Ramai Teruja Lihat Pengusaha Cantikkan Kantin Sekolah Untuk Keselesaan Murid [Video]
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengusaha kantin tersebut, pada tahun pertama dia hanya fokus untuk keadaan persekitaran ruang makan itu sentiasa bersih sebelum mula membuat dekorasi pada tahun berikutnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui pada 11 dan 12 Januari lalu, telah bermula sesi persekolahan untuk tahun 2026. Pada minggu pertama ini, dapat dilihat pelbagai gelagat ibu bapa dan juga pelajar yang mengundang perhatian ramai.
Meskipun seronok kerana sesi sekolah sudah bermula dan dapat berjumpa rakan-rakan namun antara perkara yang sering menjadi perhatian apabila sekolah bermula sudah tentunya kantin sekolah.
Bukan sekadar makanan yang dijual menjadi keutamaan buat ibu bapa bahkan keadaan persekitaran juga memainkan peranan.
Ini kerana, sebagai ibu bapa mahupun guru pasti mahu murid-murid menikmati makanan dengan persekitaran yang bersih dan ceria.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kantin Sekolah Bersih & Dapat Markah 95% Dari KKM Raih Perhatian [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Makanan Nampak Bersih & Sedap” – Ramai Teruja Lihat Menu Kantin Sekolah Ini [Video]
Pengusaha tunjuk proses cantikkan kantin untuk keselesaan murid
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita yang juga pengusaha kantin di sekolah rendah mengubah suai kantinnya untuk keselesaan para pelajar.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Nana Shukrii di TikTok, awalnya kelihatan keadaan kantin begitu kotor dan terdapat sampah sarap.
Bukan hanya itu bahagian tiang kantin tersebut juga dilihat kotor dan warnanya kelihatan seperti sudah kusam.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Isu Disiplin Pelajar Sekolah: “Wajar Kembalikan Hukuman Rotan Dengan Syarat Ketat” – Anwar Ibrahim
Awalnya cuma fokus untuk kantin kelihatan sentiasa bersih
Menurut Nana sewaktu melihat kantin tersebut, dia tidak berfikir untuk mencantikkannya tetapi fokus untuk ia kelihatan bersih.
“Tahun pertama fokus satu benda je cuci kantin setiap minggu. Dari rekod pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) suka datang check dan denda sampai dia jadi tak suka datang,” ujarnya dalam video itu.
Nana turut menunjukkan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan seperti lantai di seluruh kawasan kantin dibasuh dan diberus sehingga bersih.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dah Macam Pengetua, Gelagat Mak Cik Kantin Bagi Taklimat Kepada Pelajar Baharu Raih Pujian [Video]
Mula dekorasi selepas setahun menjadi pengusaha kantin
Jelasnya lagi, cukup sahaja setahun mengusaha kantin terbabit dia kemudian mula mencantikkan kawasan itu.
“Cukup setahun dah rasa boleh maintain (kekalkan) bersih setiap masa. Baru rasa yakin nak buat benda lain.”
Kelihatan Nana dan pasukannya mula mengecat kantin terbabit dan menggunakan warna kuning sebagai tema kantin itu.
Katanya disebabkan berada di sekolah rendah maka dekorasi seperti rambu-rambu disifatkan tidak bersesuaian dan akan cepat rosak. Maka Nana memilih konsep yang lebih mudah dan praktikal.
“Kakak (Nana) pilih cat warna kuning sebab nampak hidup. Lepastu kita tukar poster baru. Biar nampak bersih dan senang jaga,” katanya lagi.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Ada Makcik Kantin” – Lelaki Kongsi Sistem Program Makan Tengah Hari Sekolah Rendah Di Jepun [Video]
Siap gantung poster dan menu untuk ceriakan kantin
Dalam video kelihatan pasukan Nana menggantung poster dan juga menu makanan yang disediakan pada siling kantin.
Apa yang lebih menarik mereka turut meninggalkan kata-kata nasihat seperti sentiasa mengutamakan kebersihan dengan ilustrasi yang cantik dan menarik perhatian pelajar.
“Kakak ambil vibe ala-ala Mekdi (McDonald’s) versi paling jimat. Tak serabut, senang pandang. Budak-budak pun selesa.”

Ramai teruja dan puji keadaan kantin cantik dan bersih
Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan pengubahsuaian yang dilakukan oleh Nana untuk kantin sekolah tersebut.
Bahkan ada yang mengatakan warna dan suasana yang bersih itu boleh membuatkan kanak-kanka ceria sewaktu rehat.
Selain itu, ada yang memuji kebersihan yang sentiasa dititik beratkan demi keselamatan dan keselesaan murid.
Tidak kurang ada yang tertarik dengan menu makanan yang disediakan oleh Nana untuk para pelajar.
“Terbaik lah kak. Mesti budak-budak ceria je bila waktu rehat. Semoga rezeki kakak diberkati Allah SWT.”

“Tengok menu dia best-best. Anak aku semalam cerita kantin sekolah dia langsung tak ada nasi dan makanan berat. Siap tanya acik kantin ‘tak ada jual nasi ke’ pastu dia cakap sini tak ada jual nasi. Jawab pun garang-garang”

“Suka tengok kantin sekolah yang bukan ‘asal ada’ gini. Terbaik!”

“Sukalah tengok orang yang ada mindset buat sehabis baik bila buat sesuatu perkara tu.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



