“Ingatkan Pelanggan Biasa, Rupanya..” – Tular Lelaki Tayang Alat Sulit Dalam Kedai Kosmetik
Dalam video tersebut, kelihatan lelaki terbabit pada awalnya hanya memasuki kedai seperti pelanggan biasa sebelum secara tiba-tiba mengeluarkan alat sulitnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (13 Januari), tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki menayang alat sulitnya di dalam sebuah kedai menjual barangan kosmetik di Kuantan, Pahang.
Tindakan tidak senonoh individu itu didedahkan sendiri oleh pemilik kedai berkenaan di akaun TikTok miliknya.
“Penunjuk ‘angrybird’ bebas di Beauteshi Kosmetik Kuantan, Pahang. Hati-hati korang,” tulis di dalam video.
Ingatkan pelanggan biasa, rupanya nak tunjuk kemaluan
Difahamkan, kedai berkenaan mempunyai pintu autolock, namun pekerjanya membuka pintu berkenaan kerana menyangka lelaki terbabit adalah pelanggan biasa yang ingin membeli barangan di sana.
Dalam video tersebut, kelihatan lelaki terbabit pada awalnya hanya memasuki kedai seperti kebanyakan pelanggan.
Bagaimanapun, sebaik sahaja berada di sebuah rak, dia secara tiba-tiba mengeluarkan kemaluannya sambil melihat barangan di dalam kedai terbabit.
Pekerja wanita jadi ketakutan
Para pekerja di dalam kedai berkenaan yang kesemuanya adalah wanita kemudiannya berada dalam keadaan takut selepas mengetahui tentang tindakan lelaki itu.
Lelaki terbabit juga dilihat mengeluarkan dan memegang alat sulitnya beberapa kali sebelum beredar keluar daripada kedai berkenaan.
“Info penting! Pekerja telahpun menyamak (membersihkan) segala barangan di dalam kedai,” tulis di kapsyen.
Kejadian itu dipercayai berlaku semalam, namun motif lelaki terbabit menunjukkan alat sulitnya tidak diketahui.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu.
@putrishanis INFO PENTING ‼️ STAFF TELAH PUN MENYAMAK SEGALA BENDA DALAM KEDAI HARI INI 🤮 DAN KEDAI KAMI MEMANG AUTO LOCK! TAPI STAFF TAK EXPECT YANG DIA NAMPAK MACAM CUSTOMER NORMAL JE. DATANG NAK MEMBELI. SO MEREKA BUKA! #beauteshikosmetik #kuantan ♬ original sound – shikigami – jewok
Baca Artikel Berkaitan: Polis Buru Penunggang Motosikal Yamaha LC135 Tunjuk Kemaluan
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Warga Asing Ditahan Dipercayai Gesel Kemaluan Pada Budak 7 Tahun Di Pasar Raya



