Now Reading
Ini Cara Daftar, Semak & Dapatkan Laporan Kredit CCRIS Secara Online

Ini Cara Daftar, Semak & Dapatkan Laporan Kredit CCRIS Secara Online

Laporan kredit boleh didapatkan menerusi laman web eCCRIS, namun hanya individu yang memiliki MyKad dan akaun bank dalam talian yang boleh mendaftar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rata-rata individu pasti mempunyai komitmen kewangan tersendiri, apatah lagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Kadangkala, ada yang membuat pinjaman bagi melakukan pembelian tertentu agar tidak mengganggu aliran kewangan dalam satu tempoh tertentu.

Rekod kredit ini akan disimpan di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang dikendalikan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Maklumat ini diterima daripada institusi kewangan yang terlibat dan digunakan bagi mengenal pasti sejarah kredit buat bakal peminjam dan peminjam semasa. Ianya penting kerana anda sebagai peminjam dan bank boleh menilai sejauh mana kemampuan anda sebelum memohon suatu pinjaman.

Jom kami kongsikan di bawah cara-cara untuk mendaftar, menyemak dan mendapatkan laporan kredit CCRIS secara online.

Baca Artikel Berkaitan: Elak Terbeban Dengan Hutang Kad Kredit? Ini 5 Cara Pembayaran Yang Korang Patut Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Cara Gunakan Kredit Kad Dengan Betul Tanpa Dikenakan Caj, Siap Dapat Point! [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Sanggup Berhutang Untuk Miliki iPhone, Individu Mengeluh Terpaksa Bayar Pinjaman Bulanan RM165

Baca Artikel Berkaitan: Bijak Atau Gagal? Gaji RM13 Ribu Jadi RM23 Lepas Bayar Pinjaman Bank Cetus Perdebatan Ramai

Cara Daftar Di Laman Web eCCRIS

Orang ramai boleh mengakses dan memuat turun laporan CCRIS secara percuma, menerusi laman web eCCRIS BNM.

Langkahnya seperti di bawah:

#1 Pergi Ke Laman eCCRIS

Pertama, pergi ke laman web eCCRIS BNM [DI SINI]. Tekan pada butan ‘Register Now’.

#2 Lakukan Pengesahan Identiti Menerusi Akaun Bank

Anda akan dibawa ke paparan seterusnya yang menyatakan bahawa RM1 akan dipindahkan dari akaun bank bagi tujuan pengesahan identiti, dan akan dikembalikan dalam tempoh dua hari selepas pendaftaran.

Pengguna juga diingatkan agar menggunakan akaun bank internet peribadi untuk pengesahan diri dan tidak boleh menggunakan akaun pihak ketiga, akaun bersama atau akaun perniagaan.

Kemudian, tekan pada kotak ‘Yes, I understand’ dan klik ‘Proceed’.

2 (a)

#3 Isikan Maklumat Diri Yang Tepat

3 (a)

Kemudian, isikan nama penuh seperti dalam kad pengenalan, alamat e-mel, nombor MyKad dan nombor telefon dengan tepat. Maklumat yang salah akan menyebabkan pendaftaran tidak berjaya.

Sebagai info, pendaftaran eCCRIS hanya boleh dilakukan oleh individu yang memiliki MyKad dan akaun bank dalam talian. Jika tidak, mereka perlu membuat pendaftaran menerusi kiosk CCRIS di pejabat Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).

#4 Tetapkan Frasa & Soalan Keselamatan

4

Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman baharu untuk mengisi maklumat bagi tujuan Login, iaitu User ID, e-mel dan kata laluan.

Pengguna juga perlu memilih imej rahsia, serta menetapkan frasa dan soalan keselamatan disertai jawapan.

Akhirnya, anda akan diminta untuk mengaktifkan Multi-Factor Authentication (MFA). Antara aplikasi yang mungkin sesuai digunakan adalah ‘Google Authenticator’.

Untuk Android klik [DI SINI], untuk pengguna iPhone klik [DI SINI].

Kod bagi MFA itu boleh didapatkan dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan.

Voila! Sekarang cuba log masuk dengan User ID, kata laluan dan kod MFA yang dijana Google Authenticator.

Cara Muat Turun Laporan Kredit eCCRIS

Untuk mengakses laporan kredit pula, pastikan anda sudah log masuk ke laman web eCCRIS bersama password dan kod MFA.

Kemudian, tatal pada bahagian ‘Enquiry’, dan klik pada butang ‘Self Enquiry-Individual’. Anda perlu bersetuju dengan notis penafian yang dipaparkan sebelum dibawa ke halaman laporan kredit.

Untuk memuat turun laporan berkenaan, tekan pada butang ‘Download’ yang terdapat pada bawah sebelah kanan.

Cara Untuk Buka Laporan CCRIS

Laporan kredit yang dimuat turun itu hanya boleh dibuka dengan memasukkan kata laluan yang ditetapkan, merangkumi:

  • Tarikh laporan dimuat turun (01Jan2026)
  • Tiga karakter pertama User ID

Contohnya, kalau anda memuat turun laporan tersebut pada 1 Januari 2026, dan User ID adalah abcd1234, maka password tersebut ialah 01Jan2026Abc.

Ini Info Yang Terdapat Dalam Laporan Kredit

Sebagai info, laporan eCCRIS menyediakan info berkaitan kredit peminjam yang merangkumi tiga bahagian iaitu:

  • Kredit yang tertunggak iaitu hutang yang belum habis dibayar termasuk pinjaman individu, pinjaman bersama dan pinjaman perniagaan.
  • Akaun pemerhatian khusus (Special attention account) iaitu pinjaman tertunggak yang diletakkan oleh bank di bawah pemantauan khas.
  • Permohonan kredit termasuklah yang sedang dalam proses dan telah diluluskan)

Laporan kredit ini juga boleh dimohon oleh institusi kewangan, agensi kredit berdaftar dan syarikat tertentu bagi urusan berkaitan.

Baca Artikel Berkaitan: “Jawab 30 Soalan Fardu Ain & Tunjuk Rekod CCRIS” – Tular Cara Keluarga Ini Uji Calon Suami Anak

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Masalah Beli Rumah Pertama Untuk Peminjam PTPTN Walaupun Disenarai Hitam CCRIS

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.