Lelaki Selamba Berendam Dalam Tangki Air Cuci Sayur Undang Perhatian Ramai [Video]
Melihat lelaki berkenaan memarahinya, warga asing terbabit dengan segera keluar daripada tangki air tempat mencuci sayuran itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam (11 Januari), tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki warga asing dilihat berendam di dalam tangki air yang digunakan untuk mencuci sayur-sayuran di sebuah kawasan kebun.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @danial..wow, separuh daripada badan warga asing itu terendam di dalam air yang digunakan untuk mencuci sayuran yang telah dipetik daripada kebun.
Seorang lelaki dipercayai warga tempatan yang melihat perkara itu telah tampil memarahi dan menegur tindakan warga asing berkenaan.
Warga asing berendam dalam tangki terus keluar lepas kena tegur
Melihat lelaki berkenaan memarahinya, warga asing terbabit dengan segera keluar daripada tangki air terbabit.
“Ini macam boleh ke masuk? Kau kencing dalam ni bukannya orang tau, macam ini ke kau kerja bagi orang Malaysia makan,” tegur lelaki itu.
Warga asing terbabit mengakui perbuatan terbabit sememangnya tidak boleh dilakukan, namun dia didengari menjawab apabila berkata ‘kitapun makan ini sayur, tak kencing lah’.
Jijik, kaki dan anggota sulit terendam dalam air yang digunakan untuk cuci sayur
Namun, lelaki terbabit tetap menegaskan bahawa perbuatan itu sesuatu yang menjijikkan memandangkan anggota sulit serta kaki warga asing itu turut terendam di dalam air yang digunakan untuk mencuci sayuran.
Warga asing berkenaan bersama seorang lagi rakannya yang ketika itu bertugas mencuci dan menyusun sayuran kemudiannya dilihat terdiam apabila dimarahi lelaki itu.
“Saya nampak kau sekali lagi (berendam dalam tangki cuci sayur), kau siap,” kata lelaki itu.
Bagaimanapun, tarikh serta lokasi kejadian ini berlaku tidak dinyatakan.
@danial..wow #fypシ゚viral🖤tiktok #fypシ゚viral🖤video ♬ original sound – Danial727
Netizen kembang tekak lihat sayur dicuci sedemikian
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa geli melihat sayur-sayuran itu dicuci dengan cara sebegitu.
Tidak kurang juga yang mengecam tindakan warga asing terbabit kerana tidak mengambil berat soal kebersihan yang amat dititik beratkan oleh Malaysia.
Malah, kebanyakan mereka berharap agar sayur-sayuran berkenaan dibuang dan tidak dijual di mana-mana pasar.




Baca Artikel Berkaitan: Lauk Sayur Kangkung Ada Kulit Siput Babi Bikin Ramai Jijik
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dipercayai Warga Asing Selamba Jual Tanah Orang Lain Tanpa Pengetahuan Pemilik [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tegur Warga Asing Didakwa Ambil Makanan Infak Di Masjid Secara Berlebihan



