Wanita Berusia 62 Tahun Di China Disahkan Hamil Melalui Rawatan IVF
Apa yang menyentuh hati, wanita berkenaan dilaporkan membuat IVF hanya beberapa bulan selepas kehilangan anak lelakinya yang merupakan satu-satunya anak yang dimiliki sepanjang hidupnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Di usia 60 tahun ke atas, kebanyakan individu yang sudah berumahtangga pastinya telah memiliki menantu dan cucu.
Namun, lain pula kisahnya dengan seorang wanita berusia 62 tahun dari China ini apabila disahkan hamil enam bulan. Difahamkan, wanita warga Songyuan, wilayah Jilin di timur laut China itu hamil melalui kaedah persenyawaan in vitro (IVF).
Menurut laporan Dahe News dipetik SCMP, perkembangan kehamilan wanita tersebut sering dikongsi oleh adiknya di sebuah platform media sosial popular.

Buat IVF selepas anak sulungnya meninggal dunia
Apa yang menyentuh hati, wanita berkenaan dilaporkan membuat IVF hanya beberapa bulan selepas kehilangan anak lelakinya yang juga satu-satunya anak tunggal dalam hidupnya.
Anak sulungnya dilaporkan meninggal dunia pada Januari 2025, namun punca kematian dan usia sebenar tidak didedahkan.
Kehilangan itu dipercayai memberi kesan emosi yang mendalam sehingga mendorong wanita terbabit untuk hamil semula.
Wanita 62 tahun ceria bakal sambut bayi
Dalam sebuah video yang dimuat naik hujung Disember lalu, wanita itu kelihatan tenang dan ceria ketika berkongsi pengalaman kehamilannya.
“Saya rasa bayi ini akan lahir lebih awal daripada tarikh sepatutnya. Dia kuat menendang perut saya. Setiap kali saya makan benda manis, dia jadi lebih aktif,” katanya.
Meskipun tidak mengetahui jantina bayinya, wanita itu percaya bayi yang dikandungnya adalah lelaki.
“Ramai cakap kalau mengidam makanan manis biasanya bayi lelaki, jadi saya anggap ini adalah kembalinya anak saya,” katanya.
Untuk info, di China, doktor tidak dibenarkan memaklumkan jantina bayi kepada ibu hamil berikutan sejarah pengguguran bayi perempuan akibat keutamaan terhadap anak lelaki.
Disebabkan faktor usia, wanita tersebut perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap berbanding ibu hamil lain. Dia akan ditemani adiknya setiap kali ke hospital.

Doktor pakar suarakan kebimbangan
Sementara itu, pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) dari Hospital Harbin No.1, Dr Chen Min menyuarakan kebimbangan kerana kehamilan pada usia terlalu lanjut mempunyai risiko yang sangat tinggi.
“Secara prinsipnya, kami tidak menggalakkan wanita hamil pada usia terlalu tua kerana risiko komplikasi meningkat berkali ganda berbanding wanita muda,” katanya.
Menurut beliau, kebanyakan wanita dalam kategori ini hanya boleh melahirkan bayi melalui pembedahan caesarean (czer), namun prosedur itu sendiri juga berisiko besar.
Baca Artikel Berkaitan: Penantian Berakhir! Suami Isteri Dikurniakan Cahaya Mata Selepas 19 Tahun Menanti
Baca Artikel Berkaitan: “Penantian 20 Tahun Berakhir Jua”- Pasangan Syukur Dikurniakan Anak Selepas Lama Menanti
Baca Artikel Berkaitan: Permaisuri Agong Penguat Semangat Siti Nurhaliza Semasa Jalani Rawatan IVF



