fbpx
Now Reading
Ramai Gembira, Rasa Tenang Selepas ‘Downgrade’ Gaya Hidup Untuk Kehidupan Yang Lebih Selesa

Ramai Gembira, Rasa Tenang Selepas ‘Downgrade’ Gaya Hidup Untuk Kehidupan Yang Lebih Selesa

Menerusi hantaran Threads itu, ramai yang berkongsi perkara yang mereka sanggup ‘downgrade’ untuk kehidupan yang lebih tenang dan selesa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan dalam kehidupan setiap individu pastinya mempunyai impian tersendiri dan perkara yang ingin dikecapinya.

Namun ada perkara merupakan keperluan dan ada juga kehendak yang perlu dibezakan dan kita perlu tahu yang mana satu perlu didahulukan.

Bahkan perkara itu juga mengikut kemampuan masing-masing, namun ada segelintir yang menjadikan kehidupan sebagai satu saingan dan mahu mempunyai sesuatu untuk kelihatan ‘berjaya’.

Kejayaan merupakan satu perkara yang subjektif, apa yang penting adalah setiap di antara kita boleh hidup dalam keadaan selesa dan tenang tanpa tekanan.

Suka lihat ramai gembira downgrade gaya hidup untuk simpan duit lebih

Baru-baru ini seorang wanita dikenali sebagai Afzan berkongsi kegembiraannya apabila melihat ada segelintir individu yang sanggup menurunkan taraf gaya hidupnya untuk mempunyai duit belanja atau duit simpanan yang lebih.

Menerusi hantaran di Threads, Afzan menyifatkan ia adalah satu tindakan yang bagus. Bahkan ada di antara mereka yang menurun taraf atau downgrade gaya hidup meskipun mempunyai gaji dan menjawat jawatan yang tinggi dalam industri pekerjaan masing-masing.

“Sesiapa yang berkerja dalam syarikat korporat dan memegang jawatan tinggi, jika tidak kisah kongsikan apa yang anda downgrade? Tadi saya baca ada yang menukar dari Toyota Vellfire kepada Perodua Alza.

“Weh satu inspirasi dan motivasi kepada saya. Sebab generasi saya banyak berlumba-lumba nak menayang siapa lagi mampu jadi tak nak dah macam tu. Tak suka. Sekarang kongsi kisah anda dan beritahu saya hidup tenang atau tidak,” katanya dalam hantaran itu.

View on Threads

Kehidupan lebih tenang, dan bebas dari komitmen hutang yang tinggi

Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian ramai apabila mereka berkongsikan perkara yang dilakukan dalam penurunan taraf (downgrade) kehidupan demi masa depan yang lebih baik.

Seorang pengguna Threads, Yussray mengatakan menurun taraf gaya hidup bermaksud seseorang sedang meningkatkan ketenangan jiwa apabila tidak lagi perlu memikirkan komitmen hutang yang tinggi.

Malah perkara itu juga memberi lebih banyak manfaat seperti bersedekah, membuat pelaburan untuk pembelajaran diri sendiri yang memberikan ketenangan. Jelasnya apabila seseorang meningkat usia perkara yang dicari adalah ketenangan berbanding memiliki harta namun mempunyai hutang yang banyak atau tertekan daripada pekerjaan.

Seorang lagi pengguna, Nikkinpinkipod mengatakan dia masih lagi memandu kereta Proton Iriz yang sudah berusia 11 tahun dan hutangnya sudah habis dibayar.

Bukan hanya itu, dia juga masih menggunakan telefon lama dan makan di kedai setiap hari dengan anggaran harga RM5 hingga RM10 untuk makan tengah hari.

Pilih guna duit kepada barangan dapur, penjagaan dan kesihatan diri

Menurutnya, dia memilih untuk menggunakan wang kepada barangan dapur, kesihatan, penjagaan diri, dan makanan sedap pada hujung minggu.

Whodisraa.maen yang juga pengguna Threads, mengatakan dia dan isteri membuat keputusan untuk menjual satu daripada dua kereta yang dimiliki. Jelasnya mereka merasai penjimatan yang banyak seperti minyak, tol, penyelenggaraan termasuklah cukai jalan.

“Duit yang ada kami jadikan sebagai simpanan untuk masa depan seperti kos rawatan hospital ibu bapa, kecemasan atau melancong. Kami tidak mempunyai sebarang hartanah, hanya menyewa di sebuah rumah kecil dan ia sudah cukup untuk kami berdua yang tidak mempunyai anak.

“Secara asasnya selepas menurun taraf, hidup menjadi lebih tenang. Nak makan apa, nak pergi mana pun boleh. Kehidupan yang simple, tetapi tenang dan ia sudah cukup untuk kami berdua,” ujarnya.

Masak dan bawa makanan atau air dari rumah

Ada juga pengguna yang mengatakan cara dia menurun taraf kehidupan adalah dengan mula membuat kopi dari rumah. Bahkan ada yang bersetuju kerana mereka tidak hanya boleh jimat daripada membeli tetapi boleh mengawal pengambilan gula.

Tidak kurang ada yang mengatakan mereka mengurangkan penggunaan kad kredit, menjual beberapa hartanah dan memilih hanya satu untuk dimiliki, menjual kenderaan yang jarang digunakan, makan diluar hanya pada hujung minggu, tidak membeli barangan berjenama atau mahal dan menukarkannya kepada beli barang keperluan dan banyak lagi.

Selain itu, ada yang berpendapat mereka tidak kisah untuk ‘downgrade’ kehidupan sebagai contoh menggunakan kereta yang lebih kecil dan harga yang lebih murah asalkan boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Dapat jimat ratusan ringgit lepas buat makanan dan bawa bekal sendiri

Terdapat juga individu mengatakan mereka berhenti makan di kedai atau restoran yang mewah atau cantik setiap hari dan memilih untuk memasak di rumah serta membawa bekal ke tempat kerja.

Hasilnya dia berjaya menyimpan ratusan ringgit setiap bulan selain kehidupan lebih tenang dan terkawal.

Secara amnya, kehidupan bukanlah satu persaingan di antara satu sama lain. Apa yang penting adalah anda hidup dalam keadaan yang tenang dan selesa.

Sememangnya ada ketika kita mahukan kemewahan namun ia tidak bermakna sekiranya anda tertekan untuk mencapai kehidupan itu sehingga menyusahkan diri sendiri.

Selesa dan dapat hidup secara tenang juga adalah satu kemewahan, anda berhak menentukan bagaimanakah kehidupan yang ingin dijalani.

“Pernah baca quote ‘awal patut luangkan kepada perkara yang disukai dan kurangkan kepada perkara yang dibenci’.”

“Sejak hari saya mengetahui tentang doctor drugal living. Saya dah terjebak. Susah nak mula jadi saya buat jurnal..”

“Rumah landed tetapi perjalanan ke tempat kerja dan sekolah setiap hari hampir empat jam, sekarang menyewa di apartmen 10 min ke sekolah, dapat tidur lebih lama, waktu bersama lebih banyak dan ada sistem imun yang lebih baik”

“Buat kopi sendiri di rumah”

“Tiada lagi beli kopi atau matcha”

“Sedia dan bawa sarapan sendiri serta snek”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.