“Malu Dapat Sakit Pun Dapat” – Lelaki Tersungkur Ketika Buat Aksi Wheelie Raih Perhatian [Video]
Dalam video rakaman, kedengaran orang ramai yang berada sekitar jalan raya tersebut bersorak selepas melihat lelaki itu terjatuh dari motosikal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dah masuk 2026, tetapi masalah segelintir pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang masih berleluasa tidak kira di kalangan pemandu kereta dan kenderaan berat atau penunggang motosikal.
Sebagai contoh kaki mabuk dan dadah untuk pemandu kenderaan manakala untuk penunggang motosikal, antara kesalahan yang popular khususnya di kalangan geng-geng mat rempit adalah memecut di jalan raya, melanggar lampu isyarat, dan melakukan aksi wheelie.
Tak tahu la apa yang difikirkannya ketika melakukan perkara-perkara ini. Bahayakan diri sendiri adalah!
Baca Artikel Berkaitan: Padah Buat Aksi ‘Wheelie’, Mat Rempit Lari Lintang Pukang Selepas Langgar Kereta Orang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Jatuh & Nyaris Digilis Lori, Ramai Geram Lihat Aksi Berbahaya Mat Rempit Di Lebuh Raya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Buat Aksi ‘Wheelie’ Ketika Hari Raya, Pasangan Suami Isteri Ditahan Polis
Lelaki Tergolek Di Tengah-tengah Kawasan Lampu Isyarat Lepas Buat ‘Wheelie’
Baru-baru ini, tular video di laman Threads menyaksikan kenderaan yang banyak sedang bergerak apabila lampu isyarat bertukar hijau.
Pada awalnya, klip tersebut kelihatan seperti biasa sahaja namun lain pula yang terjadi apabila salah seorang penunggang motosikal dengan selamba melakukan aksi ‘wheelie’ di tengah-tengah jalan raya.
Bagaimanapun cubaan untuk melakukan lagak itu tidak berjaya apabila dia tergolek dalam kotak kuning persimpangan selepas beberapa saat melakukannya. Kelihatan juga kedua-dua belah lututnya bergesel di jalan tar terbabit.
Tanpa menunggu lama, dia terus bangun dan mengangkat motosikalnya lalu meneruskan perjalanan. Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar Kuantan, Pahang.
Penonton Sorak Lepas Tengok Mat Rempit Jatuh
Dalam klip sama, kedengaran juga orang ramai dipercayai di sekitar kawasan jalan raya itu bersorak selepas melihat pemuda itu jatuh sebaik melakukan aksi ‘pacak’.
“Malu dapat sakit dapat,” kata pengendali akaun Threads.
View on Threads
Individu Didapati Bersalah Boleh Didenda Hingga RM15,000
Untuk info, aksi wheelie bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain juga.
Kes sebegitu boleh disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Jika didapati bersalah, individu boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda minimum RM5,000 dan juga tidak melebihi RM15,000.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Mat Rempit Tersembam Lepas Buat Wheelie
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa puas hati melihat mat rempit mendapat balasan secara ‘cash’ selepas melakukan aksi yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab.
“Aktiviti kebanggaan (segelintir) anak-anak muda Melayu yang tak pernah lekang dari Gen X sampai ke Gen Alpha,” kata seorang lelaki.
Malah ada juga yang berasa bengang dengan kumpulan mat rempit sebegitu kerana masih melanggar undang-undang meskipun banyak kesedaran dan video kemalangan sudah dimuat naik di laman media sosial.
“Dah banyak kemalangan ditunjukkan online, tapi mereka (segelintir) masih buat perkara sebegini (wheelie) seolah-olah mereka ni kebal undang-undang dan bahaya.
“Saya nampak sekumpulan mat rempit cuba selamatkan rakan mereka yang berlumuran darah dengan beri CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) semalam. Dia dah tak bernafas dah. Masih nak merempit ke? Ya ampun,” ujar seorang individu.
Sementara itu, segelintir warganet juga berharap agar golongan yang suka melakukan onar ini diberi keinsafan.
“Apa lagi nak kena baru nak beringat? Tu nasib baik tak ada kereta dari belakang langgar. Bukan minta, tapi cuba fikir dah jatuh dalam keadaan tengah buat wheelie macam tu tiba-tiba kereta belakang langgar? Meninggal dalam keadaan apa tu? Fikirkanlah. Harap-harap mamat tu insaf,” kata seorang netizen.
Berikut antara komen-komen warga Threads:







Baca Artikel Berkaitan: “Dia Punya Motor, Dia Punya Pasal Lah” – Video Bapa ‘Backup’ Anak Yang Ditegur Merempit Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Jatuh Ketika Tunjuk Aksi ‘Wheelie’ Depan Orang Ramai, Motosikal Rempuh Myvi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Malukan Diri” – Individu Jatuh Lepas Langgar Lampu Merah Untuk Buat Aksi ‘Wheelie’



