“Lepas Mak Tiada..”- Abang Beri Hadiah Kejutan Pada Adik Bongsu Buat Ramai Mengalir Air Mata [Video]
Menerusi video, kelihatan adik terus memeluk si abang sebaik melihat basikal baharu tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kehilangan insan disayangi yang bergelar ibu bapa sememangnya satu perkara yang menyakitkan untuk diterima oleh setiap individu.
Apatah lagi jika kehilangan itu dirasai oleh anak kecil yang masih lagi memerlukan bimbingan ibu dan ayah untuk mereka membesar.
Ketika ini, adik-beradiklah yang menjadi penguat di antara satu sama lain. Meskipun sedih atas kehilangan tetapi adik-beradik yang masih ada dan sentiasa prihatin terhadap antara satu sama lain juga menjadi pengubat rindu.
Abang beri kejutan, hadiahkan adik basikal
Baru-baru ini, seorang abang menjadi perhatian di media sosial apabila dia membuat kejutan pada adik bongsu dengan menghadiahkan sebuah basikal.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @abewey10 di TikTok, awalnya kelihatan si abang telah meletakkan sebuah basikal di hadapan pintu keluar rumah sebelum adik pulang dari sekolah.
Sebaik pulang, kelihatan si abang membuka pintu manakala adiknya yang membelakangkan pintu itu sedang membuka kasut sekolahnya lalu menyusunnya di rak kasut yang disediakan.

Terus peluk abang sebaik sedar hadiah basikal
Sebaik memalingkan muka, dia menyedari terdapat basikal baharu dan lantas melihatnya secara dekat.
Menyedari hadiah itu, si adik lalu segera mendapatkan abang dan memeluknya sebagai tanda terima kasih kerana membelikan hadiah tersebut.
Turut kelihatan si abang juga mengucup dahi si adik sewaktu dipeluk. Adik kemudian cuba menaiki basikal tersebut dan mengayuh sedikit ke bahagian hadapan.
Dalam video itu terpapar wajah kegembiraan si bongsu ketika menerima hadiah terbabit sempena hari lahirnya.

Arwah ibu selalu pesan jaga adik-adik
Di ruangan kapsyen, abang memaklumkan arwah ibu mereka sering berpesan kepadanya untuk menjaga adik-adik serta tidak berkira apabila dia sudah meninggal dunia.
“Selamat hari lahir buat adik bongsuku. Lepas mak tak ada, macam-macam berubah dalam keluarga ni. Dia hilang tempat bergantung dan hilang tempat bermanja.
“Selagi angah ada, angah akan cuba yang terbaik untuk buat adik bahagia semampunya,” kata si abang.

@abewey10 Arwah Mak selalu pesan “kalau Mak dah takde nanti tengok adik-adik sama” dan “kalau ada duit jangan pernah berkira dengan adik-adik” . Selamat hari lahir buat adik bongsuku. Lepas mak takde, macam-macam berubah dalam keluarga ni. Dia hilang tempat bergantung dan hilang tempat bermanja. Selagi angah ada, angah akan cuba yang terbaik untuk buat adik bahagia semampunya.. 😊 #suarasiseringsalah #fypシ #alhamdulillah❤️
♬ original sound – Rusa Music – Rusa Music
Ramai sebak dengan perkongsian video tersebut
Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak dengan kisah dan video yang dikongsikan oleh si abang.
Malah ada juga yang mengucapkan tahniah kepada si abang kerana menjaga adiknya dengan baik.
Tidak kurang ada yang turut berkongsi kisah yang lebih kurang sama mengenai adik-adik mereka.
“Jaga adik elok-elok ya. Kesian dia, paling sekejap dapat rasa kasih sayang mak. Itulah si bongsu.”

“Tak boleh lah macam ni. Pagi-pagi dah nangis..”

“Semoga dimewahkan dan dilimpahkan rezeki selalu bang”

“Selalu pesan dekat anak sulung nanti kalau ibu tak ada jangan lupa bagi adik makan pakai ya. Tu tanggungjawab kamu juga. Entahlah kerat sangat malam sakit dada, susah bernafas”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



