fbpx
Now Reading
Padah Lintas Jalan Tak Toleh Kanan, Pelajar Wanita ‘Rempuh’ Kereta [Video]

Padah Lintas Jalan Tak Toleh Kanan, Pelajar Wanita ‘Rempuh’ Kereta [Video]

Kemalangan di antara sebuah kereta dan seorang pejalan kaki itu dipercayai berlaku di sebuah universiti awam di Sabah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai pemandu kenderaan atau penunggang motosikal, mereka perlulah cakna dengan lintasan belang (zebra crossing) berwarna putih atau kuning di jalan raya yang digunakan oleh pejalan kaki.

Tidak dinafikan, keutamaan seharusnya diberikan kepada pejalan kaki yang ingin menyeberangi jalan raya terlebih dahulu.

Bagaimanapun, pejalan kaki juga perlulah melihat keadaan di sekeliling terlebih dahulu sebelum melintas terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai zebra crossing bagi mengelak daripada berlaku kemalangan.

Pelajar wanita rempuh kereta semasa lintas jalan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan seorang pelajar wanita merempuh kereta semasa dia sedang melintas jalan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun X @mynewshub, kejadian dipercayai berlaku di sebuah universiti awam (UA) di Sabah.

Dalam rakaman itu, kelihatan pelajar wanita terbabit sedang berdiri di tepi jalan bersama beberapa pelajar yang lain.

Tak toleh kanan, terus lintas jalan

Dia kemudiannya dilihat berjalan ingin menyeberangi jalan berkenaan dengan hanya melihat jalan dari arah kirinya sahaja.

Disebabkan itu, pelajar tersebut tidak menyedari sebuah kereta Perodua Axia berwarna putih yang datang dari arah kanannya.

Penuntut terbabit bagaimanapun bernasib baik kerana hanya terlanggar bahagian tepi kenderaan terbabit selain pemandu Perodua Axia itu juga tidak memandu dalam keadaan laju.

Impak rempuhan menyebabkan badannya terdorong dan terpusing, namun tidak terjatuh dan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Inilah pentingnya tengok kiri kanan sebelum melintas” – netizen

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menegur tindakan mahasiswi itu yang melintasi jalan tanpa melihat ke arah kanannya.

Malah, kebanyakan netizen juga menekankan tentang kepentingan melihat kiri dan kanan sebelum melintas jalan agar kejadian sebegitu dapat dielak.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kanak-Kanak 2 Tahun Lintas Jalan & Nyaris Dilanggar, Rupanya Ibu Tak Sedar Anak Keluar Kereta [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Cuba Lintas Jalan Dengan Basikal Mainan, Kanak-Kanak 2 Tahun Nyaris Dilanggar Kereta

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Lintas Jalan Melulu Tepuk Muka Rider Selepas Nyaris Dilanggar [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.