“Mak, Ada Orang Masuk Dalam ATM” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Abang APM Gigih Selamatkan Kucing [Video]
Menerusi video itu, kelihatan kucing yang tersangkut di belakang mesin ATM itu panik dan bergelut untuk mencari jalan keluar sebelum berjaya diselamatkan abang APM.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Untuk sesiapa yang memelihara kucing, sudah tentu anda bersetuju bahawa kucing ini mempunyai kerenahnya tersendiri.
Memang tidak dijangka mood si bulus ni, ada masanya tidur sepanjang masa, dan ada waktu lain yang terlebih aktif sehinggakan mereka melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Sebagai contoh berlari ke sana sini seperti dikejar sesuatu hingga tidak menyedari mereka berlari ke arah mana. Dalam istilah dunia kucing, ia dipanggil sebagai ‘zoomies’. Tetapi senakal mana ia, kucing inilah penyeri hari seseorang.
Baca Artikel Berkaitan: Tidur Merata-Rata, Ekor Tinggi & 4 Lagi Tanda Si Bulus Bahagia
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’
Baca Artikel Berkaitan: Jadi Gemuk Kerana Banyak Diberi Makan, Kucing Di Poland Terpaksa Diet
Kucing Tersangkut Belakang Mesin ATM, Bergelut Untuk Keluar
Antara ‘peel’ si bulus yang tular di media sosial baru-baru ini adalah apabila seekor kucing dilihat tersekat di bahagian belakang sebuah mesin ATM (Automated Teller Machine) Bank Muamalat. Menurut wanita dikenali sebagai Ipadila, dia bersama rakan sekerja juga tidak tahu bagaimana kucing itu boleh berada di sana.
Dalam video sama, kelihatan kucing tersebut panik dan bergelut untuk melepaskan diri dari mesin ATM terbabit.
Selepas beberapa cubaan mengeluarkan kucing itu tidak berjaya, pekerja-pekerja di sana bertindak memanggil anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) untuk bantuan.
Pelbagai cara dilakukan bagi mengeluarkan si bulus, namun masih belum mendapatkan hasil. Siapa sangka demi menyelamatkan seekor kucing, abang APM terpaksa memasukkan separuh badannya di ruangan atas mesin ATM.

“Demi menyelamatkan satu nyawa 🐱,” kata Ipadila.
Menerusi klip berkenaan, kelihatan kedua-dua kaki anggota itu terapung semasa dalam proses mendapatkan si bulus. Alhamdulillah, pada akhirnya, dapat juga mereka mengambil kucing itu.
“Sekarang dia dalam siasatan polis kenapa dia masuk situ. Ada tujuan nak merompak ke macam mana,” seloroh wanita berkenaan.
@ipadila Biasher dia tuhh!!! TQ Abam dan Hakak JPAM! 🫰🏻🫶🏻✨ kredit original video from @hanzzzzzzz #catrescue #jpam #catlover #fyp #CapCut
♬ original sound – iPadila – iPadila
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terhibur Lihat Abang APM Sanggup Jadi Superman Untuk Selamatkan Kucing
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat telatah orang ramai bagi menyelamatkan kucing berkenaan khususnya abang APM yang memasuki lubang itu.
“Noh terkejut tiba-tiba nampak kaki atas mesin ATM,” kata seorang lelaki.
“Hanya seekor kucing tapi riuh terus satu bank dengan APM sekali dah macam superman,” ujar seorang ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga berjenaka dan berkata bahawa kucing sahaja yang akan dimaafkan sekiranya melakukan kesalahan sebegitu kerana kecomelannya.
‘Kesalahannya bukan biasa-biasa tetapi tetapi dibelai manja,” kata seorang netizen.
“Pertama kali tengok ‘pesalah’ cubaan merompak dilayan baik,” seloroh seorang lagi pengguna TikTok.
Berikut antara komen-komen netizen:





Baca Artikel Berkaitan: “Latihan Pascat” – Aksi Kucing Ikut Arahan, ‘Tolong’ Atuk Pasang Tali Buai Raih Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Lain & Tak Bukan, Oyen” – Kepala Kucing Sangkut Dalam Lubang Besi Buat Ramai Speechless
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Kucing Gemuk Kelam-Kabut Tersekat Di Pintu Grill Bikin Ramai Geli Hati



