Lauk Sayur Kangkung Ada Kulit Siput Babi Bikin Ramai Jijik
Wanita yang berkongsikan situasi itu berkata dia telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Adalah menjadi hak setiap pelanggan untuk menitik beratkan soal kebersihan apabila berkunjung ke mana-mana kedai makan.
Yelah, kalau terkena hidangan yang kotor atau tercemar, membahayakan kesihatan pula kerana boleh menyebabkan keracunan makanan.
Bila tengah seronok pilih lauk di kedai makan, memang potong mood betul bila ternampak hidangan yang tercemar dengan benda kotor macam serangga, rambut, malah kuku pun ada!
Lebih membahayakan lagi jika ada bendasing seperti dawai kokot, paku dan besi pencuci pinggan yang ada terdapat dalam makanan.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Lipas Dalam Makanan Di Restoran Terkenal, KKM Akan Jalankan Siasatan
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa, Dakwa 2 Kali Dapat Makanan Berulat Dari Kedai Makan Sama [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Guna Paku, Dawai Kokot Untuk Bungkus Makanan Boleh Didenda & Dipenjara – KKM
Wanita Dedah Ada Siput Babi Dalam Hidangan Di Kantin Tempat Kerja
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi bahawa terdapat siput babi di dalam lauk sayur kangkung di kantin tempat kerjanya.
Dia kemudiannya bertanyakan kepada orang ramai tentang cara untuk melaporkan tahap kebersihan di kantin itu.
“Pekerja tak check pun dan biar je. Paling teruk, ramai yang tak perasan dan dah ambil sayur tu,” katanya.
Melihat kepada gambar yang dikongsi, kulit siput babi yang tersesat di dalam hidangan sayur itu boleh dikatakan agak besar.

Wanita Lapor Insiden Pada KKM
Tambah wanita itu lagi, mereka pada mulanya mahu melaporkan perkara itu kepada bahagian sumber manusia (HR), namun mendakwa bahawa tiada gunanya memandangkan pengurusan kantin itu telah memegang tender selama bertahun lamanya.
“Kami buat keputusan nak laporkan pada HR, tapi orang kantin ni jilat kuat HR tu. Bertahun dah asyik muka dia je dapat tender. Ikan ayam tak pernah basuh bersih pun,” dakwanya.
Di ruangan balas, dia memaklumkan bahawa laporan telah dibuat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA), seperti yang dicadangkan oleh beberapa pengguna media sosial lain.
Dia turut menegaskan bahawa tidak berniat untuk menutup periuk nasi sesiapa, tetapi terpaksa bertindak akibat tahap kebersihan yang terlalu teruk.
View on Threads

Hukum Umat Islam Makan Siput Babi
Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, siput akuatik seperti siput sedut adalah halal dimakan jika ia tidak memudaratkan.
Pun begitu, pejabat mufti cenderung kepada pengharaman makan siput daratan seperti siput babi atau escargot yang dianggap sebagai jijik dan kotor oleh jumhur ulama.
Ini kerana ia termasuk dalam kategori serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya. Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa :
مَذْهَبُنَا أَنَّهَا حَرَامٌ وَبِهِ قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَأَحْمَدُ وَدَاوُد
Maksudnya: “Menurut mazhab kami (Syafie) ia adalah haram (dimakan). Ini juga adalah merupakan pendapat Abu Hanifah, Ahmad dan Daud.” (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/16).
Walau bagaimanapun, terdapat juga pendapat yang tidak mengharamkannya atas dasar semua haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti siput daratan adalah halal dimakan.
Ini adalah merupakan pendapat Imam Malik seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/16) Terdapat riwayat daripada al-Talib bin Tha’labah al-Tamimi R.A, katanya:
صحِبْتُ النَّبيَّ صلّى اللهُ عليه وسلَّم فلم أسمَعْ لحشَرةِ الأرضِ تحريمًا
Maksudnya: “Aku telah bersahabat dengan Nabi SAW dan tidak mendengar mengenai pengharaman hasyarat (serangga dan haiwan kecil yang melata).”
Riwayat Abu Daud (3798)
Orang Ramai Jijik Lihat Kulit Siput Babi Dalam Lauk Kangkung
Menjenguk ke ruangan balas, orang ramai sememangnya merasa geli dan jijik melihat kulit siput babi yang tersesat di dalam lauk sayur kangkung itu serta berpendapat bahawa pihak kantin pasti tidak membasuh dahulu sayur itu dengan bersih sebelum memasaknya.
“Macam mana siput besar gedabak tak perasan? Another level of ceridak (jijik),” kata seorang warganet.
“Ni kes basuh tak bersih la ni. Kalau basuh satu persatu mungkin tak ada siput babi dekat situ,” ujar seorang lagi.
Seorang individu pula berkata jika dia menyedari situasi sedemikian, dia akan memberitahu orang sekelilingnya agar melihat sendiri hidangan yang tercemar itu.
“Kalau aku kat situ takyah susah-susah. Tanya kuat-kuat siapa ada makan sayur kangkung tu. Kalau ada suruh dia tengok dalam tray tu ada apa. Kalau report HR tak jalan, jalan netizen kita pakai,” katanya.
Melihat keadaan itu, ada juga yang berkata lebih baik jika menggaul sedikit sayur-sayuran yang dihidang bagi memastikan tiada ‘anasir’ yang tersesat.







Laporkan Masalah Kedai Kotor Di SisPAA KKM
Seperti yang dikongsi oleh wanita tersebut, orang ramai boleh mengadukan tentang masalah kebersihan kedai makan, termasuk makanan yang tercemar, menerusi SisPAA KKM.
Anda boleh memaklumkan lokasi kedai yang terbabit serta melampirkan gambar sebagai bukti kesalahan dilakukan.
Sebagai info, SisPAA KKM juga boleh digunakan bagi membuat aduan maklum balas ke atas sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan fasiliti kesihatan awam seperti klinik dan hospital kerajaan.
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Lompat Tikam Sentuh Makanan Pakai Tangan & Bungkus Guna Surat Khabar Cetus Perdebatan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tempat Letak Makanan” – Lelaki Minta Pasar Raya Jaga Kebersihan Lepas Jumpa Bangkai Tikus Di Troli
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terkedu Tengok Presentation Makanan ‘Gah,’ Sekali Dapat Sate 3 Cucuk Buat Ramai Terhibur [Video]



