“Bukan Confidential Ke?” – Ramai Tak Setuju HR Minta Payslip Calon Untuk Runding Gaji Di Tempat Kerja Baru
Seorang peguam dikenali sebagai Hawari Hanafi sebelum ini menjelaskan pihak HR memang sebenarnya boleh meminta calon temu duga untuk menunjukkan slip gaji. Bagaimanapun, itu tidak bermakna anda wajib menuruti permintaan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menjelang tahun baru pasti ramai individu yang akan mula ‘hunting’ pekerjaan baharu sama ada untuk menukar persekitaran atau cuba mendapatkan gaji yang lebih tinggi berdasarkan kemahiran dan pengalaman masing-masing.
Antara persediaan yang dilakukan oleh calon kerja adalah menyelidik jenis-jenis soalan yang mungkin ditanya oleh perekrut, menetapkan jangkaan gaji, menganalisis skop kerja disenaraikan sesebuah syarikat, praktis berbahasa secara profesional, dan banyak lagi.
Namun begitu, dalam sesetengah kes pasti ada sahaja soalan atau permintaan tidak diduga yang ditanya oleh majikan.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Pelik Ketika Temuduga, Staf Wajib Botak Kepala Konon Support NGO Pesakit Kanser
Baca Artikel Berkaitan: “Auto Reject Macam Ni” – Calon Tak Perkenal Diri Ketika Mohon Kerja Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: 34% Rakyat Malaysia Setuju Lebih Senang Cari Pasangan Hidup Dari Cari Kerja
Perekrut Tegur Calon Yang Tipu Jumlah Pendapatan Pada Slip Gaji
Baru-baru ini, seorang perekrut (headhunter) menerusi aplikasi LinkedIn menasihati calon kerja agar tidak memanipulasi slip gaji yang diserahkan. Jelasnya, pihak majikan boleh mengesan perkara itu khususnya buat mereka yang ingin meminta gaji lebih tinggi.
“Untuk calon semua, hanya nak bagitahu, tolong jangan manipulasi slip gaji anda. Gaji terakhir anda RM2,500. Lepastu kamu tukar slip gaji kepada RM3,000 dan sekarang kamu minta gaji RM4,000 (di syarikat baharu).
“Kamu tipu slip gaji tapi lupa untuk ubah jumlah pencaruman EPF. Tolong jujur dengan rekruter atau sesiapa yang anda mohon kerja baru,” katanya.

Seorang pengguna LinkedIn dikenali sebagai Ikhwan pula tidak bersetuju dengan amalan dipraktikkan ramai Sumber Manusia (HR) kini iaitu dengan meminta slip gaji pekerja. Ikhwan menyifatkan amalan tersebut sebagai tidak beretika.
“Marah calon sebab sunting slip gaji (yang memang jelas tak beretika), tapi HR pun guna amalan yang tidak beretika. Macam mana kau harapkan seorang pekerja untuk beretika kalau majikan tak mulakan dulu? Umpama ketam berlari lurus,” katanya.
Majikan Perlu Tawar Gaji Sesuai Ikut Kelayakan Bukannya Gaji Di Tempat Kerja Lama
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian pengguna Threads. Menurut lelaki dikenali sebagai Shazzaqie, perekrut sepatutnya menilai kemahiran seseorang untuk diambil bekerja bukannya menggunakan slip gaji calon untuk membuat rundingan gaji.
“Serius aku tak faham. Kenapa amalan biasa HR sekarang beria nak minta slip gaji? Kau tawar orang kerja berdasarkan kemahiran dan sumbangan yang akan diberikan kepada syarikat (baru).
“Kenapa perlu nak minta (slip gaji)? Kau boleh je hubungi HR syarikat dulu untuk sahkan gaji. Slip gaji tu dokumen sulit kot?” tanya lelaki berkenaan.
View on Threads
Peguam Kongsi HR Boleh Minta Payslip Calon Tapi Tak Wajib Untuk Serahkan
Seorang peguam sokongan undang-undang perniagaan dikenali sebagai Hawari Hanafi sebelum ini ada menjelaskan berhubung persoalan mengenai keperluan seseorang calon kerja untuk memberikan slip gaji sekiranya diminta oleh HR.
Jelasnya, pihak HR memang sebenarnya boleh meminta calon temu duga untuk menunjukkan slip gaji. Bagaimanapun, itu tidak bermakna anda wajib menuruti permintaan tersebut.
“Dalam konteks undang-undang Malaysia, tidak ada satu pun undang-undang yang melarang bakal majikan daripada meminta slip gaji. Ini lebih kepada amalan-amalan biasa di dalam HR supaya bakal majikan dapat menilai tawaran gaji yang sesuai berdasarkan sejarah atau rekod pergajian anda yang terdahulu.
“Namun begitu, apa yang penting anda perlu ingat bahawa ada undang-undang melindungi privasi, maklumat kewangan serta maklumat peribadi anda. Kalau anda rasa permintaan itu tidak adil dan terlampau peribadi, maka anda boleh bertanya kenapa mereka perlukan slip gaji itu,” ulas Hawari.
@peguamhawari HR atau majikan minta slip gaji semasa bekerja di syarikat sebelum untuk tujuan semakan semasa interview. Adakah perkara ini sah di sisi undang-undang? Adakah anda boleh tolak dari memberikan slip gaji? Tonton perkongsian dari Peguam Hawari tentang isu ini. #peguamkorporat #peguammalaysia #peguamtiktok #peguamhawari #pekerja #majikan #jobinterview ♬ original sound – Peguam Business Legal Support
Tonton video penuh [DI SINI].
Pandangan Orang Ramai Tentang HR Yang Minta Slip Gaji Calon Kerja
Menjengah ke ruangan balas di Threads, rata-rata orang ramai turut tidak bersetuju sekiranya HR meminta slip gaji semasa sesi temu duga.
“Saya dah pernah cakap dan akan cakap sekali lagi. Diorang (HR) nak tahu gaji tempat lama supaya boleh berunding dengan gaji yang tipis. Contoh kalau tempat lama jawatan pegawai RM2,500, nak mohon jawatan Eksekutif Junior lebih kurang RM3,500.
“HR akan nego berdasarkan RM2,500. Tawaran paling tinggi mungkin RM2,800. Lepastu mungkin boleh naik sampai RM3,000. Benda standard yang diamalkan sejak dulu lagi,” kata seotang netizen.
Sementara itu, ramai juga menasihati calon kerja untuk bijak berunding dan mempertahankan gaji jangkaan diminta berdasarkan kemahiran dan kelayakan masing-masing.
“Ya, saya kalau HR minta slip gaji saya bagi je. Kalau nego gaji atau dia cakap kita demand tinggi dari gaji terakhir, saya akan cakap terus terang. Saya demand sebabkan kemahiran.
“Sebab ada sesetengah syarikat dia tengok slip gaji bukan untuk tengok gaji terakhir tetapi dia boleh buat untuk rujukan kehadiran juga. Mungkin banyak unpaid leave (cuti tak bergaji) ke. Setakat ni okay je, saya dapat apa yang saya minta,” ujar seorang wanita.
Berikut antara komen netizen:






Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Doa Untuk Temuduga Kerja, Ramai Akui Keberkesanannya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Prorata Cuti Sakit Pekerja? Ini Penjelasan HR
Baca Artikel Berkaitan: Cuak Nak Hadir Interview Kerja? Wanita Kongsi Teknik STAR Untuk Bantu Calon


