“Habis Debu Lekat!” – Wanita Kecewa, Dakwa Peniaga Letak Makanan Terdedah Belakang Trak Pikap
Menerusi foto yang dikongsikan, kelihatan sedulang makanan yang terdedah itu turut diletakkan bersama alatan perniagaan yang lain di belakang trak pikap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat peniaga di luar sana tidak kira yang mengusahakan restoran atau gerai kecil di tepi jalan, pasti anda tahu kebersihan dan keselamatan makanan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan.
Jika terlepas pandang tentang hal tersebut, pelanggan berkemungkinan mengalami keracunan makanan. Salah siapa? Kesilapan disebabkan kecuaian peniaga itu sendiri.
Oleh disebabkan itu, setiap pengusaha perlu lebih teliti tentang tatacara pengendalian makanan termasuklah memastikan lauk dijual dibersihkan dengan betul sebelum dimasak, menyediakan makanan di kawasan bersih, dan juga tidak mendedahkan makanan sehingga ia berisiko dihinggap lalat.
Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Kotor” – Tular Pekerja Warung Cuci Kuali Guna Air Longkang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Geli Tekak Aku” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Daun Pisang Balut Pulut Sambal Yang Dibeli Kotor [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Risiko Bakteria” – Longgokan Ayam Mentah Terdedah Tanpa Penutup Di Belakang Pikap Undang Perhatian
Makanan Jualan Di Belakang Trak Pikap Terdedah & Tidak Ditutup Dengan Betul
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Moon berkongsi foto menyaksikan seorang individu yang didakwa peniaga tidak mengendalikan makanan dijual dengan betul.
Dalam foto tersebut, kelihatan bahagian belakang trak pikap yang dipercayai dinaiki oleh peniaga berkenaan dipenuhi perkakas dan peralatan yang digunakan untuk berniaga.
Namun, perkara yang mencuri perhatian adalah bekas dulang dipercayai berisi makanan tidak tertutup sepenuhnya yang turut diletakkan di belakang pikap.
Dakwa wanita berkenaan, foto itu dirakam pada waktu pagi sebelum peniaga itu membuka gerainya.
Menerusi foto, bekas makanan tersebut hanya ditindih dengan satu lagi dulang aluminium, tetapi kelihatan masih terdedah. Kami bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada ia sememangnya berisi makanan atau sebaliknya.
“Macam tu je dia letak makanan untuk jual. Dah berapa banyak debu-debu kota melekat dekat situ. Lepas tu jual bagi orang makan. Ini bukan baru balik dari jualan ya.
“Ini dalam perjalanan nak pergi buka kedai pukul 10 pagi. Tambah pula saya selalu nampak dia berniaga hari-hari. Dan kalau nak tahu, saya pernah beli. Sekarang dah tahu hmmm. (Peniaga) gagal,” dakwa wanita terbabit.
View on Threads
Orang Ramai Jijik Lihat Makanan Dibiarkan Terdedah
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa geli melihat pendedahan yang dilakukan wanita tersebut.
“Dia tak pernah kenal plastik pembalut ke? Eww,” kata seorang wanita.
“Ew tak boleh bayangkan kalau burung berak atas tu,” tambah seorang lagi netizen.
Malah, ada juga yang berkongsi tips untuk mengenal pasti tahap kebersihan perniagaan F&B (food and beverage) di gerai tepi jalan.
“Red flag betul makanan terdedah macam tu. Patut abah mama pesan, kalau beli makanan tepi jalan tengok cara makanan tu (dikendali), sama ada bekas tu tutup atau terdedah ke. Kalau perempuan, rambut ikat ke lepas ke sanggul. Lagi satu (kebersihan) kuku,” ujar seorang pengguna Threads.
Faktor Kenapa Status Halal Penting
Sementara itu, ada juga yang berkata kes sebegini merupakan punca mengapa kedai makan memerlukan sijil halal.
“Tu sebab status halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tu pun penting. Bukan sekadar peniaga itu Melayu dan beragama Islam je,” kata seorang lelaki.
Berikut antara komen-komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal
Baca Artikel Berkaitan: “Asal Boleh Masak Je Jual” – Chef Wan Dedah Ramai Peniaga Tak Tahu Cara Betul Kendali Makanan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kembang Tekak” – Wanita Terkejut Jumpa Kain Buruk Dalam Martabak
Baca Artikel Berkaitan: “Orang Jual Kau Pun Nak Jual” – Wanita Kecewa Ayam Bakar Dibeli Di Bazar Ramadan Mentah



