fbpx
Now Reading
Elak Terbeban Dengan Hutang Kad Kredit? Ini 5 Cara Pembayaran Yang Korang Patut Tahu

Elak Terbeban Dengan Hutang Kad Kredit? Ini 5 Cara Pembayaran Yang Korang Patut Tahu

Tak dinafikan, masih ada orang yang menyangka bayaran minimun setiap bulan sudah mencukupi untuk menjaga skor kredit (CCRIS), tapi mereka terlupa tentang caj faedah yang dikenakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kad kredit memang memudahkan urusan harian dalam membuat pembayaran. Tapi kalau tersilap cara pengunaannya, hutang boleh jadi makin menimbun tanpa kita sedar.

Tak dinafikan, masih ada orang yang menyangka bayaran minimum setiap bulan sudah mencukupi untuk menjaga skor kredit (CCRIS), tapi mereka terlupa tentang caj faedah yang dikenakan.

Jadi, kalau anda sedang bergelut dengan hutang kad kredit, ini lima cara pembayaran pinjaman yang patut diketahui yang dikongsikan portal Direct Lending.

#1 ‘Snowball’ – Sikit Dulu, Baru Besar

Kaedah snowball sesuai untuk mereka yang mudah hilang semangat bila tengok hutang banyak. Caranya mudah sahaja, selesaikan dahulu hutang dalam akaun yang jumlahnya paling kecil, sambil buat bayaran minimum untuk hutang di akaun-akaun lain.

Bila satu hutang selesai, duit yang sebelum ini digunakan boleh dialihkan ke hutang seterusnya. Lama-kelamaan semangat korang untuk selesaikan hutang akan meningkat.

Foto: Pexels

Cuma satu perkara penting, jangan sekadar bayar minimum 5% kad kredit. Bayaran minimum hanya elakkan denda lewat bayar, bukan kurangkan faedah. Jadi, kalau guna kaedah ini, pastikan anda bayar lebih supaya hutang cepat susut.

2. ‘Avalanche’ – Jimat Faedah Dalam Jangka Panjang

Kalau matlamat anda nak jimat faedah sebanyak mungkin, kaedah avalanche adalah pilihan lebih bijak kerana fokus utamanya ialah melangsaikan hutang yang kadar faedahnya paling tinggi dahulu, biasanya hutang kad kredit.

Faedah kad kredit boleh mencecah 15% hingga 18% setahun (per annum atau sekitar 1.25% hingga 1.5% sebulan). Kalau hanya bayar minimum, hutang RM10,000 boleh ambil masa bertahun-tahun untuk habis. Sebagai contoh, mungkin mencecah 18 bulan.

Dengan kaedah ini, anda bayar lebih untuk kad kredit dahulu. Bila selesai, barulah beralih ke hutang lain yang faedahnya lebih rendah. Hasilnya, jumlah faedah keseluruhan yang dibayar akan jadi lebih kecil.

3. ‘Snowflake’ – Bayar Ikut Kesempatan

Tak semua orang ada lebihan wang tetap setiap bulan. Kalau pendapatan anda tak menentu, kaedah snowflake mungkin lebih sesuai.

Konsepnya mudah, setiap kali ada duit lebih seperti bonus, kerja sambilan, duit lebihan belanja, terus guna untuk bayar hutang kad kredit. Walaupun jumlah kecil, lama-kelamaan ia membantu kurangkan baki hutang sekali gus kurangkan ‘stress’.

Kaedah ini fleksibel dan tak membebankan, asalkan anda konsisten dan tak ambil mudah.

Foto: Pexels

4. ‘Overlap’ Pinjaman Peribadi – Ringankan Komitmen Bulanan

Overlap pinjaman peribadi ialah kaedah menyatukan hutang sedia ada kepada satu pinjaman baru di institusi kewangan yang sama. Biasanya, ia menawarkan kadar faedah lebih rendah, namun tempoh bayaran lebih panjang. Kebiasaannya, sekitar 12 bulan hingga 60 bulan.

Dengan cara ini, bayaran bulanan boleh jadi lebih ringan dan mudah diurus. Namun, pastikan tempoh pinjaman tidak terlalu panjang sehingga jumlah faedah keseluruhan jadi lebih tinggi.

Foto: Pexels

5. Penyatuan Hutang – Satu Hutang, Satu Bayaran

Penyatuan hutang (debt consolidate) hampir sama dengan overlap, cuma ia boleh dibuat di mana-mana institusi kewangan yang menawarkan kadar faedah lebih rendah.

Semua hutang seperti kad kredit dan pinjaman lain akan dilangsaikan menggunakan satu pinjaman peribadi baru. Syarat penting, kadar faedah pinjaman baru yang anda pilih itu, mestilah lebih rendah daripada purata kadar faedah hutang sedia ada.

Sebagai contoh, jika purata faedah hutang anda ialah 13%, pinjaman baru perlu lebih rendah daripada itu supaya benar-benar membantu menjimatkan kos.

Bijak guna kad kredit dapatlah manfaatnya

Kepada pengguna baru, kad kredit sememangnya dapat memberikan kita banyak manfaat seperti cashback, mata ganjaran, air miles dan banyak lagi! semua ini kita tidak akan dapat jika guna pembayaran biasa.

Tapi, jika anda tidak pandai mengawal penggunaan kad kredit sehingga berbelanja di luar kemampuan serta bajet diri sudah pasti akan terbeban dengan hutang.

Jadi, anda kena tahu strategi-strategi penggunaan kad kredit supaya jadi pengguna yang bijak. Nak tahu, baca di bawah:

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Cara Gunakan Kredit Kad Dengan Betul Tanpa Dikenakan Caj, Siap Dapat Point! [Video]

Baca Artikel Berkaitan: BNM Lancar National Fraud Portal, Mahu Cegah Penipuan Kewangan Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tiga Tips Yang Patut Anda Tahu Sebelum Guna Kad Kredit Buat Kali Pertama

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.