Pak Cik Bosnia Boleh Kenal Rakyat Malaysia Dari Jauh, Siap Kibar Jalur Gemilang [Video]
Difahamkan beberapa pelancong Malaysia yang berada di Bosnia hanya berjalan di hadapan sebuah kedai tanpa memberi tahu dari mana mereka datang sebelum disapa oleh lelaki terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila bercuti ke luar negara terutamanya di Eropah, masyarakat di sana sudah pasti dapat mengenali sekiranya seseorang pelancong itu daripada Asia Tenggara.
Mana tidaknya, kebanyakan rupa paras dan ketinggian penduduk di Asia amatlah jauh berbeza jika dibandingkan dengan Eropah.
Jadi, tidak susah untuk mereka mengenali orang Asia meskipun tidak tahu secara spesifik dari negara mana.
Pakcik Bosnia boleh kenl orang Malaysia berjalan depan kedainya
Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang lelaki di Bosnia ini apabila dia mampu mengetahui sekiranya seseorang pelancong itu datang dari Malaysia.
Menerusi hantaran Threads yang dimuat naik di akaun @symrsmdi_, difahamkan beberapa pelancong Malaysia yang berada di Bosnia hanya berjalan di hadapan sebuah kedai tanpa memberi tahu dari mana mereka datang.
Namun, lelaki yang juga peniaga itu hanya melihat dari dalam kedainya sebelum keluar dan menyapa mereka.
Pakcik Bosnia siap kibar bendera Malaysia
Lebih mengharukan, lelaki berkenaan juga keluar daripada kedainya dengan membawa Jalur Gemilang sebelum mengibarkannya di hadapan para pelancong itu.
“Comel je Pak Cik Bosnia ni kibarkan bendera Malaysia, macam tahu-tahu sahaja kita orang Malaysia,” tulis di kapsyen.
“Korang kalau singgah Sarajevo, Bosnia jangan lupa singgah kedai pakcik ini okay,” tulis di kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan itu, lelaki tersebut dipercayai menjual pakaian termasuk jersi.
View on Threads
Ramai terharu dengan cara lelaki itu menyantuni rakyat Malaysia
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terharu dengan cara lelaki berkenaan menyantuni pelancong Malaysia.
Malah, seorang individu yang pernah bertemu dengan lelaki itu mendakwa bahawa dia dapat mengenali rakyat Malaysia daripada jauh.
Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa kebanyakan rakyat Bosnia mengenang jasa Malaysia yang pernah menghantar bantuan tentera pengaman semasa perang sekitar tahun 1990 dahulu di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bahkan, Tun M juga merupakan pemimpin dunia Islam terawal yang lantang menyuarakan pembunuhan etnik Bosnia pada waktu itu.



Baca Artikel Berkaitan: Mat Saleh Jual ABC Di Sweden Bikin Ramai Kagum, Siap Guna Mesin Pengisar Ais Dari KL! [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Aku Bangga Jadi Ore Kelate” – Tular Mat Saleh Putar Lagu ‘Cicak’ Di Denmark [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Dekat NY Penuh Tikus” – Mat Saleh Kagum Pengangkutan Tren Di Malaysia Bersih & Tambang Lebih Murah [Video]



