Pelajar 12 Tahun Juara Goodday KidSTART 3.0, Bawa Pulang RM20,000
Goodday KidSTART 3.0 bukan sekadar pertandingan, malah platform pembelajaran yang bantu kanak-kanak bina keyakinan, kemahiran komunikasi dan pemikiran kritikal sejak kecil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang pelajar berusia 12 tahun, Pearl Liang Yee Herr dinobatkan sebagai juara Goodday KidSTART 3.0 menerusi idea berasaskan AI yang membantu pelajar mencari saiz pakaian seragam yang sesuai.
Mewakili SJK(C) Serdang Baru 1, Selangor, Pearl membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 pada episod finale yang disiarkan di Astro Ria dan Astro Ceria.
Tempat kedua dimenangi Muhammad Nukman dari Pulau Pinang dengan projek pengurusan lebihan makanan, manakala tempat ketiga menjadi milik Teo Kevan menerusi idea interaksi haiwan peliharaan jangka pendek.
Apa yang menarik tentang program ini?
Goodday KidSTART bukan sekadar pertandingan, tetapi platform pembelajaran sebenar untuk kanak-kanak membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal dan asas keusahawanan.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan menekankan bahawa pembangunan kanak-kanak bukan sekadar soal pemakanan, tetapi memberi mereka ruang untuk meneroka idea dan kreativiti.
Manakala Puan Aniza Kamarulzaman dari Kementerian Pendidikan Malaysia menambah, program sebegini memberi pengalaman praktikal yang melengkapkan pembelajaran formal di sekolah.
Untuk ibu bapa, program ini membuka ruang melihat potensi anak-anak berkembang di luar bilik darjah dengan belajar membentang idea, menyelesaikan masalah dunia sebenar dan berani bersuara. Ia juga boleh menjadi contoh bagaimana sokongan keluarga memainkan peranan besar dalam membentuk keyakinan anak.
Dari sudut pendidikan pula, inisiatif ini melengkapkan pembelajaran formal dengan pengalaman praktikal yang menyeronokkan dan relevan dengan dunia sebenar, selari dengan kemahiran abad ke-21.
Buat penonton, rancangan ini bukan saja menghiburkan, malah memberi inspirasi tentang betapa kreatif dan beraninya generasi muda hari ini.
Dengan lebih 8,000 penyertaan tahun ini, Goodday KidSTART membuktikan bahawa apabila kanak-kanak diberi ruang dan kepercayaan, mereka mampu menghasilkan idea luar biasa.
Siapa sangka, idea besar boleh datang daripada si cilik.