“Kami Tunggu Dulu” – Wanita Terpaksa Batal Hasrat Parkir Kereta Selepas Ditengking Pemandu Lelaki [Video]
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kawasan parkir di Kuala Terengganu semalam (11 Januari) ketika dia bersama rakan-rakannya yang kesemuanya adalah wanita.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kekurangan ruang parkir atau petak letak kenderaan di kawasan yang sibuk sering kali menjadi masalah utama yang dihadapi oleh pengguna jalan raya.
Situasi ini secara tidak langsung menyukarkan sesetengah pihak untuk mendapatkan tempat meletakkan kenderaan apabila mereka berkunjung ke lokasi berkenaan.
Lebih membimbangkan, jumlah parkir yang terhad berpotensi mencetuskan ketegangan, malah boleh membawa kepada pertelingkahan antara pengguna jalan raya yang berebut ruang yang tersedia.
Wanita terpaksa batal hasrat parkir selepas dijerkah pemandu lelaki
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pemandu wanita terpaksa beralah daripada meletakkan kenderaannya di dalam sebuah kotak parkir selepas dijerkah oleh seorang pemandu lelaki.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @afiqahasri, kejadian dipercayai berlaku di sebuah kawasan parkir di Kuala Terengganu semalam (11 Januari) ketika dia bersama rakan-rakannya yang kesemuanya adalah wanita.
“Jenis serbu tak pakai helmet (melulu), iya tahu kereta encik besar dan encik lelaki sebab tu boleh senang-senang jerkah kami,” tulis di kapsyen.
Tunggu parkir dulu tapi terpaksa beralah dengan kereta baru sampai
Di dalam video terbabit, jelas kelihatan wanita berkenaan telah menunggu kotak parkir terbabit terlebih dahulu dengan memberi lampu isyarat.
Bagaimanapun, sebaik sahaja kereta jenis Honda Accord berwarna putih yang parkir di dalam kotak parkir berkenaan ingin keluar, sebuah kereta berwarna hitam secara tiba-tiba datang dan dipercayai ingin memasuki kotak parkir yang sama.
Pada awalnya, wanita itu tetap memasuki kotak parkir terbabit, namun dia terpaksa keluar semula selepas berasa takut ditengking oleh pemandu kereta jenis Nissan Serena itu.
“Kami sudah sampai parkir situ dah lama dan sudah bagi signal dari awal. Boleh nampak lagi signal kami dekat reflection kereta putih tu, encik yang datang entah dari mana tiba-tiba nak masuk lepastu jerkah kami,” tulisnya lagi.
@afiqahasri Jenis serbu tak pakai helmet. ye tahu kereta encik besar dan encik lelaki sebab tu boleh senang2 jerkah kami tapi tengok dulu kiri kanan kami dah sampai parking situ dah lama dan dah bagi signal dari awal. boleh nampak lagi signal kami dekat reflection kereta putih tu kan. encik yang datang entah dari mana tiba2 masuk je pastu jerkah woii kan kami. mujur dalam video ni tak kuat woii encik tu tapi sekadar teguran mohon sebelum serbu orang tengok dulu diri kita. tunjuk sikap yang berhemah juga #mayangmallterengganu #mayangmall #terengganu ♬ original sound – Piikaa.
Netizen beri pelbagai reaksi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana ingin mengambil parkir yang telah ditunggu oleh pemandu lain terlebih dahulu.
Kebanyakan netizen juga tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu keluar semula daripada kotak parkir terbabit kerana dia sememangnya berhak untuk parkir di situ.



Baca Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Calarkan Kereta Gara-gara Tak Puas Hati Parkir Dicopnya Tetap Diambil [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Bermula Dengan Salah Faham”- Dua Wanita Bertengkar Terjerit-Jerit Kerana Kotak Parkir Jadi Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Berang, Persoal Tindakan Pemuda Dipercayai Ulat Parkir Cuba Minta Bayaran [Video]



