fbpx
Now Reading
“Lepas Ni Apa Pula Idea Kreatif Muncul?” – Firdaus Wong Dakwa Ada Hotel Di Melaka Berkonsep ‘Gay Friendly’

“Lepas Ni Apa Pula Idea Kreatif Muncul?” – Firdaus Wong Dakwa Ada Hotel Di Melaka Berkonsep ‘Gay Friendly’

Menerusi carian kami, lokasi penginapan mesra komuniti gay merupakan salah satu fasiliti di hotel butik bajet tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai seorang Muslim, kita diwajibkan untuk mematuhi semua perintah Allah SWT dan meninggalkan semua laranganNya. Bercakap tentang larangan, antara isu yang sering menjadi bualan dan perdebatan adalah hubungan homoseksual.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, budaya Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Queer (LGBTQ) bukan sahaja haram malah menjejaskan tamadun manusia.

Tegasnya, perbuatan LGBT adalah maksiat yang jelas dan bercanggah dengan hukum al-Quran dan sunnah, seperti kisah kaum Nabi Lut. Masyarakat Islam yang menormalisasi LGBTQ secara tidak langsung menggadaikan prinsip agama demi memenuhi kehendak nafsu songsang mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Jawi Panggil Individu Yang Disyaki Terbabit Kes Aktiviti Songsang Untuk Bantu Siasatan

Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Papar Adegan Hubungan Sejenis, RTM Henti Siar Siri Animasi Santiago Of The Seas

Baca Artikel Berkaitan: Isu Pelakon Remaja Berlakon Drama Gay, JAKIM Akan Rujuk Pada SKMM

Mesra Gay Antara Fasiliti Tersedia Di Sebuah Hotel Di Melaka

Baru-baru ini, tular hantaran di laman Threads apabila pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung mendedahkan paparan tangkap layar yang menunjukkan fasiliti tersedia di sebuah hotel butik bajet di Melaka.

Antara fasiliti dan keperluan yang tersedia adalah parkir, wifi, ruang simpanan bagasi, premis bebas rokok, surat khabar tempatan, bilik keluarga, dan banyak lagi. Namun perkara yang mengejutkan apabila terdapat perkataan ‘gay-friendly’ (mesra komuniti gay) pada ruangan sama.

Menerusi semakan kami di laman sesawang hotel berkenaan, paparan gay-friendly itu masih ada setakat hari ini (13 Januari).

Menurut Firdaus Wong, istilah ‘gay-friendly’ itu seolah-olah disifatkan sebagai taktik label penjenamaan bagi menarik para pengunjung ke hotel berkenaan.

“Selain pusat beli-belah pet-friendly (mesra haiwan peliharaan), Malaysia juga memiliki family friendly (mesra keluarga), child friendly (mesra kanak-kanak), dan yang terbaharu, gay friendly di hotel sekitar Melaka. Agak kreatif penjenamaan. Label ‘Muslim friendly’ pun boleh dijadikan bisnes apatah lagi gay friendly.”

Firdaus Wong

Tambah pendakwah itu, amalan yang bertentangan dengan syarak agama ini mungkin semakin berleluasa pada masa akan datang.

“Lepas ni apa pula idea kreatif akan muncul? Babi friendly atau LGBT friendly? Ingatkan sukan je ada (istilah) ‘friendly’ ni. Tak sangka pula gay pun ada ‘friendly’ secara terbuka ya,” sindir Firdaus Wong di akhir perkongsian.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Orang Boleh Keliru, Istilah ‘Muslim Choice’ Bukan Penanda Halal JAKIM

Baca Artikel Berkaitan: Label Muslim Choice: Hati-Hati Guna Istilah Agama Untuk Tujuan Perniagaan – Mufti Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan: Sunway Square Mall Kemas Kini Polisi, Tak Benarkan Haiwan Peliharaan Dalam Kawasan Indoor

JAIM Akan Jalankan Siasatan

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Melaka telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Memetik Harian Metro, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas siasatan dijalankan.

“Saya sudah mengarahkan JAIM untuk menyiasat dakwaan itu,” katanya.

Reaksi Orang Ramai Tentang Hotel Mesra Gay

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berang sekiranya benar wujud tempat penginapan mesra gay di Melaka.

“YB sila ambil tindakan tegas sebelum mengundang bala,” kata seorang wanita.

“Masya-Allah apa nak jadi ni? Allahuakbar,” tambah seorang lelaki.

Berikut antara komen-komen netizen:

Sumber: Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.