Peniaga Dessert Beri Penjelasan Selepas Didakwa ‘Bolot’ 3 Kotak Parkir, Akur Pindah Tapak Lain
Peniaga dessert itu tampil menjelaskan bahawa dia hanyalah menggunakan satu kotak parkir sahaja sementara satu lagi lot parkir digunakan untuk memarkir keretanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial keluhan seorang individu mengenai seorang peniaga pencuci mulut (dessert) yang didakwanya membolot tiga kotak parkir di sebuah kawasan di Meru, Klang.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, tindakan peniaga terbabit membuka gerai di kawasan parkir awam dikatakan telah menyebabkan orang ramai sukar mencari tempat meletak kenderaan.
“Parkir dekat kawasan sini dah lah terhad, ibu bapa nak beli barang sekolah tiada parkir sebab peniaga ini buka gerai haram ambil 3 petak dari pagi sampai malam, siap picnic (berkhelah) lagi,” dakwa individu itu.

Peniaga dessert nafi ambil 3 kotak parkir, hanya ambil satu kotak
Cakna mengenai perkara terbabit, peniaga berkenaan tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan terbabit.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, peniaga itu menafikan dakwaan bahawa dia telah mengambil tiga kotak parkir. Sebaliknya, dia hanyalah menggunakan satu kotak parkir sahaja sementara satu lagi lot parkir digunakan untuk memarkir keretanya.
Dia turut menepis dakwaan bahawa mereka berpiknik di sana dengan mendakwa bahawa khemah yang digunakan hanyalah untuk berniaga.
Pihak berkuasa telah datang dan beri notis
Menurutnya, pihak berkuasa juga telah datang ke gerainya dan memberikan notis selain menyarannya untuk memohon permit penjaja sementara memandangkan mereka hanya berniaga pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.
“Permohonan telah dibuat pada hari yang sama dan kini sedang dalam proses. Jika diluluskan, kami teruskan dengan cara yang betul. Jika tidak, kami akan berpindah ke lokasi lain tanpa sebarang drama,” tulisnya di kapsyen.
Jelasnya lagi, mereka juga tidak berniaga di kawasan pasar berdekatan kerana sudah ada peniaga lain yang turut menjual jenis pencuci mulut yang sama.
Peniaga itu turut meluahkan pelbagai kecaman yang terimanya termasuk ada netizen yang sanggup mendakwa kononnya rezeki yang diperolehi mereka tidak berkat kerana menyusahkan orang lain.
Peniaga dessert akur, bakal pindah ke tapak baru
Dalam satu lagi hantaran yang dimuat naik, peniaga itu akhirnya akur untuk berpindah ke tapak baharu di sebuah kawasan berhadapan jalan raya.
Tapak baharu yang terletak di Jalan Kasim, Klang itu dikatakan lebih mudah untuk para pelanggannya memarkir kereta bagi membeli makanan dijualnya.
“Belajar, perbaiki dan teruskan. Terima kasih yang menyokong,” tulisnya di kapsyen.

Untuk tonton carousel klik di [SINI]
Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Dedah Peniaga Di Semporna Tukar Lobster Lebih Kecil Senyap-senyap [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puas Hati Lihat Pelanggan Tak Jadi Beli Lepas Peniaga Kantoi Tipu Timbangan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Melampau!” – Peniaga Parkir Van Tengah Jalan Turunkan Barang Hingga Halang Laluan [Video]





