan serta tidak sabar menantikan tarikh konsert.

G-Dragon bukan sekadar nama besar, malah simbol fenomena K-pop global. Rekod persembahan terdahulunya di Malaysia yang habis terjual dalam masa singkat membuktikan pengaruhnya masih luar biasa.

Digabungkan dengan persembahan energetic ITZY, Hwasa yang penuh karisma serta DPR Ian, K-SPARK 2026 tampil sebagai konsert dengan barisan artis yang gempak.

Walaupun sebelum ini jualan tiket masih belum dibuka, keterujaan peminat sudah pun dapat dirasai. Melihat kepada sambutan awal, K-SPARK Malaysia 2026 dijangka menjadi antara konsert K-pop paling hangat dan diburu pada awal tahun ini.

Maklumat Konsert K-SPARK Malaysia 2026

Lokasi: Stadium Merdeka
Tarikh: 31 Januari 2026
Masa: 9.05 malam

[KEMASKINI] Dapatkan tiket K-SPARK Malaysia 2026 anda di Klook

Tiket boleh ditempah menerusi laman K-look di SINI pada 18 Januari jam 12 tengah hari atau terus ke laman https://www.klook.com/event/queue/evt102000796/

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.